Promise 21

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee cuba melarikan dirinya dengan melalui rimbunan pokok-pokok yang tebal itu.Kesakitan akibat kecederaan yang dialami pada kakinya itu cuba ditahannya.Fikirannya lebih menuju ke arah untuk menyelamatkan dirinya daripada dijejaki oleh manusia pemakan darah manusia itu.Lariannya terhenti apabila kakinya tersadung pada akar pokok yang besar itu.ByungHee mengaduh kesakitan apabila betisnya tercucuk pada duri yang tajam sehingga menyebabkan begitu banyak darah yang mengalir dari betisnya itu.

“Ke mana lagi kau nak pergi?”

ByungHee terkejut apabila melihat makhluk yang digeruninya itu kini sudah pun berada di hadapan matanya.Dia cuba memejamkan matanya daripada memandang wajah makhluk yang sedang menyeringai itu.Tubuhnya ditolak kasar sehingga tersandar pada sebatang pokok.Dada ByungHee berombak kencang.Kelihatan darah merah pekat mulai mengalir dari mulutnya akibat hentakan yang kuat pada tubuhnya itu.Makhluk it uterus menerpa ke arahnya.Lengannya dipegang erat.

“Dah lama aku nantikan saat ini,”kata makhluk itu,separuh berbisik.Nafasnya kedengaran kencang,seolah-olah cuba menahan nafsunya apabila melihat dan menghidu darah yang mengalir dari tubuh ByungHee itu.Wajah ByungHee kelihatan pucat.

“Apa yang kau nak daripada aku?Apa yang aku dah buat sampai kau buat aku macam ni?”Soal ByungHee,kedengaran lemah.Makhluk itu tersenyum sinis.

“Aku nak kau.Aku nak darah kau,”bisik makhluk itu lagi.Tubuh ByungHee menggigil.Ternyata dia begitu takut dengan situasi yang sedang berlaku itu.

“Bukankah aku dah arahkan kau untuk serahlan dia kepada aku?”

Kedengaran suara seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba itu.Makhluk itu melepaskan keluhan berat.Dia melepaskan ByungHee dengan berat hati.ByungHee memandang ke arah satu kelibat seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh darinya itu.Pandangannya yang mulai kabur itu membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki yang sedang berjalan menghampirinya itu.

“Jadi...kaulah Jung Byung Hee?”Soal lelaki itu.ByungHee mengerutkan dahinya.Cuba untuk melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas.Lelaki itu kemudiannya menundukkan sedikit tubuhnya supaya dia dapat melihat wajah ByungHee dengan lebih jelas.

“Em...wajah kau memang seiras dengan perempuan tu.Tak hairanlah kalau dia begitu asyik untuk mengekori kau sejak sebelum kehadiran kau ke Seryang-Je lagi,”kata lelaki itu,sambil meletakkan tangannya pada leher ByungHee yang basah dengan peluh itu.

“Manusia....makhluk yang paling tak berguna yang pernah aku jumpa di atas muka bumi ni.Tapi...manusia juga adalah sumber kekuatan kami.Tanpa manusia...kami akan mati kelaparan,”kata lelaki itu,separuh berbisik.ByungHee sekadar membisu.Nafasnya kedengaran laju.Lelaki itu tersenyum.

“Tapi SeungHo tu bodoh.Disebabkan cinta...dia sanggup mengkhianati kami.Dia sanggup melindungi manusia yang sepatutnya jadi makanan kami,”kata lelaki itu,geram.

“Tapi apa kaitannya dengan aku?”Soal ByungHee,memberanikan diri untuk bertanya.Lelaki itu tergelak.Begitu juga dengan makhluk yang sedang berdiri di belakang lelaki itu.

“Semua ni disebabkan oleh mak kau.Jadi...kesalahan mak kau...mestilah ditebus dengan nyawa kau sendiri,”kata lelaki itu sambil menggerakkan jarinya pada leher ByungHee itu.

“Jung Byung Hee...em...tak sangka nama keluarga kita sama,kan?”Soal lelaki itu sambil tersenyum.

“Em...disebabkan SeungHo dah berpaling tadah dengan puak kami...aku perlukan seorang pengganti supaya puak kami akan menjadi lebih kuat dan digeruni,”bisik lelaki itu.Dia memandang tepat ke arah anak mata ByungHee yang berwarna hazel itu.

“Mata ni yang cantik ini...akan aku jadikannya seperti warna darah merah yang pekat...sama seperti darah yang sedang mengalir dari tubuh kau ni,”kata lelaki itu sambil mengelap darah yang mengalir dari mulut ByungHee itu dengan jarinya.Perlahan-lahan,dia menjilat jarinya itu.Kedengaran dia melepaskan nafas puas.

“Jung Byung Hee...”bisik lelaki itu.ByungHee hanya mampu tersandar kaku di situ.

“Kali ni...kau takkan sesekali terlepas dari aku lagi.”Kata lelaki itu sebelum dia membenamkan gigi taringnya pada leher ByungHee.Kedengaran jeritan ByungHee bergema di seluruh kawasan hutan di Seryang-Je itu.

 

 

*********

 

ByungHee terbangun dari tidurnya.Peluhnya mengalir laju membasahi wajahnya.Dadanya berombak kencang.Dia meletakkan tangannya pada lehernya yang basah dek peluh itu.Dia melepaskan nafas lega apabila melihat dirinya yang masih kelihatan sama itu.Dia menelan air liur.Entah mengapa,dia sering diganggu oleh mimpi buruk yang kelihatan hampir sama itu.Namun dia sendiri tidak pasti dengan mimpi yang dialaminya itu.Dia meraup wajahnya yang berpeluh itu.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah Ye Jin yang sedang terbaring lena di sebelahnya itu.ByungHee melepaskan nafas lega.Dia meletakkan tangannya pada dahinya itu sambil memejamkan mata.Dia cuba menenangkan dirinya yang masih terkejut dengan mimpi yang dialaminya itu.Dia menoleh semula ke arah Ye Jin yang sedang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan dia mengusap lembut rambut Ye Jin yang berwarna perang itu.ByungHee kemudiannya membaringkan semula tubuhnya di sebelah Ye Jin,sebelum dia memeluk erat tubuh wanita itu.

Dia cuba memejamkan matanya,namun tidak berjaya.Dia bimbang sekiranya mimpi buruk itu sekali lagi mengganggu tidurnya.

“Oppa...”

ByungHee memandang ke arah Ye Jin.Kelihatan wanita itu turut sedang memandang ke arahnya.

“Oppa tak tidur lagi?”Soal Ye Jin,yang masih lagi kelihatan mamai itu.ByungHee sekadar tersenyum ke arahnya sambil menggeleng.

“Oppa Cuma terjaga sekejap,”balas ByungHee sambil mengusap lembut pipi Ye Jin itu.Ye Jin sekadar membiarkan perbuatan lelaki itu.

“Ye Jin tidurlah.Oppa nak tengok Ye Jin tidur,”kata ByungHee,separuh berbisik.Ye Jin tersenyum ke arahnya.Perlahan-lahan,dia menarik wajah ByungHee ke arahnya sebelum dia mencium lembut bibir lelaki itu.ByungHee mengeratkan lagi pelukannya terhadap wanita itu.Ciuman wanita itu membuatkan dia terlupa seketika pada mimpi buruk yang mengganggu tidurnya sebelum itu.

 

 

ByungHee membuka matanya apabila merasakan kucupan lembut pada pipinya itu.ByungHee menguntum senyuman manis apabila melihat Ye Jin yang sedang duduk di sebelahnya itu.

“Selamat pagi,”ucap Ye Jin,manja.ByungHee membalas ucapan wanita itu dengan senyuman menawannya.

“Lena betul oppa tidur.Sampai Ye Jin bangun dari katil pun,oppa tak sedar,”kata Ye Jin sambil mengusap lembut pipi lelaki itu.ByungHee mencapai tangan Ye Jin yang sedang menyentuh pipinya itu.

“Mungkin sebab oppa tidur dengan Ye Jin.Sebab tulah lena,”kata ByungHee.Ye Jin tertawa kecil.

“Ada-ada sajalah oppa ni.Kalau Ye Jin tak ada macam mana?”Soal Ye Jin.Wajah ByungHee berubah riak.

“Apa Ye Jin cakap ni?Kan hari tu Ye Jin cakap yang Ye Jin nak sehidup semati dengan oppa.Ye Jin tak bolehlah tinggalkan oppa seorang-seorang,”balas ByungHee,tidak suka dengan kata-kata Ye Jin itu.Ye Jin sekadar tersenyum.

“Ye Jin cakap sajalah.Oppa janganlah serius sangat,”kata Ye Jin.ByungHee meletakkan tangannya pada wajah Ye Jin.Ye Jin sekadar membiarkan perbuatan lelaki itu.

“Saranghae...”Ucap ByungHee.Ye Jin tersenyum.

“Janji dengan oppa...yang Ye Jin akan sentiasa bersama dengan oppa...okey?”Soal ByungHee.Ye Jin angguk sambil tersenyum.ByungHee membalas senyuman wanita itu.

“Walaupun Ye Jin ni...kuat merajuk..kuat cemburu...tapi oppa sayang sangat dengan Ye Jin tau.Jadi Ye Jin tak boleh tinggalkan oppa.Okey?”Kata ByungHee lagi.Ye Jin tertawa apabila mendengar kata-kata ByungHee yang kedengaran lucu padanya itu.

“Ye,oppa.Ye Jin takkan tinggalkan oppa.Sebab Ye Jin pun sayangkan oppa,”kata Ye Jin.ByungHee tersenyum sambil meletakkan tangannya pada leher Ye Jin.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajah Ye Jin ke arahnya.Bibir wanita itu dikucupnya lembut.

 

 

“Hari ni Ye Jin tak ada apa-apa kan?”Soal ByungHee sambil menuju ke arah keretanya.

“Hari ni Ye Jin duduk rumah je.Kenapa?”Soal Ye Jin.ByungHee memberhentikan langkahnya sambil memusingkan tubuhnya untuk menghadap Ye Jin.Wajah Ye Jin itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih.

“Ye Jin tunggu oppa balik okey?Kita keluar jalan-jalan malam ni,”kata ByungHee.Ye Jin tersenyum.

“Ataupun oppa nak Ye Jin buatkan makan malam untuk oppa?”Soal Ye Jin.

“Ye Jin masak untuk oppa?Biar betul Ye Jin ni?Ye Jin demam ke?”Soal ByungHee sambil meletakkan tangannya pada dahi Ye Jin.

“Yah!”Ternyata Ye Jin kelihatan berang dengan gurauan teman lelakinya itu.ByungHee sekadar ketawa.Kepala Ye Jin itu digosoknya lembut.

“Oppa pergi dulu.Apa-apa hal nanti,oppa call.Okey?”Kata ByungHee.Ye Jin tersenyum sambil angguk.

“Ne.Drive elok-elok.Dan...jangan nak main mata dengan Tae Yeon,okey?”Kata Ye Jin.ByungHee ketawa lagi.

“Hai...sayang betul Ye Jin dekat oppa kan?Okey...lepas ni oppa pakai penutup mata sepanjang masa hanya untuk Ye Jin,”kata ByungHee,bergurau.Ye Jin menepuk lembut bahunya.ByungHee ketawa lagi.

“Okeylah.Oppa pergi dulu,”kata ByungHee,bersedia untuk beredar dari situ.Ye Jin angguk.ByungHee mulai melangkah masuk ke dalam keretanya.Ditolehnya ke arah Ye Jin sambil menghidupkan enjin keretanya.

“Bye,”ucap ByungHee.Ye Jin melambai ke arahnya sebelum kereta ByungHee itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya.Senyuman Ye Jin mengendur.Entah mengapa hatinya berasa tidak selesa apatah lagi apabila melihat ByungHee yang kerap diganggu oleh mimpi buruk itu sejak akhir-akhir ini.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!