Part 21

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Gayoon POV

Haih tah apa-apalah budak tu buat dekat rumah. Yang penting aku akan pastikan dia tak cemarkan ruang rumah tu sebab aku nak buat parti hari ni! Lagi-lagi sejak minggu lepas aku jumpa seseorang yang sayangkan aku jadi aku cadangkan nak berparti dengan dia dekat rumah aku. hey of course Jihyun dengan jiyoon kene enjoy sekali!

Ah dujunnie~

Kenapalah kau hensem sangat!

Aku lagi tadi sebenarnya bermain balas message dengan dia.

 

Yah dujun! Awak ni seriuslah awak dapat datang tak? –gayoon

Untuk awak mestilah saya datang, even nyawa-nyawa ikan – dujun

 

Alahai bajet romantik pulak dia ni >< ada jugak orang yang aku peluk ni karang!

 

Okay datang pukul 8 malam tau! Janji! –gayoon

Janji sampai mati ;) –dujun

 

Haih..apa-apa sahajalah yang dia merepek ni...siap hantar emoji kenyit mata pulak ~

Aku menyandarkan tubuh aku ke kerusi yang aku sedar duduk dan terbayang betapa untungnya aku dapat lelaki macam dujun. Dahlah baik, romantik, hensem pulak tu. Haihh tak sia-sia aku hidup lebih normal dari sohyun budak gila tu. Dahlah gila, buat masalah je, aku ni pun baik depan dia sebab pura-pura je, siapa pulak manusia gila yang nak kawan dengan dia? Hyeri? Hyuna? Ha elok budak dua ekor yang lembap tu kawan dengan budak gila.

umma dia pun satu, percayakan aku , jiyoon dan jihyun sangat. It’s okay aku dapat hidup senang keluar dari tempat mental tu asalkan umma dia kekal percayakan kitorang. Tapi yang aku pelikkan, aku rasa daripada dulu lagi yang appa sebenarnya macam di cuci otaknya dengan umma. Aku rasa.

Fuhh meremang aku.  diorang ni memang terlebih psycho!

Biarlah diorang dengan kegilaan diorang, yang paling penting harta kesenangan tak berhenti mencurah-curah aku dapat merasa sekali~

Orang kata aku gila sebab harta. Tapi tak! Aku tak percaya! Mana mungkin. Harta memang layak untuk aku mana boleh diorang kata macam tu. Ishh tak patut!

Aku bunuh orang sebab harta?

Yang tu pun satu aku nak cakap. Aku dah kata harta hanya milik aku dah semestinya diorang layak mati.

 

 

Jin POV

Aku dibawa kesebuah bilik dimana aku terkejut bila aku melihat siapa di dalam bilik tu.

Adik beradik aku sendiri!

Aku nampak yoongi,hoseok,jimin diikat dan di letakkan di hujung setiap penjuru bilik! Aku nak sahaja menyelamatkan mereka tapi aku benci dan aku tak tahu kenapa aku tak boleh bergerak!

Diorang sendiri juga seperti terkejut bila aku yang masuk lagi-lagi jimin! Ye jimin!

Aku ingat dia melencong hilang rupanya dia menjadi mangsa culik sekali! Kalau macam tu mana taehyung?! Dan jungkook. Kenapa dia tak ada sekali di sini?!

‘’Jin hyung?!’’

Jimin memanggil nama aku dan aku tak mampu nak pandang dia sebab kepala aku tidak mampu digerakkan untuk melihat dia melainkan aku hanya tunduk. Aku di campak kasar kelantai dimana ditengah-tengah bilik itu.

Semestinya aku terasa sakit satu badan tapi masih aku tak mampu melakukan apa-apa! Aku tak tahu kenapa! Aku rasa seperti hayat aku tak lama. Adakah aku betul?

Sohyun.

Dia pula mula menjejakkan kaki masuk kebilik itu dengan riak wajah yang asyik tersenyum.

Kedudukan cara aku baring di betulkan oleh orang-orangnya dan aku kini baring secara terlentang. Aku memang sudah perasan di tengah-tengah bilik ni ada tali dan tali itu sekarang betul-betul di kedua-dua sisi aku.

‘’disebabkan kau dah banyak timbulkan masalah jin...suka-suka hati tolong unnie aku..jadi aku rasa kau macam dah bersedia untuk menjalani proses patung sempurna ni dulu...’’

Dia berkata begitu dan berjalan ke arah aku. aku tak tahu apa yang dia maksudkan dan sekarang kedua belah tangan dan kaki aku masin-masing diikat dengan tali.

Apa yang dia cuba buat?!

Aku sedar aku menggeletar tapi semakin teruk aku menggeletar bila aku tiba-tiba diikat sebegini.

‘’tak kau takkkan!’’

Tiba-tiba aku dengar suara jimin seperti orang yang sedang terkejut dan tahu sesuatu.

‘’apa yang tak jimin? ‘’

Sohyun bertanya sambil memandangnya.

‘’ka-kau nak patahkan tulang dia?!’’

‘’oh bingo! Mana kau tahu jimin?’’

Ap-apa?! Tulang aku?! tak! Apa yang perempuan ni fikir sampai nak buat aku macam ni?!

‘’Tak guna!’’

Jimin menjerit memarahi sohyun. Suaranya kedengaran sangat marah!

‘’ Kau nak apa lepas dah buat benda ni dekat taehyung?! ‘’

Tae-taehyung?! Jadi dia ada dekat sini..

Dan jimin cakap dia buat benda ni dekat taehyung? Jadi taehyung dah rasa semua ni?!

Apa semua ni?!

‘’jimin...aku nak korang jadi sempurna. Tu je. Korang sepatutnya gembira mempunyai pemilik yang menjaga permainannya dengan baik sekali!’’

‘’gembira hotak kau!’’

Tiba-tiba aku dengar yoongi mencelah menengkingnya.

‘’otak aku memang gembira yoongi. Jadi apa salahnya aku kongsi kegembiraan ni dengan korang? Oh salah dengan patung-patung aku?’’

‘’weh kitorang manusia bukan patung!’’

Lagi sekali yoongi memarahi sohyun!

‘’Yoongi! Jangan cakap macam tu! Patung sohyun patung yang baik dan ikur dengan tuannya!’’

‘’aku manusia bukan patung buta!’’

‘’tak! Yoongi kau patung!’’

‘’sohyun aku tahu kau sedar kitorang manusia! Tolong sohyun! Kau sakit!’’

‘’taaaakkkk!!! Aku tak sakit! Sohyun tak sakit! Korang yang sakit sebab belum sempurna!’’

‘’sohyun kitorang manusia! Tolonglah dengar! Patung tak bercakap! Sohyun tolong sedar!’’

‘’alamak..maknanya...taetae belum sempurna...patung mana boleh bercakap...aiishhh sohyun patung kau tak sempurna lagi...’’

Sohyun membebel sorang-sorang dan jimin macam menyesal bila dia berkata macam tu! Kenapa dia kata macam tu?! Habislah! Lepasni tekak ktiorang pula akan jadi mangsa selepas tulang hancur!

‘’jimin...hoseok...yoongi...dan jin..aku minta maaf..sebab lama korang tunggu untuk jadi sempurna tapi sohyun tak mampu teruskan selagi tuan besar iaitu pemilik sebenar korang tak bersiap lagi..hyeri tengah siapkan dia cantik,bersih dan wangi..hihik!’’

Sohyun berkata dan tergelak kecil. Aku tak ambil peduli dengan apa dia kata dan aku bersyukur dia melambatkan lagi. Sejujurnya jantung aku seperti rasa nak gugur dan aku betul-betul takut! Aku sangat berharap jimin, yoongi atau hoseok dapat melepaskan diri sekarang dan selamatkan keadaan!

‘’jumpa nanti ye...sohyun nak tengok dia ah siap belum!’’

Sohyun terus berlalu pergi meninggalkan kitorang dengan dua orang lelaki.

 

 

Hyeri POV.

Aku baru nak berjalan kearah namjoon dan aku baru teringat. Aku perlu mempersiapkan jungkook. Tapi aku rasa sangat bersalah nak jumpa budak tu. Aku tak sanggup tengok muka dia. Sejujurnya semua pun aku tak sanggup tengok.

Aku menghela nafas dan mula memusingkan badan mahu menuju ke pintu .

‘’tunggu.’’

Aku dengar suara seseorang memanggil aku untuk berhenti dan tak lain tak bukan lelaki tu. Lelaki yang stau-satunya berada dalam bilik ini sekarang. Namjoon.

Aku berhenti dari terus berjalan.

‘’aku tahu....kau...kau tak berniat buat benda ni kan?’’

Apa yang dia cakap sekarang ni? Dia nak cuba berbaik dengan aku ke apa?

‘’aku tahu...kau baik...’’

Tak namjoon tak! Jangan cakap macam tu! Kau tak nampak aku dah cukup dan lebih dari kejam sekarang!

‘’aku tahu...kau pun terperangkap oleh fikiran dia dan tak tahu nak buat apa...’’

Tolong faham! Aku tak terperangkap! Aku Cuma sayangkan sohyun sebagai seorang sepupu yang dah banyak tolong aku dan sekarang aku kene bantu dia pula!

‘’tolong...saya takde masa untuk ni...’’

Aku terus keluar dari bilik tu dalam keadaan sedih dan geram. Air mata aku sudah pun mengalir sebab dia masih memanggil aku tapi aku hanya abaikan dan kunci pintu bilik itu semula.

Aku benci dengar apa dia cakap. Tolong jangan anggap aku seperti orang yang baik! Aku jahat! Kejam! Dan seumpama dengannya! Gelaran tu tak pernah layak untuk aku sejak aku lahir. Kerja aku hanya tahu menyusahkan orang dan buat masalah! Dan aku tak tahu sama ada baik atau tidak apa aku buat!

aku tengah berjalan menuju ke bilik jungkook diletakkan.

‘’hyeri...’’

Tapi secara tiba-tiba seseorang memanggil aku iaitu sohyun. Aku cepat-cepat mengesat air mata aku dengan bahagian belakang kedia-dua belah tangan aku dan pusing memandang dia yang memanggil dari belakang aku.

‘’ah ye..’’

‘’kau dah siapkan jungkook?’’

‘’aaa...pasal tu...belum lagi..’’

Aku takut dia marah sebab aku amsih belum menjalankan tugas seperti yang dia nak. Tapi dia senyum.

‘’ah takpe...aku sebenarnya nak cakap biar aku uruskan...jadi kau boleh pergi berehat...aku tahu kau penat...pasal hyuna unnie..jangan risau..selesai je benda ni aku kesana untuk jaga dia...’’

Mujur dia tak marah. Tapi aku masih belum mahu berehat! Aku nak jaga hyuna unnie!

‘’so-sohyun...aku nak jaga hyuna unnie...’’

‘’betul ni? Kau nampak penat...kau taknak rehat dulu?’’

‘’sokayy..aku-‘’

‘’ikut kau hyeri...aku taknak paksa kau..tapi berehat kalau kau penat...aku taknak kau sakit...’’

Dia menepuk-nepuk bahu aku dan senyum sebelum berlalu pergi. Aku senyum dan dan berasa gembira dapat balik jaga hyuna unnie. Aku tahu mesti dah lama dia tunggu!

Aku terus keluar dari ruang rahsia tu dan menuju ke ruang tamu mencari kunci keretayang aku letak di atas meja. Aku mengambilnya dan cepat-cepat keluar menghidupkan enjin kereta aku dan memandu pergi.

 

 

Sohyun POV

Aku dengan perlahannya membuka bilik yang mana ada jungkook di dalamnya. Aku tahu dia masih takut kerana tidak biasa dengan apa yang jadi dalam rumah ni tapi aku buat semua yang terbaik untuk dia. Dan dia kene faham. Aku tak benci dia. Aku sayang dia. Aku tahu dia tahu tu.

Aku buka dan aku nampak dia duduk di atas katil memeluk kakinya dan kelihatan menggigil sambil memandang terus kedepan kearah dinding. Tapi pandangannya terus berubah kearah aku bila dia nampak aku masuk.

Dia nampak lebih takut bila aku masuk. Tak di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^