Promise 8

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee membuka matanya perlahan-lahan sebelum dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di sebelahnya itu.Diperhatikan waktu yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.Perlahan-lahan ByungHee bangun dari pembaringannya sebelum dia meraup wajahnya itu.Ditolehnya ke arah sebelah.Joon tiada di situ seperti kebiasaannya.

 

“Joon nak kita keluar dari sini mulai esok pagi.Kalau Hyung nak sambung bercuti lagi,Joon tak kisah.Tapi bukan tempat ni.Joon nak kita keluar dari sini secepatnya.”

“Joon ni siapa yang terlalu mengawal kehidupan Hyung?Joon siapa yang menentukan arah hidup Hyung?Siapa?Kalau Joon nak balik sangat,Joon baliklah.Hyung nak tinggal kat sini untuk beberapa hari lagi.Hyung dah malas nak layan semua ni.Rimas!”

 

ByungHee melepaskan keluhan berat,seolah-olah baru menyedari keterlanjuran kata-katanya.Dia kemudiannya segera menghubungi Joon melalui telefon bimbitnya.Namun dia hampa apabila panggilannya itu tidak berjawab.Mungkin lelaki itu benar-benar menepati kata-katanya bahawa dia mahu keluar dari Seryang-Je itu secepatnya.ByungHee mengeluh lagi.

“Joon ah...miane...”Ucapnya,perlahan sambil membaringkan semula tubuhnya di atas katil.Dia meletakkan lengannya pada dahi sebelum dia melepaskan keluhan berat.Dia akui dia sudah melukakan hati sahabat baiknya itu.Silapnya juga kerana terlalu menurut rasa hati sehingga dia melukakan perasaan Joon tanpa dia sedari.ByungHee memandang ke arah telefon bimbitnya.Tiada langsung mesej pesanan daripada lelaki itu sebelum dia meninggalkan ByungHee.Panggilan pun tidak berjawab.ByungHee memandang jam yang tergantung pada dinding biliknya itu.Cepat-cepat dia bangun semula daripada pembaringannya itu.Dia segera bersiap untuk mencari Joon.Dia yakin bahawa Joon masih lagi tidak jauh dari kawasan itu.

 

 

ByungHee memandu keretanya dengan kelajuan yang sederhana.Dia mahu memastikan kelibat Joon tidak terlepas dari pandangan matanya.Sesekali dia akan menoleh ke kiri dan ke kanan,untuk mencari Joon.Dia mengeluh apabila dia tidak dapat menemui kelibat lelaki itu sepanjang pemanduannya di kawasan Seryang-Je itu.

“Mana dia pergi ni?Mustahil dia dah keluar dari kawasan ni.Aku yakin dia masih lagi tak jauh dari sini,”keluhnya.Dahinya berkerut seribu.Matanya yang terselindung di sebalik kaca hitamnya itu tidak terlepas daripada merasai terik cahaya matahari itu.ByungHee meneruskan pemanduannya sehinggalah dia menekan brek kereta serta-merta apabila dia melihat sesuatu yang sedang melintas di hadapan keretanya itu.Kelihatan seorang lelaki yang cedera parah terjatuh ketika sedang cuba melintas jalan itu.ByungHee cepat-cepat melangkah keluar dari keretanya sebelum dia berjalan mendekati lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Encik,kenapa ni?”Soal ByungHee,bimbang.Lelaki itu tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya dia hanya mampu mengaduh kesakitan yang teramat itu.Tanpa menunggu jawapan daripada lelaki itu,ByungHee segera memapah lelaki itu menuju ke arah keretanya.

“Saya bawa encik ke klinik ya?”Soal ByungHee ,mulai memandu keretanya meninggalkan kawasan itu.ByungHee terkejut apabila lelaki itu memegang lengannya secara tiba-tiba.ByungHee menoleh ke arahnya.Kelihatan lelaki itu menggelengkan kepalanya.

“Jangan bawa saya ke klinik...tolong...”

 

 

“Argh!”Lelaki itu menjerit kesakitan apabila ByungHee cuba mencuci lukanya dengan kain basah.ByungHee menghentikan perbuatannya seketika.Bimbang sekiranya perbuatannya itu akan menambahkan lagi kesakitan yang sedang dialami oleh lelaki itu.Sebaik sahaja lelaki itu kelihatan sedikit tenang,ByungHee menyambung sekali lagi kerjanya secara perlahan-lahan.Lelaki itu cuba menahan kesakitannya.

“Saya minta maaf.Saya...saya tak pandai sangat dalam bab-bab merawat ni.Saya rasa baik saya bawa encik pergi klinik.Luka encik ni pun...nampak teruk,”kata ByungHee sambil melihat luka di lengan lelaki itu yang kelihatan seperti gigitan binatang buas.Lelaki itu sekadar tersenyum nipis.

“Tak apa.Saya tak suka pergi klinik.Lagipun...lagipun saya dah biasa dengan semua ni,”kata lelaki itu,perlahan sambil memandang ke arah ByungHee yang sedang tekun merawat lukanya itu.ByungHee sekadar tersenyum nipis mendengar kata-kata lelaki itu.

“Awak ni orang luar ke?Saya macam tak pernah nampak awak pun sebelum ni?”Soal lelaki itu.ByungHee menghentikan kelakuannya sambil memandang  ke arah lelaki itu.Senyumannya yang menawan itu mulai terukir pada bibirnya itu.

“Saya datang sini sebab saja nak bercuti.Mungkin dalam seminggu kot saya duduk sini,”kata ByungHee.Lelaki itu tersenyum.

“Awak bercuti seorang saja ke?Tak ada kawan yang teman?”Soal lelaki itu lagi.Senyuman ByungHee mulai mengendur.

“Em...saya datang dengan kawan.Tapi...dia ada hal tiba-tiba.Jadi,dia balik ke Seoul dulu,”kata ByungHee.ByungHee kemudiannya menyambung semula kerjanya tanpa dia menyedari senyuman sinis yang terukir pada bibir lelaki itu.

“Saya rasa...awak ni seorang jurugambar.Betul kan?”Soal lelaki itu apabila dia menyedari kamera milik ByungHee yang berada di atas meja itu.

“Saya belum jadi jurugambar professional lagi.Saya Cuma minat dengan hobi tu,”katanya sambil tersenyum.

“Jadi,awak datang sini sebab nak dapatkan pemandangan yang terbaik untuk dijadikan koleksi awaklah ye?”Soal lelaki itu lagi.ByungHee mengangguk sambil mula membalut lengan yang sudah siap dirawat itu.

“Kalau macam tu,saya boleh temankan awak.Saya dah lama duduk sini.Jadi,saya tahu tempat-tempat yang menarik yang saya boleh tunjukkan dekat awak,”kata lelaki itu.ByungHee memandang ke arahnya.

“Jinja?Awak boleh tunjukkan kepada saya?”Soal ByungHee,tidak percaya.Lelaki itu mengangguk.

“Kalau awak nak tahu,dekat dalam hutan Seryang-Je ni...ada banyak tempat yang awak takkan dapat jumpa di tempat lain.Lagipun bukan semua orang yang tinggal di sini dapat sampai ke tempat tu.Kalau awak pergi tempat tu,saya yakin awak akan rasa berat hati untuk tinggalkan tempat ni,”kata lelaki itu,sengaja mengumpan minat ByungHee.Senyuman ByungHee kian lebar.

“Betul ke ni?Sebab saya datang sini pun selepas saya terjumpa gambar tempat ni dalam diari ibu saya.Dia pun cakap yang tempat ni sangat cantik.Sebab tulah saya bertekad untuk datang sini walaupun ibu saya tak izinkan sebenarnya,”kata ByungHee.Lelaki itu tersenyum lagi.Ternyata umpannya itu kian mengena.

“Baguslah kalau awak tetap berdegil untuk datang sini.Awak takkan rugi apa-apa pun.Percayalah,”kata lelaki itu.

“Oh ya,nama saya Jung Byung Hee.Awak boleh panggil saya ByungHee,”kata ByungHee sambil menghulurkan tangannya.Lelaki itu memandang ke arah tangan ByungHee.Dia cuba menahan nafsunya itu di hadapan ByungHee.Ternyata dia dapat merasakan darah hangat yang sedang mengalir dalam tubuh milik ByungHee itu.Perlahan-lahan,dia menyambut huluran tangan lelaki manusia itu.

“Saya Park Sang Hyun.Panggil saya Cheondung,”kata lelaki itu sambil tersenyum.

 

 

Cheondung menyembunyikan dirinya di sebalik rimbunan pokok yang tebal itu.Dia yakin kehadirannya di kawasan perkampungan itu tidak dapat dikesan oleh puak Serigala yang sentiasa mengawal keselamatan penduduk di situ.Dia melihat lengannya yang dibalut oleh ByungHee itu.Dia kemudiannya menanggalkan balutan itu secara kasar.Bibirnya menguntum senyuman nipis.Ternyata lelaki itu begitu mudah diperdayakan.

“Tak sangka yang kau ni ... sama bodoh macam mak kau,”katanya sambil ketawa.

“Kali ni...aku takkan biarkan SeungHo berhubung dengan mana-mana manusia bodoh macam kau lagi.Manusia bodoh macam kau hanya layak untuk dijadikan santapan kami je,”katanya lagi.Matanya mulai berubah merah pekat.Nafsunya untuk mendapatkan darah ByungHee itu kian membuak-buak.Andai diikutkan nafsunya yang sentiasa dahagakan darah manusia itu,mahu sahaja dia menerkam ke arah ByungHee sebelum dihisapnya darah hangat yang mengalir dalam tubuh lelaki itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!