Promise 13

The Promises (Malay Ver.)

Imbas kembali:

 

 

“Siapa awak sebenarnya?”Soal Sun Mi,sambil memandang tepat ke arah anak mata SeungHo yang berwarna merah itu.SeungHo tidak segera menjawab pertanyaan Sun Mi itu,sebaliknya dia begitu asyik menatap wajah Sun Mi yang lembut itu.Wajah lembut yang berjaya mencuri hatinya sejak dari pertemuan yang pertama kali.Perlahan-lahan,tangan SeungHo yang sejuk itu menyentuh lembut pipi Sun Mi yang gebu itu.Sun Mi sekadar membiarkan kelakuan lelaki itu terhadapnya.

“Kalau saya beritahu siapa saya yang sebenarnya…adakah awak akan terus berada di sisi saya?”Soal SeungHo.Pandangan mata mereka bersatu lagi.Perlahan-lahan,Sun Mi angguk.Senyuman manis terukir pada bibir SeungHo yang merah merekah itu.Tangan SeungHo kemudiannya memeluk pinggang Sun Mi yang ramping itu.Sun Mi terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“Pegang saya kuat-kuat,”bisik SeungHo sambil tersenyum.Sun Mi sekadar menurut.

“Apa yang…”Sun Mi menjerit apabila SeungHo membawanya terbang tinggi dari satu dahan pokok ke dahan pokok yang lain.Sun Mi memaut leher SeungHo dengan erat sambil memejamkan matanya,rapat.SeungHo sekadar tersenyum.

“Rugi kalau awak tutup mata,Sun Mi.Awak mesti tak nak terlepas tengok pemandangan Seryang-Je dari atas kan?”Soal SeungHo.Sun Mi yang mendengar kata-kata SeungHo itu mulai membuka matanya secara perlahan-lahan.Matanya terbuka luas apabila melihat pemandangan hutan Seryang-Je yang sangat cantik yang hanya dapat dilihat dari atas itu.SeungHo memandang ke arah Sun Mi sambil tersenyum.

“Saya akan bawakan awak ke tempat kegemaran saya,”bisik SeungHo.Sun Mi memandang ke arahnya.

 

Sun Mi terpegun melihat pemandangan Seryang-Je yang dapat dilihatnya dari puncak tertinggi yang terdapat di Seryang-Je itu.SeungHo tersenyum sambil melihat ke arahnya.

“Selama saya hidup kat tempat ni,saya tak pernah tahu pun yang tempat ni ada pemandangan yang sangat cantik,”kata Sun Mi,kagum.SeungHo pula masih lagi memandang ke arahnya.Sun Mi menarik nafas dalam.Matanya terpejam rapat.Senyuman puas terukir pada bibirnya.

“Udara dekat sini pun nyaman,”kata Sun Mi lagi.Dia kemudiannya menoleh ke arah SeungHo.Senyumannya mengendur apabila melihat pandangan SeungHo terhadapnya itu.SeungHo kemudiannya mendekatkan dirinya pada Sun Mi.Sun Mi mengundurkan dirinya sehingga tubuhnya bersandar pada sebatang pokok yang besar di belakangnya itu.SeungHo kemudiannya meletakkan tangannya pada batang pokok itu sebelum dia mendekatkan wajahnya ke arah Sun Mi.Sun Mi memberanikan diri untuk memandang tepat ke arah sepasang anak mata yang berwarna merah itu.

“Sekarang awak dah pun tahu siapa saya yang sebenarnya kan?”Soal SeungHo,berbisik sambil mengusap lembut rambut Sun Mi yang melepasi bahu itu.Sun Mi sekadar membisu.

“Awak tak takut dengan saya ke?”Soal SeungHo lagi.Perlahan-lahan,bibir Sun Mi mengukir senyuman manis.Dia meletakkan kedua-dua lengannya pada bahu SeungHo.SeungHo sekadar tersenyum.

“Awak mesti jawab pertanyaan saya,Sun Mi.Awak pun tahukan…yang saya langsung tak boleh baca fikiran awak,”kata SeungHo.Sun Mi tersenyum lagi.

“Sebab tu awak tertarik dengan saya kan?”Soal Sun Mi,sambil menggerakkan jarinya pada leher SeungHo.

“Tapi saya bukannya seperti yang awak sangkakan.Awak patut takut dengan saya.Awak sepatutnya larikan diri daripada saya sekarang.Saya ni berbahaya untuk awak,”kata SeungHo.

“Ya.Saya akui yang awak memang seorang yang bahaya.Awak memang seorang yang kejam,”kata Sun Mi,perlahan.SeungHo sekadar membisu.Sun Mi kemudiannya tersenyum.

“Awak kejam…sebab awak membuatkah jantung saya berdegup kencang setiap kali saya lihat awak.Awak sentiasa ada dalam fikiran saya sehingga saya lupa…siapa diri awak yang sebenarnya,”kata Sun Mi lagi.SeungHo kelihatan tergamam apabila mendengar kata-kata Sun Mi itu.

“Walau siapa pun diri awak yang sebenarnya…saya yakin yang awak sangat berbeza dari yang lain.Saya tahu awak bukan seperti mereka yang suka menimbulkan kacau bilau di tempat kami.”Sun Mi mengusap lembut pipi SeungHo.

“Sampai bila-bila pun….saya hanya cintakan awak,SeungHo yah,”kata Sun Mi.SeungHo tersenyum apabila mendengar kata-kata Sun Mi itu.Ternyata dirinya itu diterima baik oleh Sun Mi.SeungHo kemudiannya memeluk pinggang Sun Mi sebelum dia memberikan kucupan lembut pada bibir wanita itu.

 

 

 

 

SeungHo melepaskan keluhan berat.Kenangan silamnya bersama Sun Mi semakin kerap bermain dalam fikirannya sejak pertemuannya dengan ByungHee.Dia memerhatikan ByungHee yang sedang terlantar di atas katil itu.Keadaan lelaki itu semakin pulih.Matanya terpaku pada leher ByungHee yang berbalut itu.Timbul rasa bersalah yang teramat terhadap lelaki itu.Silapnya juga kerana tidak dapat menghidu rancangan yang dirancang oleh Ji Hoon dan Cheondung itu.Silapnya juga kerana tidak menjumpai ByungHee dengan lebih cepat.Ternyata kekuatannya kian berkurangan.Kuasanya semakin lemah.Dia tidak lagi gah seperti dahulu.

SeungHo kemudiannya berjalan mendekati ke arah ByungHee yang masih lagi lena itu.Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di atas katil.Wajah ByungHee yang lesu itu ditatapnya.Hatinya teragak-agak untuk menyentuh wajah lelaki itu.Dia menggerakkan tangannya secara perlahan-lahan,mendekati ke arah wajah ByungHee,Semakin dekat…dan dekat…sehinggalah tangannya yang sejuk itu diletakkan pada pipi ByungHee.Bagaikan wujud perasaan yang aneh sebaik sahaja dia menyentuh pipi ByungHee itu.Perasaan yang sudah lama mati sejak perpisahannya dengan Sun Mi kira-kira 30 tahun yang lalu.SeungHo memandang ke arah ByungHee.

 

“Dapat juga saya jumpa dengan awak.”

“Nama saya Jung Byung Hee.Awak boleh panggil saya,ByungHee.”

 

Ingatannya kembali kepada pertemuan keduanya bersama ByungHee.Senyuman menawan ByungHee itu masih terbayang jelas di ruang mindanya.Senyuman yang sentiasa menjadi menghiburkan hatinya ketika dia kesunyian.

“Saya betul-betul dapat rasakan diri awak dalam diri ByungHee,Sun Mi.Senyuman dia betul-betul seiras dengan awak.Senyuman awak yang membuatkan saya jatuh cinta pada awak,Sun Mi,”bisik hatinya.SeungHo kemudiannya cepat-cepat mengalihkan tangannya apabila melihat dahi ByungHee yang mulai berkerut itu.SeungHo kemudiannya bangun dari katil itu,cuba untuk menjauhkan dirinya daripada ByungHee.SeungHo memusingkan tubuhnya daripada ByungHee,berura-ura untuk segera meninggalkan bilik itu.

“SeungHo ssi?”

SeungHo menghentikan langkahnya apabila terdengar namanya dipanggil oleh ByungHee.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah ByungHee yang masih lagi terbaring di atas katil itu.Bibirnya menguntum senyuman nipis.

“Awak dah bangun,”kata SeungHo,entah mengapa dia berasa kekok apabila berhadapan dengan ByungHee ketika itu.

“Awak dah okey?”Soal SeungHo.ByungHee sekadar tersenyum sambil angguk.

“Saya dah okey.Apa yang…apa yang awak buat dekat sini?”Soal ByungHee.

“Em…saya saja tengok awak.Nak tengok keadaan awak macam mana,”kata SeungHo.Mengharapkan agar ByungHee tidak menyedari perbuatannya sebentar tadi.

“Gomawo…”Ucap ByungHee,perlahan.SeungHo memandang ke arahnya.

“Saya dah banyak terhutang budi dengan awak.Awak memang dah banyak tolong saya,”kata ByungHee.

“Apa maksud awak?”Soal SeungHo.ByungHee tersenyum.

“Saya pun tak tahu.Tapi saya rasa…saya macam nampak awak dekat dalam hutan sebelum ni.Saya nampak yang…yang awak tolong saya waktu saya sesat dalam hutan tu,”kata ByungHee,cuba mengingati kembali ingatannya yang masih samar-samar itu.

“Saya rasa awak mimpilah.Saya tak pernah jumpa awak dekat hutan sebelum ni,”kata SeungHo sambil tersenyum.Dia tidak mahu identiti sebenarnya diketahui oleh ByungHee.Dia bimbang sekiranya nyawa ByungHee akan terancam lagi sekiranya lelaki itu mengetahui identiti sebenarnya sebagai puntianak itu.Seboleh-bolehnya,dia tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada ByungHee,seperti yang berlaku terhadap Sun Mi sebelum ini.

ByungHee mengerutkan dahinya.Memikirkan kata-kata SeungHo itu.

“Saya mimpi?Tapi…kenapa saya rasa macam…perkara tu betul-betul terjadi?”Soal ByungHee lagi.

“Mungkin…awak terlalu fikirkan sangat kot pasal hal ni.Lagipun,buat apa awak nak fikirkan pasal hal tu?Yang penting awak selamat,”kata SeungHo,sambil tersenyum.ByungHee memuncungkan mulutnya.

“Mungkin juga,”katanya,perlahan.ByungHee memandang ke arah SeungHo.SeungHo berasa hairan dengan pandangan ByungHee terhadapnya.Ternyata dia tetap tidak dapat membaca fikiran lelaki itu seperti yang dialaminya ketika dia bersama dengan Sun Mi dahulu.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?”Soal SeungHo,hairan.

“Awak betul-betul sihat ke,SeungHo?Muka awak nampak pucat,”kata ByungHee.SeungHo tergelak kecil apabila mendengar pertanyaan lelaki itu.Dia kemudiannya berjalan mendekati ByungHee semula sebelum dia meletakkan jari telunjuknya pada dahi ByungHee.ByungHee terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“Saya tak tahu pula yang awak ni banyak cakap orangnya.Jangan nak sibuk dengan hal saya.Awak rehat cukup-cukup sudah,”kata SeungHo sambil menekan dahi ByungHee dengan jari telunjuknya itu.ByungHee menjerit kesakitan.SeungHo kemudiannya beredar dari situ sambil tersenyum lebar.ByungHee pula menggosok dahinya yang kesakitan itu.

“Ish…orang tengah risau pasal dia,dia kata kita sibuk pula.Tangan dia pun rasa sejuk.Takkan dia tak sedar kot?”Soalnya sendiri sambil menggosok-gosok dahinya itu.

“Tapi…betul ke yang aku hanya bermimpi?”Soalnya lagi.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!