Part 28

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Sohyun POV

Selepas Jungkook tidur, aku tak sampai hati nak tinggalkan dia.

Melihat muka dia adalah kebahagian untuk aku, tapi bukan sekadar muka dia , sekarang dia betul-betul ada disebelah aku. Aku bersyukur alam seperti merelakan hubungan aku dengan jungkook.

Lenanya dia tidur.

Takpa jungkook. Aku taknak fikiran kau penat, penat tak dapat terima apa yang berlaku. Aku dah kata, tiada benda yang aku buat untuk kau takde kebaikan.

Aku perlu kembali ke hospital untuk temankan hyuna unnie. tapi dalam masa yang sama, meninggalkan jungkook pada saat macam sangat tidak sesuai. Masih banyak benda yang aku kena buat. Aku taknak dia terasa beban.

Perlu ke aku ke hospital?

Aku tak boleh macam ni. aku sayang hyuna unnie, aku kena pergi.

Aku memandang jungkook sayu sebelum merelakan diri untuk tinggalkan dia sementara.

Aku mengunci biliknya dan terus ke hospital.

 

 

Aku perlahan masuk ke bilik wad hyuna unnie.

Pada asalnya aku sendiri mahu memberitahu dia yang aku tak boleh temankan dia hari ini sehingga esok dia pulang pada waktu petang. Aku berjanji untuk ambil dia pulang tapi bukan untuk teman dia.

Tapi sebaik aku masuk aku lihat dia terlena. Aku tak sanggup nak kejut dia semata-mata untuk memberitahu perkara tersebut. Aku melihat remote televisyen masih di tangannya dan televisyen juga terbuka. Aku tahu mesti dia bosan menunggu aku sampai tertidur.

Tipu kalau aku cakap aku takde rasa bersalah.

Aku mengambil remote di tangannya dengan berhati-hati takut dia terjaga dan menutup televisyen.

Aku meletakkan remote tersebut di atas katil sebelah dia.

Apa aku perlu buat?

Aku nak bagitahu hyuna unnie.

Oh ya!

Aku mengeluarkan nota lekat yang ada dalam beg tangan aku dan mengeluarkan sebatang pensel. Aku memang gemar membawanya kemana-mana.

Aku bercadang untuk meninggalkan nota pada dia.

Selesai menulis aku menyimpan semula nota lekat yang selebihnya bersama pen ke dalam beg tangan dan memandang hyuna unnie.

‘’unnie....mianei...’’

Aku tahu walaupun dia tidak dengar tapi meninggalkan dia macam tu tanpa berkata apa-apa masih tidak selesa untuk aku. sebaik aku berkata macam tu, aku mengambil langkah keluar dari bilik wad hyuna unnie.

 

 

Jungkook POV

Sudah pagi rupanya.

Macam mana aku boleh terlena begitu lama sehingga menjelma hari esoknya?

Aku menoleh kesebelah aku dan terkejut melihat seseorang baring disebelah aku. sohyun.

Dia kelihatan seperti penat.

Mesti dia berjaga untuk pastikan aku tertidur. Rasa bersalah membuak-buak dalam diri aku.

Aku mengiringkan badan menghadap dia dan melihat dia.

Aku tak tahu nak buat apa melainkan pandang muka dia.

Apa yang jadi semalam aku tak nak ingat, yang penting, aku kena percaya dia.

Disebabkan aku , banyak benda yang telah dia korbankan. Dia tidak kisah sekalipun dia keletihan. Tengok, muka dia seperti pucat. Dia perlu berehat. Kenapa dia kena lakukan semua ni?

Aku taknak lagi tengok dia penat.

Aku cuba menggerakkan tangan. Aku menyentuh rambutnya tapi aku masih rasa malu untuk menyentuh dia. aku pun tak ingat macam mana aku boleh cium perempuan yang cantik depan aku sekarang ni.

Mungkin tiada lagi sebab lain melainkan aku memang ditakdirkan untuk hidup bersama dia.

Aku menarik semula tangan aku perlahan.

Aku melihat kakinya agak menggeletar dan waktu tu baru aku perasan yang dia tidak disulubungi selimut. Dia membiarkan aku menggunanya. Aku tanpa berfikir panjang terus memberi selimut aku menyelubungi diri dia.

Gembira melihat dia tidak lagi menggigil danaku terus mengambil tempat aku balik iaitu baring menghadap dia.

Tiba-tiba aku perasan kelompak matanya bergerak dan perlahan-lahan matanya terbuka.

Aku jadi malu dan terus baring terlentang semula.

Tapi aku perasan dia senyum. Mesti dia sudah perasan aku ada pandang dia tadi.

‘’jung...kook....kau dah bangun?’’

Aku hanya mendiamkan diri dan pura-pura untuk tidur semula.

‘’teruklah kau ni...’’

Dia memrungut seperti merajuk sebab dia tahu aku perasan dia tanya macam tu tapi aku sengaja pura-pura tidur. Macam nak bergurau tapi hakikatnya aku malu.

Aku dengar dia tergelak kecil.

‘’jungkook. Bangunlah~~~ dah pagi ni...’’

Terkejut aku dia bisik dekat telinga aku. dekatnya dia dengan aku!

Perasaan malu semakin menjadi-jadi dan aku terus baring mengiring menyebabkan dia hanya nampak bahagian tubuh belakang aku.

‘’budak ni..’’

Dia terus duduk dan pandang aku. menepuk-nepuk bahu aku perlahan supaya aku bangun.

‘’jom bangun...aku dah buat sarapan untuk kau...’’

Aku pun mengalah dan duduk. Sejujurnya aku sudah hilang rasa ngantuk tapi aku sengaja berpura-pura mamai seperti baru bangun tidur.

Dia tergelak melihat aku macam tu.

‘’aiii budak comel ni...main-main pulak...’’

‘’tak bangun aku habiskan semua makanan..’’

Dia sengaja mengugut gurau supaya aku bangun. Tapi memang aku sendiri tengah lapar dan aku terasa nak makan. Mana boleh dia makan sorang-sorang~

Aku memandang dia seperti geram, bukan sebab tu sahaja sebab dia panggil aku ‘comel’

Seriously?

Taknya pipi aku memerah bila dia panggil macam tu?

‘’ceeeepaaatt~~~’’

Aku pun lagi sekali mengalah dan bangun. Dia juga bangun dan mula membuka pintu tapi dia masih berdiri di situ. Dia memusingkan badan pandang aku dan mula berjalan ke arah aku.

Tiba-tiba sahaja dia menghulurkan tangan.

‘’jom!’’

Aku mengangguk dan mendapatkan tangannya yang dihulur. Aku tidak mahu melawannya lagi sebab ia hanya perbuatan sia-sia dan datangkan kemudaratan pada diri aku dan dia sendiri.

Walaupun aku mula terasa pipi aku panas kerana malu tapi aku terasa selamat bila dia pegang tangan aku. aku tahu tiada benda yang buruk yang berlaku melainkan kebaikan. Apa yang dia buat semua yang terbaik untuk aku.

 

 

No one POV

Sohyun membawa jungkook berjalan perlahan kerana dia tahu jungkook masih lagi sakit. Lukanya kian sembuh tapi kesakitan masih lagi terasa.

‘’kau okay jungkook..?’’

Sohyun Cuma risau jungkook masih lagi terasa sakit yang amat dan dia semakin memperlahankan cara berjalannya.

Jungkook hanya menganggukkan kepalanya.

Sohyun membawa jungkook keluar dari ruang itu dan menuju ke ruang makan.

Jiyoon, jihyun dan gayoon awal-awal lagi sudah pun keluar kerja. Semestinya sohyun tidak lupa pada dujun dan dia masih tidak mahu fikir pasal tu. Dia tahu lelaki tu perlu dibiarkan dahulu merasa kesenangan sebab tiba masanya nanti baru dia tahu siapa sohyun tu.

Sohyun mempelawa jungkook untuk duduk di sebelahnya.

Jungkook mahu saja membuntangkan mata terkejut melihat makanan dihadapannya. Sudah lama dia tidak nampak makanan ini terhidang di depan matanya.

Apa yang dia fikir semua salah dia, kalau dia tidak membuat perangai, sehari ditempat ini tidak akan terasa seperti setahun.

‘’makanlah...aku tahu kau lapar...’’

Sohyun bercakap dan pandang jungkook.

‘’ah takpe...aku ambilkan!’’

Dia menawarkan diri sendiri  mengambil makanan untuk jungkook.

‘’makan kenyang-kenyang tau...’’

Jungkook senyum dan menganggukkan kepalanya. Dia perlahan, lahan mengambil penyepit disebelahnya .

Jungkook mula makan dengan kakunya tetapi sohyun pula hanya sibuk memandangnya sambil tersenyum. Gembira melihat jungkook makan.

Jungkook bukan tidak perasan apa yang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^