The Promises (Malay Ver.)

Description

Are you still hurting? Are you still waiting for me?
I couldn’t keep the promise of always being together and I had to leave
So I hope you will forget me now, I hope you won’t hurt anymore
Because I can’t hold you, who I wanted to protect till always

 
 
I’ll pray that a person who loves you will appear so all of the memories that made your heart hurt will get erased

Foreword

"Awak patut pergi dari sini,"kata Sun Mi,sambil menolak tubuh lelaki itu dengan kasar.Sesekali dia akan menoleh ke belakangnya,bimbang sekiranya jejak mereka dapat dijejaki oleh orang ramai yang sedang mencari mereka itu.Sun Mi menoleh semula ke arah lelaki yang sedang berada di hadapannya itu.

"Awak mesti pergi dari sini sebelum mereka semua jumpa awak,"kata Sun Mi lagi,berusaha memujuk lelaki itu supaya segera beredar dari situ.Namun,lelaki itu tetap berdiri di situ enggan untuk menurut kata-kata Sun Mi itu.

"Awak tak dengar ke apa yang saya cakap ni?!"Sun Mi mulai meninggikan suaranya.

"Awak mesti pergi dari sini!Kalau tak,awak akan mati!"Sekali lagi Sun Mi menolak kasar tubuh lelaki itu.Air matanya mulai mengalir.Sun Mi terduduk di situ sambil menangis.Lelaki itu turut menundukkan tubuhnya di hadapan Sun Mi.

"Tolonglah tinggalkan tempat ni...Saya tak nak awak mati atas kesalahan yang awak tak lakukan,"kata Sun Mi,sambil menangis teresak-esak.Dia kemudiannya mendongakkan sedikit kepalanya sambil memandang ke arah lelaki itu.

"Saya janji...kita akan jumpa juga suatu hari nanti."Kata Sun Mi,sambil tersenyum dalam tangisnya itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut pipi lelaki itu.

"Pergilah..."Kata Sun Mi lagi.Lelaki itu turut menyentuh pipinya yang basah dengan air mata itu sebelum dikucupnya lembut.

"Saya akan pegang janji awak,Sun Mi,"kata lelaki itu,menahan rasa sebak kerana terpaksa meninggalkan wanita yang amat disayanginya itu.Sun Mi angguk sambil tersenyum.

"Saya janji.Jadi,awak mesti tinggalkan tempat ni sekarang."

 

 

"Sun Mi ah!"

Kelam kabut seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu berlari menuju ke arah Sun Mi yang sedang duduk bersandar pada pokok dalam keadaan lemah itu.Pantas sahaja dia memeluk tubuh Sun Mi yang lemah itu.

"Anak omma tak ada apa-apa ke,sayang?"Soal wanita itu sambil menyentuh wajah anaknya itu,bimbang.Sun Mi tidak menjawab sebaliknya hanya menggeleng lemah.Sekali lagi tubuhnya dipeluk oleh ibunya itu.

"Mana lelaki tu,Sun Mi?!"Soal seorang lelaki dengan kasar.Dia mencari-cari kelibat  lelaki yang dimaksudkannya itu.

"Sun Mi ah?!"Soalnya lagi,geram apabila soalannya itu dibiarkan tidak berjawab.Sun Mi mendongak ke arahnya.

"Molla..."Jawabnya,lemah.Dia kemudiannya terus mendiamkan diri,enggan untuk berterus terang mengenai kehilangan lelaki yang mereka maksudkan itu.

 

 

Lelaki itu memerhatikan Sun Mi yang sedang dikerumuni oleh orang ramai itu dari jauh.Hatinya sebak kerana terpaksa berpisah dengan wanita itu untuk tempoh yang dia sendiri tidak pasti.

"Aku dah buktikan kata-kata aku sebelum ni betul."

SeungHo mendengus kasar.Dia menoleh ke arah Cheondung yang sedang berdiri di atas dahan pokok bersebelahan dengannya itu.

"Semua ni kerja kau kan?"Soal SeungHo,menahan geram.Cheondung sekadar tersenyum sinis.

"Aku cuma nak selamatkan kau dari dibunuh oleh manusia yang tak guna tu,"kata Cheondung.

"Tapi mereka takkan bertindak begini kalau kau tak mulakan dulu!"Marah SeungHo.Cheondung menoleh ke arahnya dengan pandangan tajam.

"Kau jangan jadi bodoh!Selagi kau bersama dengan perempuan tu...selagi tu kuasa kau akan semakin lemah.Lama-kelamaan kau akan mati,"balas Cheondung.SeungHo bergerak pantas ke arahnya sebelum dia menarik kolar baju Cheondung itu dengan kasar.Mata mereka yang merah itu bertentangan antara satu sama lain.

"Tapi tindakan kau ni dah melampau!"Balas SeungHo,marah.Cheondung sekadar tersenyum.

"Siapa yang melampau sekarang ni?Kau ke aku?!"Balas Cheondung,sinis.

"Kau sanggup tinggalkan puak kita semata-mata sebab perempuan tak guna tu!Aku cuma nak bawa kau balik!"Kata Cheondung lagi.Kolar bajunya itu masih lagi digenggam erat oleh SeungHo itu.

"Lagipun kau mesti tak nak Hyung buru perempuan tu...dan jadikan makan malam dia kan?"Soal Cheondung sambil tersenyum.Perlahan-lahan,SeungHo melepaskan kolar bajunya itu.Cheondung membetulkan kolar bajunya itu.

"Kita mesti pergi dari sini sekarang."Kata Cheondung sebelum dia terbang dengan pantas,beredar dari situ.SeungHo menoleh semula ke arah Sun Mi itu untuk kali yang terakhir.

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!