Part 35

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Sora POV

Aishhh tak sabarnya nak pulang dekat rumah. Rasa lega sangat dah dapat bagitahu pihak polis pasal perkara yang aku boleh lupa.

Nasib baik pihak polis tak tuduh aku macam-macam. Nak je aku tumbuk muka polis yang tanya aku tadi. Dah lah muka ketat, kayak ibu tiri bawang putih. Eh apa aku merapu nih?

Dah nak akhir tahun menyebabkan musim sejuk akan datang. Sejuknya dekat luar ni.

Aku pun berlari-lari anak secepat yang mungkin untuk ke stesen bas. Dah tak tahan dah ni. masuk rumah mesti panas sikit. Baru selesa.

Semasa aku tengah sibuk berlari-lari anak, aku terdengar bunyi tapak kaki dari belakang. Nak kata perasaan aku tapi kawasan ni agak sunyi sikit. Aku berhenti dan toleh kebelakang.

Tiada siapa pulak. Pelik.

Takkanlah bunyi tu terhasil sendiri?

Aku terus berjalan dan kali ini lebih berhati-hati dan peka, takut-takut betul apa yang aku sangkakan.

Memang aku lagi tadi sangka macam ada orang ikut aku.

Lagi sekali bila aku berjalan sahaja, bunyi tapak kaki tadi ada semula. Takkan pula bunyi tapak kaki aku. sebab ada dua bunyi tapak kaki terhasil.

Aku berhenti dan kali ni memang betul-betul aku rasa tidak sedap hati.

Tiba-tiba aku terasa panas di telinga aku seperti nafas seseorang. Badan aku terus terkaku terkejut dan aku terus menoleh kebelakang.

‘’hye sayang..rindu oppa?’’

‘’OPPA-‘’

Aku tidak sempat bertindak apa-apa apabila orang yang aku sedang lihat dan berada di depan aku ini menutup mulut ku dengan sebuah sarung tangan yang seperti diletakkan cecair yang menusuk menyebabkan aku berasa pening-pening di kepala.

Mataku menjadi berat.

Aku cuba untuk bergerak tapi tenaga aku menjadi semakin lemah.

Dan semuanya menjadi gelap.

 

 

Sohyun POV

Tak guna. Sorang-sorang buat masalah. Ah takpe takpe. Masih ada satu masalah yang dapat aku selesaikan sekarang.

Dujun oppa. Haih aku baru ingat pasal kau. Kau nak apa? Nak ambil harta keluarga aku? boleh oppa jangan risau kau ambillah tapi yang pasti aku kena hantar kau pergi neraka dulu. Lepastu kau cubalah ambil kalau boleh.

Aku membuka handphone aku dan mencari-cari nombor yang dah tak sabar aku nak buat panggilan. Aku menekan butang membuat panggilan. Menunggu untuk dia menjawab panggilan aku.

‘’yobuseyo.’’

‘’oh dujun oppa!’’

‘’nae?’’

‘’emmmm macam mana nak cakap ye...gayoon unnie, dia sebenarnya suruh oppa datang sini. Dia malu nak cakap. Entah dia tiba-tiba malu..’’

‘’ahahahahhaaha, dia tu memang comel.’’

‘’aip oppa, lebih-lebih pula. Palli datang, dia kata nak buat suprise!’’

‘’okay oppa sampai kejap lagi!’’

‘’annyeong oppa!’’

‘’annyeong~’’

Tutt tutt.

Panggilan di tamatkan. Ahh~ senangnya jadi kwon sohyun. Semua yang aku nak semua aku dapat. Tapi aku memang layak. Takda siapa berhak halang aku.

Tidak lama kemudian dujun oppa pun tiba dan waktu itu aku mencari hyeri yang sibuk makan di dapur.

‘’hyeri-ah...kau dah call lelaki tu kan?’’

‘’nae sohyun!’’

‘’okay. Hyeri aku nak kau duduk dekat bilik aku dan kunci pintu. Sms dia aku akan sampai lagi setengah jam. Dan ingat, apa-apa bunyi yang kau dengar, aku nak kau abaikan. Nanti dah selesai aku panggil kau.’’

 

 

Hyuna POV

Akhirnya aku selamat membawa diorang ke hospital.

Aku tahu nurse dan doktor terkejut bila aku bawa mereka. Sebab aku tahu tentang khabar mereka dan appa mereka hilang dan sekarang semua pandang aku curiga.

Aku Cuma menerangkan pada diorang yang aku jumpa diorang dan memaklumkan mereka untuk merahsiakan dahulu penemuan mereka sehingga mereka sihat nanti.

Pihak hospital akur tapi bukan boleh percaya seratus peratus. Pasti sahaja ada di kalangan nurse atau staff yang akan membuka mulut. Dan sekarang aku sudah bersedia sekali pun kalau aku tertangkap.

Tapi aku masih tidak dapat melakukan perkara ini seorang diri. aku perlukan seseorang untuk menjaga mereka jikalau nanti aku tidak dapat teruskan lagi rancangan untuk menyelamatkan mereka.

‘’hyuna, awak cik hyuna kan?’’

‘’ah ye saya..’’

‘’sila ikut saya ke pejabat.’’

Seorang doktor yang bertanggungjawab merawat mereka berenam memanggil aku untuk ke pejabatnya.

Kami berdua berjalan memasuki pejabatnya. Jantung  aku tidak boleh berhenti berdegup laju memikirkan apa yang akan dikatakan doktor ini.

Kami duduk saling berhadapan.

Doktor di depan aku seperti menghela nafas risau dengan apa yang cuba dikatakan. Aku mula faham apa yang bakal dikatakan bukanlah sesuatu yang baik tapi dengan hati terbuka aku kena cuba terima. Aku kena kuat. Aku dah penat jadi lemah. Melihat orang depan mata aku pergi banyak kali.

‘’cik hyuna, kami boleh meneruskan rawatan.’’

Mendengar dia berkata macam tu membuatkan aku sedikit tersenyum.

‘’tapi..’’

Tapi?!

‘’tapi kosnya sangat tinggi...’’

Aku terdiam seketika. Memang betul apa yang aku agak. Memang kosnya akan tinggi lagi-lagi dengan bilangan mereka yang ramai. Doktor mula mengeluarkan satu surat mengenai kosnya. Aku tersentak tapi hanya memandangnya dengan muka tiada perasaan.

‘’doktor...saya akan cuba transfer duit esok.’’

Doktor hanya terkejut dengan kenyataan aku.

‘’dan lagi satu doktor, boleh doktor tolong saya?’’

‘’tolong apa?’’

‘’tolong jagakan mereka sehingga sihat, dan pastikan esok polis ada untuk tahu mengenai hal ni...saya mungkin takkan ada dengan mereka...’’

Aku terus bangun meninggalkan pejabat doktor dengan hati yang berat.

Sebaik mana pun aku cuba selamatkan mereka, tetapi aku juga tetap jahat kerana pernah melakukan jenayah membunuh. Walaupun sekali. Aku lebih sanggup menyerahkan diri pada polis daripada terus tinggal bersama keluarga aku yang sangat bertandukkan syaitan.

Aku mengambil keputusan untuk menyerahkan semua duit yang ada di akaun bank aku untuk rawatan mereka. Duit tu memang cukup tapi lepas tu takkan ada lagi yang tinggal walaupun sedikit. Itu semua duit yang aku kumpul dan tidak gunakan sepanjang appa selalu memasukkan duiot setiap bulan.

Aku hanya guna sedikit. Lagipun aku tidak keluar seperti yang lain. Aku terrsenyum sedikit gembira kerana ada hikmah duit yang aku kumpul.

 

 

Gayoon POV

Nasib baik umma dengan appa setuju untuk pulang ke rumah! Yeay! Tak sabarnya aku nak bagitau umma appa yang aku dah dilamar!

Kami bertiga, aku,jiyoon dan jihyun menjemput umma appa di airport.

Jiyoon dan jihyun sudah pun tahu perkara ini kecuali umma appa, hyuna dan sohyun.

Hyuna dan sohyun?

Mereka itu bukan akan kisah pun.

Aku tidak boleh mengawal mulut aku daripada asyik tersenyum.

Semasa dalam kereta umma appa sering sahaja bertanya soalan kenapa mereka disuruh pulang. Haih mestilah kitorang bertiga dah berpakat untuk merahsiakannya. Kitorang dah rancang nak bagitahu di rumah nanti. Tapi jihyun nampak seperti tidak terlalu gembira.

Aku tak tahu kenapa tapi yang penting dia ikut rancangan.

Kami tiba di rumah tidak lama selepas itu.

Mestilah aku orang paling teruja untuk masuk ke rumah jadi aku berjalan terlbih dahulu melangkah kan kaki untuk memasuki rumah.

Alangkah terkejutnya aku melihat rumah yang sangat berselerak. Aku jadi terkaku dan berjalan perlahan melihat keadaan sekeliling.

Yang lain juga begitu bila mula masuk ke rumah.

‘’gayoon apa dah jadi ni?!’’

Appa seperti marah dan pelik melihat rumah yang begitu selerak.

‘’gayoon kenapa rumah jadi macam ni?’’

Umma juga bertanya pada aku.

Aku tak tahu!

‘’ tak tahu.’’

Aku ternganga dan apabila aku melihat lantai penuh dengan cecair bewarna merah aku terkejut. Aku menutup mulutku dengan kedua belah tapak tangan aku.

Ni adalah darah!

‘’KYAAA!’’

Tiba-tiba suara jiyoon menjerit kedengaran dan semua mula ke dapur di mana jiyoon berada.

Aku yang terlebih tertanya-tanya terus ke dapur dan saat tu aku tidak mampu berkata-kata.<

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^