Promise 24

The Promises (Malay Ver.)

Joon menutup pintu bilik tidur ByungHee dengan perlahan,membiarkan lelaki itu untuk berehat.Dia kemudiannya menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu,di mana SeungHo dan Tae Yeon sedang menunggunya di situ.SeungHo lebih selesa untuk mendiamkan dirinya.Wajah ByungHee yang sedih dan esakan lelaki itu masih lagi terbayang jelas dalam fikirannya.

 

“Kajima...Ye Jin ah...”

 

SeungHo melepaskan keluhan perlahan.Tae Yeon yang sememangnya boleh membaca fikiran SeungHo itu turut mendiamkan diri.Dia turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa ByungHee itu.Joon yang baru sahaja turun dari bilik itu terus sahaja melabuhkan punggung di atas sofa itu.Suasana kelihatan sepi sekali.Masing-masing sedang memikirkan dengan kemungkinan yang bakal terjadi selepas ini.Apa yang pasti,nyawa ByungHee benar-benar berada dalam bahaya ketika itu.Dia mesti dilindungi sebelum apa-apa perkara buruk terjadi ke atasnya.

“Kita mesti berjumpa dengan mereka sebelum mereka bertindak dengan lebih kejam lagi,”kata Joon.Kedua-dua SeungHo dan Tae Yeon memandang ke arahnya.

“SeungHo yah...”Joon memanggil lelaki itu.

“Sekarang ni...kita bukan sahaja patut lindungi ByungHee.Tetapi nyawa SeungMi turut berada dalam bahaya sekarang.Aku yakin...mereka akan buru semua orang yang ada kaitan dengan ByungHee.Mereka akan buat perkara yang sama seperti yang terjadi terhadap Ye Jin sebelum ni,”kata Joon.SeungHo tidak segera membalas kata-kata lelaki itu.Kata-kata Joon itu ada benarnya.

“Tapi sekarang ni...mereka ramai.Mampukah kita untuk menghadapi mereka?”Soal Tae Yeon,bimbang.Joon terdiam seketika.Dia yakin Cheondung tidak berseorangan ketika ini.Pasti terdapat beberapa lagi puntianak yang sedang mengintip mereka dalam diam itu.Perbincangan mereka terganggu seketika apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu rumah Joon itu.Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Perlahan-lahan,Joon berjalan menuju ke arah pintu rumahnya itu.

“Cheol Yong ah?”Joon terkejut dengan kehadiran Mir di situ.Mir sekadar menguntum senyuman nipis ke arahnya.Mir turut memandang ke dalam rumah Joon itu sebelum pandangannya terhenti ke arah Tae Yeon yang sedang duduk di ruang tamu itu.Kelihatan Tae Yeon turut terkejut dengan kehadiran Mir di situ.Joon yang menyedari sesuatu itu segera menarik Mir untuk masuk ke dalam rumahnya itu.

“Apa yang Cheol Yong buat dekat sini?”Soal Joon.

“Kami dah tak ada kerja dekat sana,Hyung...memandangkan semua buruan kami lari ke sini,”kata Mir,sambil menoleh ke arah Tae Yeon.Tae Yeon mengalihkan wajahnya daripada Mir.

“Jadi sekarang ni Mir datang seorang saja ke?”Soal Joon.

“Ani.Mereka pun ada sekali.Cuma mereka sedang bersembunyi dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku selepas ni,”kata Mir.

“Cheol Yong ah...kita tak boleh berlawan di sini.Banyak nyawa yang akan terkorban nanti,”kata Joon.Mir menoleh ke arahnya.

“Tapi Hyung...apa lagi yang kita nak buat?Kita terpaksa tentang mereka habis-habisan.Kalau dibiarkan,bukan sahaja nyawa ByungHee yang jadi taruhan,bahkan seluruh penduduk di Seoul ni akan terkorban,”balas Mir.Joon mengeluh berat.

“ByungHee dah tahu pasal Hyung...dan kita semua?”Soal Mir.Perlahan-lahan,Joon menggeleng.

“Apa-apapun...kita mesti bawa dia pergi dari sini.Kalau betul mereka nak ByungHee,kita akan jadikan ByungHee sebagai umpan...supaya kita sendiri yang dapat hapuskan mereka,”kata Mir.Joon menoleh ke arah SeungHo.SeungHo turut memandang ke arahnya.

“Joon Hyung ah,”panggil Mir.Joon menoleh ke arahnya.

“Kali ni...Hyung mesti serahkan ByungHee kepada SeungHo,”kata Mir.Mata Joon membulat apabila mendengar kata-kata Mir itu.

“Apa?Kenapa pula?Bukankah sekarang ni yang mereka cuba nak dapatkan ByungHee semata-mata untuk memerangkap SeungHo?Kalau ByungHee bersama dengan SeungHo,lagi mudah bagi mereka untuk mendapatkan ByungHee nanti,”kata Joon,protes.

“Memang itu yang kita nak.Selagi Hyung ada di sisi ByungHee,agak sukar bagi mereka untuk mendekati ByungHee.Hyung...kita terpaksa.Kalau tak...semua ni takkan berakhir,Hyung.Hyung mesti serahkan ByungHee kepada SeungHo.Dan Mir yakin...semuanya akan berakhir dengan baik.ByungHee akan selamat.Jangan risau,”kata Mir.Joon terduduk di atas sofa.Ternyata keputusan yang diambil oleh Mir itu begitu sukar untuk diterima olehnya.

“Hyung...Mir bukan nak Hyung terus abaikan keselamatan ByungHee.Hyung Cuma perlu perhatikan dia dari jauh.Kita akan sentiasa bersedia.Hyung tak perlu risau.Lagipun,semua orang kita dah bersetuju dengan cara ni.Dan kami yakin...rancangan ini akan berjaya,”kata Mir,cuba memujuk Joon untuk bersetuju dengan keputusannya itu.Joon terus membisu.SeungHo turut memikirkan kata-kata Mir itu.Mir pula kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Tae Yeon.Tae Yeon pula masih lagi enggan untuk berhadapan dengan lelaki itu.

 

 

“Saya dah agak yang awak ada dekat sini,”kata Mir,yang muncul tiba-tiba di belakang Tae Yeon itu.Tae Yeon tidak langsung menoleh ke arah lelaki itu.Mir kemudiannya berdiri di sebelah wanita itu.

“Puas saya cari awak...”Mir tersenyum seketika.

“Dan akhirnya saya dapat juga jumpa awak di sini,”sambungnya lagi.

“Kenapa awak cari saya lagi?Kalau masih ada sesuatu yang belum selesai lagi antara kita,cakaplah.Kita selesaikannya sekarang,”kata Tae Yeon,tanpa menoleh ke arah Mir.Mir sekadar tersenyum nipis.Dia memandang ke arah Tae Yeon di sebelahnya itu.

“Saya memang bencikan puak awak yang hanya tahu membunuh manusia yang tak berdosa.Tapi...saya terpaksa akui...yang perasaan saya sedikit pun tak pernah berubah terhadap awak.Saya masih sayangkan awak seperti dulu,”kata Mir.Tae Yeon mengetap bibirnya.Sudah begitu lama dia tidak mendengar ungkapan sayang daripada lelaki itu.Perlahan-lahan,Mir mencapai tangannya.Tae Yeon menoleh ke arahnya.

“Saya tahu yang kita sememangnya tak patut bersama.Tapi...”

Mir mengeluh perlahan.

“Awak pun tahu kenapa saya menjauhkan diri daripada awak kan?”Soal Tae Yeon.Mir memandang ke arahnya.Begitu juga dengan Tae Yeon.Kelihatan matanya berkaca,seakan-akan cuba menahan air matanya daripada mengalir.

“Saya tak nak perkara buruk terjadi kepada awak.Kita...tak patut berkongsi perasaan yang sama,Mir.Kita berbeza.Kita sepatutnya saling berbunuhan...bukannya saling menyanyangi,”kata Tae Yeon,sebak.

“Jadi awak datang sini untuk mendekati ByungHee...semata-mata untuk menafikan perasaan awak terhadap saya,macam tu?”Soal Mir.Tae Yeon membisu.Mir melepaskan tangannya.

“Sepatutnya saya bencikan awak,Tae Yeon.Kerana kezaliman puak awak,keluarga saya menjadi mangsa.Tapi...”Mir meletakkan tangannya pada dadanya.

“Apa yang perlu saya buat untuk saya lupakan perasaan saya terhadap awak selama ni?Sedangkan perasaan tu datang sendiri...sukar bagi saya untuk melepaskannya pergi,”kata Mir lagi.Tae Yeon tersenyum ke arahnya.

“Mudah.Awak bunuh saja saya,”kata Tae Yeon.Mir terkejut dengan kata-kata wanita itu.

“Selagi saya berada dalam hidup awak...selagi tulah awak takkan dapat lupakan saya.Seperti yang awak katakan tadi...disebabkan puak saya,keluarga awak menjadi korban.Dan saya...sanggup membayar semuanya,”kata Tae Yeon.Mir tergelak kecil sebelum raut wajahnya kembali berubah serius.

“Jadi awak sanggup bayar semuanya?”Soal Mir,serius.Tae Yeon membisu,tidak menjawab pertanyaan lelaki itu.Tanpa dijangka olehnya,Mir segera mencapai lengannya secara kasar.Tae Yeon memandang ke arah Mir.Dengan pantas,lelaki itu segera menarik tubuhnya ke dalam pelukannya sebelum dikucupnya bibir wanita itu.Ternyata Tae Yeon terkejut dengan tindakan lelaki itu.Dia cuba melepaskan dirinya daripada lelaki itu namun tidak berjaya.

“Mireu ah...lepaskan saya,”rintih Tae Yeon.Namun Mir sekali lagi mencium bibirnya tanpa mempedulikan rintihan wanita itu.Setelah cubaannya untuk melepaskan diri daripada Mir itu gagal,akhirnya Tae Yeon terpaksa mengalah.Dia akui dia juga merindui akan belaian lelaki itu terhadapnya.

 

Joon memerhatikan ByungHee yang masih lena itu dari jauh.Ternyata dugaan yang dihadapi oleh lelaki itu begitu berat sekali.Tumpuannya terganggu apabila merasakan getaran telefon bimbitnya itu.Dia segera menjawab panggilan telefon bimbitnya itu sebaik sahaja melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

“Noona...”Jawab Joon,lemah.Kelihatan dia menguntum senyuman nipis.

“Gwenchana.Semuanya okey.Sekarang ni dia tengah tidur,”kata Joon,perlahan.Kelihatan dia mengangguk.

“Em...Noona jangan risau.Kami semua ada untuk jaga dia.Noona pun jaga diri.Buat masa ni...Noona jangan balik Korea dulu.Joon takut kalau mereka akan apa-apakan Noona nanti.Pasal ByungHee...Noona tak perlu risau.Kami akan lindungi dia...walau apa pun terjadi,”kata Joon sambil memandang ke arah ByungHee yang sedang terbaring di atas katil itu.Tidak lama selepas itu,Joon menamatkan panggilan telefonnya.Sekali lagi,dia memandang ke arah ByungHee.

“Aku percayakan kau,SeungHo.Mulai hari ini...aku akan serahkan ByungHee kepada kau,”kata Joon.SeungHo yang berada di belakangnya itu sekadar membisu.Joon menoleh ke arahnya.

“Tapi...kalau ada perkara buruk yang terjadi kepada ByungHee selepas ni...aku takkan teragak-agak untuk hapuskan kau dengan tangan aku sendiri,”kata Joon,memandang tajam ke arah SeungHo.SeungHo sekadar membisu.Joon kemudiannya beredar meninggalkan bilik ByungHee itu.SeungHo pula terus memerhatikan ByungHee yang masih lena itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!