Promise 20

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee melepaskan tangannya daripada memegang pinggang Tae Yeon.Tae Yeon memandang ke arahnya.

“Waeyo?”Soal Tae Yeon,separuh berbisik.Dia masih lagi tidak melepaskan pautan tangannya pada bahu ByungHee itu.ByungHee sekadar tersenyum nipis ke arahnya.

“Oppa risaukan Ye Jin ya?”Soal Tae Yeon.ByungHee tidak menjawab.Tae Yeon tersenyum.Matanya memandang ke arah Ye Jin yang sedang duduk tidak jauh dari mereka itu.Perlahan-lahan,dia menarik wajah ByungHee supaya dekat dengan wajahnya.Entah mengapa tubuh ByungHee terasa kaku,seolah-olah membiarkan perbuatan Tae Yeon kepadanya itu.Sedikit demi sedikit...

Tiba-tiba,seluruh lampu di dalam kelab itu terpadam.ByungHee terkejut lantas menjauhkan tubuhnya daripada Tae Yeon.Fikirannnya lebih ke arah Ye Jin yang ditinggalkannya untuk seketika itu.

“Ye Jin ah!”Panggil ByungHee,bimbang.Tae Yeon sekadar memerhatikan ke arahnya walaupun dalam gelap.

“Ye Jin ah!!!” Panggil ByungHee lagi.Dia cuba menggunakan lampu telefon bimbitnya untuk mencari kelibat Ye Jin.Pencariannya berakhir apabila melihat Ye Jin yang sedang menyembunyikan dirinya di bawah meja itu.Cepat-cepat dia mendekati ke arah wanita itu sebelum diletakkan tangannya pada bahu wanita itu.Ye Jin yang sedang menangis itu menoleh ke arahnya.

“Ye Jin ah...gwenchana...oppa ada kat sini,”pujuk ByungHee,cuba menghilangkan perasaan takut Ye Jin terhadap gelap itu.

“Oppa...”Ye Jin menangis teresak-esak.ByungHee kemudiannya menarik Ye Jin ke dalam pelukannya sebelum diusapnya lembut belakang wanita itu.Dia membiarkan Ye Jin menangis dalam pelukannya itu.

“Gwenchana.Semuanya okey.Oppa ada dekat sini,”kata ByungHee,memujuk Ye Jin dengan lembut.Ye Jin masih lagi menangis dalam pelukannya.ByungHee sekadar melepaskan nafas lega.

 

 

“Awak balik dengan siapa nanti?”Soal ByungHee,memandang ke arah Tae Yeon.Ye Jin pula sedang berdiri rapat dengan ByungHee.Tae Yeon sekadar tersenyum nipis.

“Saya boleh balik sendiri.Oppa tak perlu risau.Lagipun...”Tae Yeon memandang ke arah Ye Jin yang kelihatan masih lagi ketakutan itu.Ye Jin terkejut apabila melihat mata Tae Yeon yang berubah merah itu sebelum matanya bertukar menjadi hitam semula.Ye Jin mengeratkan lagi pegangan tangannya terhadap ByungHee itu.

“Lagipun Ye Jin nampak tak sihat.Oppa mesti hantar Ye Jin balik ke rumah dulu.”Tae Yeon menyambung kata-katanya semula.ByungHee menoleh ke arah Ye Jin.

“Okeylah.Kita jumpa esok okey?”Kata ByungHee sambil menguntum senyuman manis.Dia kemudiannya membawa Ye Jin untuk beredar dari situ.Ye Jin menoleh semula ke arah Tae Yeon.Tae Yeon sekadar tersenyum sinis ke arahnya.

“Waeyo?”Soal ByungHee.

“Uh?Em...tak ada apa-apa,”balas Ye Jin,bohong.ByungHee sekadar tersenyum.

 

 

“Minta maaflah sebab rosakkan rancangan kau tadi.”

Tae Yeon mengetap bibirnya.Dia langsung tidak menoleh ke arah SeungHo yang sedang berjalan mendekati ke arahnya dari belakang itu.SeungHo mendekatkan wajahnya pada telinga Tae Yeon.

“Mesti kau sedihkan?Aku dapat rasakan yang kau sedang tertekan sebab tak dapat nak rasa bibir ByungHee yang....”SeungHo berhenti seketika sambil menjilat bibirnya yang merah merekah itu.

“Wah...aku sendiri tak dapat bayangkan nikmat tu,”kata SeungHo,sengaja memprovok.Tae Yeon menoleh ke arahnya.

“Kau memang sengaja nak ganggu rancangan aku kan?”Soal Tae Yeon,marah.SeungHo tersenyum.

“Apa yang aku buat?Aku Cuma jalankan tugas aku untuk melindungi ByungHee.Itu sahaja,”kata SeungHo,selamba.Mata Tae Yeon berubah merah.Andai diikutkan hatinya yang sedang marah itu,mahu sahaja dia melemparkan tubuh SeungHo itu sekuat hatinya.

“Ada hati nak lempar orang konon.Tapi aku tahu kau takkan berani buat.Kau kena ingat...ini Seoul...bukan Seryang-Je,”kata SeungHo sambil tersenyum.Tae Yeon membalas senyuman lelaki itu.Pipi SeungHo itu diusapnya lembut.

“Tolong jangan muncul di hadapan saya lagi,okey?”Kata Tae Yeon sambil tersenyum manis.Dia kemudiannya beredar dari situ,meninggalkan SeungHo berseorangan.SeungHo melepaskan keluhan kecil.

“Aku Cuma tak nak kau rasa apa yang aku rasa selama ni,Tae Yeon ah.Cinta itu buta dan sangat menyakitkan,”kata SeungHo,perlahan.Dia menoleh.Senyuman manis terukir pada bibir mungilnya itu.

“Tak sangka kau dapat jumpa aku juga,”kata SeungHo.Joon berjalan mendekati ke arahnya.

“Kau tak patut berada di sini,SeungHo yah,”kata Joon,perlahan.

“Dan...perempuan tu pun tak patut berada di sini,”kata Joon,merujuk kepada Tae Yeon.

“Kalau betul kau nak melindungi ByungHee,kau patut pergi dari sini.Jauhkan diri kau daripada dia.Aku tak nak kejadian yang sama berlaku terhadap dia lagi,”kata Joon,seolah-olah merayu.SeungHo sekadar membisu.

“Aku tahu...ByungHee sangat penting dalam hidup kau.Tapi sampai bila kau nak bersembunyi di sebalik bayang dia?Kau sendiri dah tengok kan yang dia dah ada kehidupan dia sendiri.Lepaskan dia.Dan biarkan dia teruskan kehidupan dia seperti orang lain,”kata Joon.SeungHo tersenyum.

“Bagaimana dengan kau?ByungHee akan meningkat tua...dan kau?Kau akan kekal seperti ni sampai bila-bila.Adakah kau juga akan bersembunyi di sebalik bayang-bayang dia sampai bila-bila?”Soal SeungHo pula.SeungHo berjalan mendekati ke arah Joon.

“Kau sedar tak...yang kau ni ibarat anjing peliharaan keluarga Kim...walaupun sebelum Sun Mi dilahirkan lagi?Dan sekarang kau nak jadi anjing peliharaan ByungHee pula?”Soal SeungHo lagi.Joon mengetap bibirnya.Dia memandang ke arah SeungHo.

“Aku dah bersumpah yang aku akan melindungi keluarga Kim sampai bila-bila.Dan aku akan setia bersama ByungHee sampai bila-bila,”kata Joon,perlahan.

“Identiti kau akan diketahui oleh ByungHee,”balas SeungHo.Joon tersenyum.

“Dia akan tahu juga suatu hari nanti.Dan aku dah bersedia untuk semua tu,”kata Joon.

“Hentikanlah semua ni,SeungHo yah.Sun Mi dah tak ada.Sun Mi dan ByungHee adalah orang yang berbeza.Kau patut lupakan Sun Mi,”kata Joon.Mata SeungHo yang berwarna merah pekat itu memandang tepat ke arah anak mata Joon yang berwarna hijau gelap itu.

“Selagi kau berada dekat dengan ByungHee...nyawa ByungHee akan terancam.Kau pun tahu kan sebabnya?Ji Hoon dan Cheondung takkan lepaskan ByungHee dengan mudah.Apatah lagi kau yang selamatkan ByungHee daripada serangan Cheondung 2 tahun yang lalu,”kata Joon.

“Sebab tu aku datang sini.Sekurang-kurangnya aku boleh melihat dia depan mata aku sendiri.Aku boleh sentiasa melindungi dia walau ke mana saja dia pergi,”kata SeungHo,berkeras dengan keputusannya itu.Joon melepaskan keluhan berat.

“Aku boleh lindungi dia.Dan kau tak perlu ganggu hidup dia lagi,”kata Joon.SeungHo tersenyum.

“Miane.Tapi aku buat semua ni...bukan sebab Sun Mi.Tapi sebab ByungHee,”kata SeungHo,perlahan.Mata Joon terbuka luas apabila mendengar kata-kata SeungHo itu.

“Perasaan yang pernah wujud 32 tahun yang lalu...kini aku dapat rasakannya kembali.Dan aku akan lindungi ByungHee...seperti yang aku lakukan terhadap Sun Mi dulu,”kata SeungHo.Tanpa menunggu Joon membalas kata-katanya itu,dia terus terbang dari situ.Joon masih lagi terkejut dengan pengakuan SeungHo itu.

“Tak boleh.Aku tak boleh benarkan semuanya kembali berulang,”kata Joon,menggenggam erat tangannya.

 

 

ByungHee memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah Ye Jin.Dia menoleh ke arah Ye Jin yang sedang duduk di sebelahnya itu.Perlahan-lahan,dia menyentuh tangan wanita itu.Ye Jin menoleh ke arahnya.

“Gwenchanayo?”Soal ByungHee.Ye Jin sekadar tersenyum sambil angguk.Dia memerhatikan tangannya yang sedang digenggam erat oleh ByungHee itu.ByungHee turut memandang ke arah yang sama.

“Miane.”Ucap ByungHee,perlahan.Ye Jin memandang ke arahnya.

“Oppa...oppa tak patut tinggalkan Ye Jin untuk menari dengan Tae Yeon tadi,”kata ByungHee,perlahan.Ye Jin tersenyum nipis.

“Tak apa.Sekurang-kurangnya,oppa tak lupa dekat Ye Jin waktu lampu terpadam tadi,”kata Ye Jin.ByungHee memandang ke arahnya.

“Waktu tu,Ye Jin takut sangat.Ye Jin takut yang oppa tak jumpa Ye Jin dalam gelap tadi.Ye Jin takut duduk seorang dalam gelap,”kata Ye Jin.ByungHee mengangkat tangan Ye Jin yang dipegangnya itu sebelum dia mencium lembut tangan itu.Ye Jin memandang ke arahnya.

“Oppa tak pernah sekalipun lupakan Ye Jin,”kata ByungHee.Rambut Ye Jin itu diusapnya lembut.

“Saranghae...”Ucap ByungHee,lembut.Perlahan-lahan,dia mendekatkan bibirnya pada bibir wanita itu.Waktu yang sedang berjalan itu seolah-olah terhenti hanya untuk mereka berdua.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!