Promise 12

The Promises (Malay Ver.)

“Lepaskan aku!”Jerit ByungHee,cuba melepaskan dirinya daripada Cheondung itu.Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan mata Cheondung yang berwarna merah pekat itu.Bibir Cheondung yang merah merekah itu semakin dekat dengan lehernya,sebelum dia mengeluarkan gigi taringnya yang tajam itu.

“Kali ni aku takkan lepaskan kau dengan mudah!”Bisik Cheondung sebelum dia membenamkan gigi taringnya itu ke dalam leher  ByungHee sehingga memancutkan darah yang banyak.

“Argh!!!”

 

 

ByungHee membuka matanya.Dahinya berpeluh.Dadanya berombak kencang,seolah-olah baru sahaja menamatkan larian yang jauh.Entah mengapa dia berasa begitu mengah sekali sedangkan tubuhnya kini sedang berbaring di atas katil.ByungHee kemudiannya menoleh apabila merasakan tangannya yang sedang dipegang oleh seseorang itu.Kelihatan Joon sedang duduk di sebelahnya sambil mengukir senyuman manis ke arahnya.

“Joo..Joon ah…”Ternyata ByungHee sedikit terkejut dengan kehadiran Joon di situ.

“Joon….Joon ada kat sini?”Soal ByungHee,masih tidak percaya dengan kehadiran Joon di situ.Joon masih lagi tersenyum ke arahnya.

“Gwenchanayo?”Soal Joon,lembut.Tangan ByungHee itu masih lagi digenggamnya erat.Sekali sekala dia akan melihat bahagian kiri pada leher ByungHee yang berbalut itu.ByungHee cuba bangun dari pembaringannya,namun terhenti seketika apabila dia mengaduh kesakitan kerana kakinya yang tercedera itu.

“Hyung tak sihat betul ni.Hyung mesti baring dulu,”kata Joon,cuba menghalang ByungHee dari bangun itu.ByungHee memandang ke arahnya dengan pandangan yang keliru.

“Sebenarnya apa yang dah terjadi?”Soal ByungHee.Suaranya masih lagi kedengaran lemah.Joon memandang tepat ke arah anak mata ByungHee yang berwarna hazel itu.Mata yang pernah memikat hatinya suatu ketika dahulu.

“Hyung tak ingat apa-apa ke sebelum Hyung masuk hospital ni?”Soal Joon,inginkan kepastian.ByungHee mengerutkan dahinya.Dia cuba untuk mengingati kejadian yang berlaku ke atasnya itu sebelum dia berada di hospital.Joon pula terus menantikan jawapan daripadanya.Perlahan-lahan,dia menggelengkan kepalanya.

“Hyung tak ingat.Apa yang dah beralku sebenarnya , Joon?”Soal ByungHee,ingin tahu.Joon melepaskan nafas lega.Biarlah ByungHee tidak dapat mengingati kejadian itu dahulu.Sekurang-kurangnya sehingga ByungHee betul-betul sihat.Joon tersenyum ke arahnya.

“Hyung…Hyung sesat dalam hutan.Lepas tu ada orang kampung jumpa Hyung tak sedarkan diri kat dalam hutan tu.Waktu tu,kaki Hyung pun dah cedera.Mungkin Hyung terjatuh sebelum Hyung tak sedarkan diri tu,”kata Joon,cuba mereka-reka cerita kepada ByungHee.ByungHee sekadar angguk.Mungkin kata-kata Joon itu ada benarnya kerana dia betul-betul tidak dapat mengingati kejadian yang telah berlaku ke atasnya itu.ByungHee kemudiannya memandang ke arah Joon.

“Miane…Hyung…Hyung tak patut cakap macam tu dekat Joon,”kata ByungHee,lemah.Joon masih lagi memandang ke arahnya.ByungHee mencapai tangan Joon sebelum digenggamnya erat.

“Mungkin Hyung cakap semua tu sebab…Hyung terlalu ikutkan rasa hati.Sepatutnya Hyung kena hargai perhatian Joon terhadap Hyung.Bukannya marah-marah Joon macam tu,”kata ByungHee,mengakui kesilapannya terhadap Joon sebelum lelaki itu meninggalkannya tempoh hari.Joon tersenyum ke arahnya.

“Apa yang Hyung cakap ni?Joon tak ada apa-apalah.Hari tu…Joon…Joon ada emergency kat luar.Sebab tu Joon tak sempat nak beritahu Hyung sebelum Joon keluar hari tu.Miane.Mesti Joon dah buat Hyung risau,”kata Joon.ByungHee tersenyum ke arahnya.

“Yah!Jangan nak putar belit cerita,okey?Memang salah Hyung pun,”kata ByungHee sambil mengeratkan genggamannya itu.

“Jeongmal miane,”sambungnya lagi.Joon tersenyum ke arahnya.

“Okey.Joon terima maaf Hyung.Tapi Joon nak Hyung rehat dulu.Jangan banyak fikir sangat.Nanti bila Hyung dah sihat,baru kita sambung cerita okey?”Kata Joon.ByungHee sekadar angguk.Joon kemudiannya membetulkan selimut yang membaluti tubuh ByungHee itu sebelum dia berjalan menuju ke arah pintu.

“Oh..Joon ah.”

Joon menghentikan langkahnya sambil menoleh ke arah ByungHee.

“Em..Joon..Joon ada beritahu omma ke pasal ni?”Soal ByungHee,ingin tahu.

“Oh pasal tu…”Balas Joon,sebelum dia mengetap bibirnya itu.Teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya itu.

 

 

Puan Jung kelam kabut berjalan mencari-cari bilik rawatan yang menempatkan anak lelaki tunggalnya itu.Hatinya begitu bimbang sekali sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Joon.ByungHee dimasukkan ke dalam hospital!

 

Langkahnya terhenti apabila dia melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya itu sedang menunggu di luar salah sebuah bilik rawatan yang terdapat di situ.Puan Jung mengecilkan matanya,cuba untuk mengecam wajah lelaki yang sedang berada di hadapannya itu.Kehadirannya di situ seolah-olah dapat dirasai oleh lelaki itu apabila lelaki itu menoleh ke arahnya.Mata Puan Jung terbuka luas apabila melihat wajah lelaki itu.

“Yang…Yang Seung Ho?”Soal Puan Jung,tidak percaya.Joon pula yang baru melangkah keluar dari bilik itu,turut terkejut dengan kehadiran Puan Jung di situ.Walaupun dia sendiri yang memberitahu wanita itu mengenai keadaan ByungHee,namun dia tidak pula menjangkakan pertemuan semula antara Puan Jung dengan Seung Ho itu.SeungHo sekadar menguntum senyuman nipis ke arah Puan Jung.

“Awak nampak lain sekarang… Seung-Mi ah,”kata SeungHo sambil tersenyum.SeungHo kemudiannya memandang ke arah Joon yang turut berada di situ.

 

 

Masing-masing mendiamkan diri,tiada langsung butir bicara yang keluar dari mulut mereka.Cawan yang berisi teh itu juga dibiarkan tidak bersentuh.Seung Mi memandang ke arah SeungHo yang sudah hampir 30 tahun tidak dijumpanya itu.Ternyata lelaki itu sedikit pun tidak berubah.Hanya berubah dari segi penampilan mengikut aliran zaman.

“Joon ah,”panggil Seung Mi sambil bertentang mata dengan SeungHo.

“Ne?”Balas Joon.

“Awak kan dah janji dengan saya yang awak akan jaga ByungHee dengan baik.Macam mana semua ni boleh berlaku?”Soal Seung Mi,masih lagi memandang ke arah SeungHo.SeungHo turut tidak mengalah dari bertentang mata dengannya.

“Jeongmal miane…saya tahu salah saya sebab tak jaga ByungHee dengan baik.Dan…salah saya sebab tak beritahu Noona pasal percutian kami di sini,”kata Joon,perlahan.Seung Mi melepaskan keluhan berat.

“Setakat ni…apa yang dia dah tahu?”Soal SeungMi.Joon memandang ke arah SeungHo.

“Setakat ni…dia tak ingat apa yang dah berlaku terhadap dia sebelum ni.Jadi…”Joon memandang ke arah SeungHo.

“Dia mungkin tak ingat pasal identity kami berdua,”sambung Joon lagi.

“Bagaimana pula dengan hal Sun Mi?”Soal Seung Mi lagi.Joon menggeleng.

“Sampai bila awak nak rahsiakan hal ni daripada dia?”Soal SeungHo,setelah sekian lama dia mendiamkan diri.Wajahnya kelihatan tegang.Seung Mi tergelak kecil apabila mendengar pertanyaan Seung Ho itu.

“Awak yang menyebabkan dia jadi macam ni,berani awak mempersoalkan hal tu kepada saya?”Soal Seung Mi.

“Kalau bukan sebab awak,Sun Mi takkan mati.Dan ByungHee pun takkan jadi macam ni,”sambung Seung Mi lagi.SeungHo tersenyum sinis.

“Tapi saya dah tinggalkan Sun Mi seperti yang awak mahukan.Saya sanggup tinggalkan dia sebab saya tak nak dia diancam bahaya lagi.Jadi kematian tu tak ada kaitan dengan saya!”Balas SeungHo.Joon melepaskan keluhan kecil.

“Awak ingat saya peduli dengan semua tu?Sepatutnya dari awal lagi,awak tak patut berhubung dengan adik perempuan saya…dan semua ni takkan terjadi.Sekurang-kurangnya ByungHee dapat hidup gembira dengan Sun Mi…bukan dengan saya.Awak tak pernah fikir ke tentang perasaan saya yang terpaksa berbohong dengan ByungHee,bahawa saya ni ibu dia?”Suara Seung Mi kedengaran sebak.Joon sekadar membisu.SeungHo pula mengalihkan pandangannya daripada SeungMi.Seung Mi kemudiannya segera beredar meninggalkan dua orang lelaki itu tanpa sebarang kata.Joon memandang wajah SeungHo yang kelihatan tegang itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!