Promise 7

The Promises (Malay Ver.)

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Mulut mereka pula masih lagi berkunci.

“Kau masih macam dulu lagi,”kata Joon,perlahan.Tiada langsung senyuman yang terukir pada bibirnya.SeungHo sekadar tersenyum nipis.

“Tapi kau dah banyak berubah,”balas SeungHo.Diperhatikan penampilan Joon yang kelihatan lebih moden itu.

“Adakah menjalani hidup sebagai manusia normal dah berjaya membuatkan kau berubah sampai macam ni sekali?”Soal SeungHo pula.Joon kemudiannya berjalan mendekati ke arahnya.Mata mereka bertentangan antara satu sama lain,seolah-olah saling berbicara.

“Kau tak patut berada di sini.Kalau kau nak hidup,baik kau berambus dari sini,”kata Joon,separuh berbisik.SeungHo tersenyum lagi.

“Aku datang secara baik.Pernah ke aku datang membuat onar kat tempat kau sebelum ni?Tak pernah kan?”Balas SeungHo.Joon tersenyum sinis.

“Kau ingat aku nak percayakan kau?Sampai bila-bila pun,aku takkan sesekali percayakan kata-kata kau.Dan kali ni...aku takkan lepaskan kau dengan mudah,”kata Joon,menahan amarahnya.SeungHo mendekatkan wajahnya ke arah Joon.

“Aku pun takkan mengalah dengan mudah.Kalau aku tak berjaya untuk dapatkan Sun Mi...kali ini aku akan pastikan...ByungHee akan jadi milik aku,”kata SeungHo,separuh berbisik sambil tersenyum sinis.Joon menarik kolar baju SeungHo dengan kasar.Matanya berubah merah , menahan perasaan marah yang teramat terhadap lelaki pemakan darah manusia itu.Dadanya berombak kencang.SeungHo sekadar tersenyum.

“Aku yakin kau tak nak identiti sebenar kau diketahui oleh ByungHee,kan?”Soal SeungHo,sengaja memprovok Joon yang sedang marah itu.Joon kemudiannya melepaskan kolar baju SeungHo.

“Aku takkan sesekali benarkan kau untuk sentuh dia walaupun sehelai rambut.Kali ni...aku memang takkan lepaskan kau.Aku akan pastikan kau mati dalam tangan aku kalau kau berani apa-apakan ByungHee.Faham?”Ugut Joon.Dia kemudiannya berpaling daripada SeungHo.Kakinya mulai melangkah beredar dari situ.

“Kau sanggup tinggalkan tempat ni untuk melindungi ByungHee...disebabkan oleh Sun Mi kan?”Soal SeungHo,secara tiba-tiba.Langkah Joon terhenti.

“Kau tak perlu nafikan perasaan kau lagi,Joon.Dalam diam...kau sebenarnya cintakan dia ,”kata SeungHo lagi.Joon membisu,tidak langsung membalas kata-kata SeungHo itu,apatah lagi menoleh ke arah lelaki itu.

“Kau pendamkan perasaan kau terhadap Sun Mi...sebab kau tahu...dia hanya cintakan aku.Walaupun dia tahu...yang aku tak sama macam dia.Dia juga tahu bahawa aku dengan dia tak mungkin bersama.Sedangkan kau...kau tetap boleh bersama dengan dia walaupun hakikatnya...kau dan aku adalah sama.Kita bukannya manusia seperti Sun Mi.Kita adalah sumpahan alam.Dan kita adalah musuh yang tak mungkin akan berdamai sampai bila-bila,”kata SeungHo.

“Aku sanggup tinggalkan dia...sebab aku nak dia hidup dengan selamat.Dan aku yakin kau akan lindungi dia sebab aku tahu kau pun cintakan dia.Tapi...jangkaan aku meleset sama sekali.Kau langsung tak dapat lindungi seperti yang aku harapkan,”kata SeungHo lagi.Joon menoleh ke arahnya.

“Baik kau diam.Aku tak nak dengar kata-kata kau yang mengarut tu.Baik kau pergi dari sini sebelum aku bertindak,”kata Joon,cuba menahan perasaan marahnya itu.

“Kau tahu kenapa aku tertarik dengan ByungHee?”Soal SeungHo .Joon memandang tajam ke arahnya.SeungHo pula menguntum senyuman nipis ke arahnya.

“Sebab aku dapat rasakan kehadiran Sun Mi dalam diri dia.Kau pun setuju kan dengan kata-kata aku?Sebab tu kau sanggup tinggalkan tempat ni semata-mata untuk melindungi ByungHee,anak kandung Sun Mi!”kata SeungHo.Joon mengetap bibirnya.Dia segera menerkam ke arah SeungHo.Wajahnya mulai berubah menyerupai seekor serigala secara perlahan-lahan sehinggalah seluruh tubuhnya berubah menjadi seekor serigala.

“Aku dah bagi amaran dekat kau.Tapi ternyata kau sengaja bermain api dengan aku,”kata Joon.SeungHo tergelak kecil.

“Sekali lagi...kalau kau berani untuk apa-apakan ByungHee...aku akan siat kulit kau sampai kau mati,”kata Joon,mengugut.

“Miane.Tapi aku pun takkan lepaskan ByungHee dengan mudah seperti aku lepaskan Sun Mi dulu.Kalau kau tak boleh lindungi Sun Mi seperti yang aku harapkan...aku yakin...perkara yang sama akan terjadi kepada ByungHee.Dan aku takkan sesekali biarkan dia ditimpa malapetaka seperti yang terjadi baru-baru ni,”kata SeungHo lagi,berani mencabar kata-kata Joon itu.

“Tinggalkan ByungHee...atau kau mati,”kata Joon sebelum dia melepaskan SeungHo.Dia memandang tajam ke arah SeungHo sebelum dia beredar dari situ.SeungHo sekadar memandang ke arahnya.Dia kemudiannya terbang menuju ke bumbung bangunan sebelum dia berdiri di situ,mencari-cari kelibat ByungHee.Bibirnya menguntum senyuman manis apabla matanya berjaya menangkap kelibat orang yang dicarinya itu.Hatinya senang melihat ByungHee yang sedang tersenyum itu.

 

“Sun Mi ah...senyuman dia saling tak tumpah macam awak.Semua yang ada pada dia...mengingatkan saya kepada awak,Sun Mi,”katanya,perlahan.Matanya masih lagi tidak berkalih daripada ByungHee.

 

 

 

ByungHee memarkirkan keretanya di hadapan rumah penginapannya sebaik sahaja dia berjaya menyelesaikan urusannya sebentar tadi.ByungHee terkejut apabila melihat Joon yang sedang menunggunya di hadapan pintu masuk rumah penginapan itu dengan wajah yang tegang.Dia sudah dapat menjangkakan kemungkinan itu sejak dia keluar tanpa pengetahuan lelaki itu lagi.Perlahan-lahan,ByungHee berjalan mendekati ke arahnya.

“Joon ah...buat apa kat berdiri dekat luar ni?”Soal ByungHee,ingin tahu.Joon memandangnya dengan pandangan yang sukar diertikan oleh ByungHee itu.Kening kanan ByungHee terangkat.

“Yah...kenapa ni?”Soal ByungHee lagi.

“Joon nak kita keluar dari sini mulai esok pagi.Kalau Hyung nak sambung bercuti lagi,Joon tak kisah.Tapi bukan tempat ni.Joon nak kita keluar dari sini secepatnya,”kata Joon,serius.ByungHee mengerutkan dahinya.Hairan dengan kata-kata Joon itu.

“Tapi kenapa pula?Tak sampai seminggu pun lagi kita duduk kat sini.Lagipun kan Hyung dah cakap...kalau tak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku kat sini,kita bercuti je kat sini.Lagipun bukan senang nak sampai tempat ni,”kata ByungHee.

“Apa Hyung cakap ni?Tak ada apa-apa perkara buruk yang terjadi?Hyung tak ingat ke kejadian semalam?”Soal Joon,merujuk kepada kejadian yang hampir-hampir meragut nyawa lelaki itu.

“Memanglah.Tapi Hyung okey je kan?Kalau bukan sebab SeungHo,Hyung mungkin dah cedera parah.Tapi dia dah selamatkan Hyung ,jadi Hyung rasa tak salah kalau Hyung nak balas pertolongan dia terhadap Hyung,”kata ByungHee.

“Oh..jadi SeungHolah nama dia?”Soal Joon.

“Joon ni kenapa?Okey fine...Hyung tahu yang Joon marah sebab Hyung keluar tanpa pengetahuan Joon.Tapi Hyung tak suka kalau Joon nak heret SeungHo dalam hal kita berdua ni,”kata ByungHee,mulai tidak selesa dengan situasi tegang yang sedang berlaku antara mereka berdua itu.

“Dia mungkin orang yang baik.Tapi Joon tak suka kalau Hyung terlalu mudah untuk percayakan dia.Kita di tempat orang,Hyung.Kita tak kenal hati budi mereka.Di luar mungkin mereka nampak baik...tapi hati mereka siapa yang tahu.Joon dah janji dengan ahjumma yang Joon akan jaga Hyung.Dan Joon takkan sesekali lupa janji Joon tu,Hyung,”kata Joon.

“Kenapa dengan kamu berdua ni hah?Overprotective.Hyung ni siapa sebenarnya sampaikan Joon dengan Omma tak boleh langsung tengok Hyung bebas untuk buat apa saja yang Hyung suka.Okey...mungkin Hyung faham sebab mengapa omma terlalu melindungi Hyung...sebab Hyung ni satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.Tapi Joon?Joon siapa yang terlalu mengawal kehidupan Hyung?Joon siapa yang boleh menentukan arah hidup Hyung?Siapa?”Balas ByungHee,rimas dengan perhatian Joon terhadapnya itu.Hati Joon tersentap mendengar kata-kata ByungHee itu.Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan kasar.

“Kalau Joon nak balik sangat...Joon baliklah.Hyung nak tinggal kat sini untuk beberapa hari lagi.Hyung dah malas nak layan semua ni.Rimas!”Kata ByungHee sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah penginapan itu.Sebaik sahaja kelibat lelaki itu hilang dari pandangan matanya,tubuh Joon bersandar pada dinding.Kata-kata ByungHee itu sudah cukup membuatkan hatinya terluka.

 

“Rimas!”

 

Ternyata selama ini lelaki itu tidak suka hidupnya dikongkong olehnya.

 

“Kalau kau tak boleh lindungi Sun Mi seperti yang aku harapkan,aku yakin...perkara yang sama akan terjadi kepada ByungHee.”

 

Air matanya mengalir.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!