Promise 26

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu dengan langkah yang perlahan.Penampilannya kelihatan kemas sekali,seolah-olah mahu pergi ke suatu tempat.Beg hitam yang mengandungi kameranya itu digalas pada bahu.Dia kemudiannya melihat ke arah ruang tamu yang kelihatan kosong itu.Sudah hampir seminggu dia tinggal di rumah Joon untuk sementara waktu sejak kematian Ye Jin baru-baru ini.ByungHee melepaskan keluhan perlahan apabila melihat kertas kuning yang ditampal pada pintu peti sejuk itu.Dengan langkah yang malas,dia melangkah menuju ke arah peti sejuk itu sebelum dia mengambil kertas kuning yang ditampal itu.

 

“Hyung...

Joon ada kerja di Changwon.Joon tak pasti untuk berapa lama Joon akan berada di sana.

Miane...

Joon tak patut tinggalkan Hyung dalam waktu macam ni.Tapi Joon terpaksa pergi.

Tapi,kalau ada apa-apa yang berlaku,Hyung mesti telefon Joon,okey?”

 

ByungHee meletakkan semula kertas itu di atas meja.Diperhatikan rumah Joon yang kosong dan sepi itu.ByungHee mendengus perlahan.

“Mungkin aku patut balik ke rumah aku semula,”katanya,perlahan.ByungHee kemudiannya melangkah keluar dari dapur sebelum dia mencapai kunci keretanya untuk menuju ke tempat kerjanya itu.

 

 

“Kenapa dengan awak ni?!Tak boleh buat betul-betul ke?!”Jerit ByungHee.Semua krew penggambaran yang berada di situ terkejut mendengar jerkahan ByungHee itu.Selama ini,lelaki itu tidak pernah sekali pun menjerit kepada pekerja-pekerjanya.Tae Yeon menoleh ke arah ByungHee yang sedang memarahi salah seorang daripada pekerjanya itu.Pandangannya kemudiannya teralih ke arah Sang Hyung yang sedang duduk seorang diri di suatu sudut itu.Lelaki berambut merah jambu itu kelihatan sedang tersenyum.Tae Yeon terkejut apabila lelaki itu menoleh ke arahnya.Pandangan mereka bertembung antara satu sama lain.Kelihatan Sang Hyun sedang tersenyum lebar ke arahnya.

“Kau takkan dapat halang aku lagi selepas ni.”

Tae Yeon mengetap bibirnya apabila membaca fikiran Sang Hyun itu.Sang Hyun sekadar tersenyum.Tae Yeon menoleh semula ke arah ByungHee yang sedang berjalan keluar dari set penggambaran dengan perasaan marah itu.Tae Yeon ingin mengekori lelaki itu namun dihalang oleh Sang Hyun.

“Apa yang kau nak buat dengan ByungHee?”Soal Tae Yeon,tidak puas hati.Sang Hyun tersenyum sinis.

“Jangan risau.Kau pun tahu kan yang aku tak boleh apa-apakan dia dekat sini...kecuali di Seryang-Je,”kata SangHyun.Tae Yeon menjeling tajam ke arah lelaki berambut merah jambu itu.Sang Hyun langsung tidak menghiraukan pandangan tajam daripada wanita itu sebaliknya dia terus beredar,untuk mengekori ByungHee.Tae Yeon terpaksa membiarkan lelaki itu.Ternyata agak sukar baginya untuk bertindak apabila berada di dunia manusia itu.Tersilap langkah,identitinya akan terbongkar.Jauh di sudut hatinya,dia amat mengharapkan agar ByungHee sentiasa diperhati dan dilindungi oleh puak Serigala yang sentiasa bersedia terhadap segala kemungkinan ang akan terjadi itu.

 

ByungHee menyandarkan tubuhnya di atas sofa sambil menghela nafas berat.Sungguh fikirannya kusut ketika itu.Entah mengapa dia merasakan semua kerjanya tidak berjalan dengan lancar seperti biasa.Dia memejamkan matanya untuk seketika.

Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyi tin diletakkan di atas meja.ByungHee membuka matanya semula.Kelihatan tin minuman berada di atas meja sebelum pandangannya beralih ke arah Sang Hyun yang sedang duduk di hadapannya itu.

“Saya rasa Hyung mungkin perlukan air ni untuk tenangkan fikiran Hyung yang tengah berserabut tu,”kata Sang Hyun sambil tersenyum.ByungHee sekadar membisu.Dia kemudiannya memejamkan matanya semula sambil bersandar semula pada sofa itu.

“Hyung nak bersendirian sekejap.Nanti Hyung masuk semula ke set penggambaran,”kata ByungHee,perlahan.SangHyun sekadar memerhatikan ke arah manusia buruannya itu.Dia yakin lelaki itu tidak dapat mengecamnya selepas peristiwa yang berlaku 2 tahun yang lalu.Menurut maklumat yang dia ketahui,ByungHee tidak dapat mengingati langsung kejadian yang menimpanya di hutan Seryang-Je 2 tahun yang lalu itu.Ternyata Sang Hyung begitu gembira dengan berita yang diketahuinya itu.Dengan ini,rancangannya untuk mendekati ByungHee dengan lebih dekat akan menjadi kian mudah.Walaupun begitu,dia harus bersedia dengan serangan hendap yang akan dilakukan oleh puak Serigala yang sentiasa melindungi ByungHee itu.

“Arasso.Nanti saya beritahu mereka yang Hyung perlukan masa sedikit untuk berehat,”kata SangHyun,sambil berdiri.Dipandangnya sekali lagi ke arah ByungHee itu.Sebuah senyuman sinis terukir pada bibirnya yang merah merekah itu.

“Giliran kau akan tiba juga,ByungHee.Nikmatilah hidup kau sebagai manusia untuk kali terakhir sepuas-puasnya.Tak lama lagi...kau akan jadi seperti aku.Jadi,SeungHo tak akan terikat lagi dengan manusia macam kau,”bisik hati Sang Hyun.

 

ByungHee melangkah lemah menuju ke rumahnya yang terletak di tingkat 5 itu.Langkahnya terhenti apabila melihat seorang lelaki yang sedang menunggu di hadapan rumahnya.Kelihatan sebuah bagasi turut berada di sebelah lelaki itu.ByungHee terkejut apabila melihat lelaki itu menoleh ke arahnya sambil menguntum senyuman manisnya itu.

“Oh...jadi awak datang sini...sebab awak dapat tawaran kerja?”Soal ByungHee,sambil meletakkan segelas jus di hadapan SeungHo.SeungHo mengangguk sambil tersenyum.

“Ya.Saya dapat tawaran bekerja sebagai pemain piano di sebuah kelab di sekitar kawasan ni,”kata SeungHo.

“Oh...kalau macam tu baguslah.Sekarang ni,awak dah ada tempat tinggal ke?”Soal ByungHee.SeungHo tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Em...sebab tu saya datang sini.Kalau boleh saya nak tinggal di rumah awak untuk sementara waktu.Kalau awak tak kisahlah.Tapi...kalau awak rasa tak selesa,saya boleh cari tempat lain,”kata SeungHo.ByungHee tersenyum ke arahnya.

“Mesti Joon yang beritahu alamat rumah saya dekat awak kan?”Soal ByungHee.SeungHo sekadar tersenyum.

“Awak boleh tinggal sini.Lagipun...saya ada bilik kosong dalam rumah ni.Awak boleh tinggal dulu di rumah saya sebelum awak jumpa tempat tinggal yang sesuai,”kata ByungHee.

“Gomawo...ByungHee yah,”kata SeungHo,gembira dengan kata-kata ByungHee itu.ByungHee sekadar tersenyum.SeungHo memerhatikan ke arahnya.

“Gwenchanayo?”Soal SeungHo,bimbang.ByungHee memandang ke arahnya sambil menggeleng laju.

“Saya okey.Tak ada apa-apa.Cuma saya penat dengan kerja,”kata ByungHee.

“Saya akan tolong awak untuk cari pembunuh Ye Jin,ByungHee,”kata SeungHo,perlahan.ByungHee memandang ke arahnya.

“Tapi...awak tak boleh terus bersedih macam ni.Saya yakin...Ye Jin pun tak suka tengok awak bersedih macam ni,”kata SeungHo lagi.ByunGHee tersenyum nipis.

“Saya tahu.Gomawo...SeungHo yah,”ucap ByungHee,perlahan.

 

 

SeungHo memerhatikan ByungHee yang sedang tidur di dalam biliknya itu.Pandangannya kemudiannya beralih ke arah seseorang yang sedang berada di atas bumbung bangunan di hadapan apartment ByungHee itu.Pandangan mereka bertembung.

“Nampaknya kau masih lagi tak percayakan aku,Lee Joon.Seperti yang aku cakapkan sebelum ni...aku akan lindungi ByungHee dengan nyawa aku sendiri.Kalau aku perlu mati sebegai syarat untuk ByungHee terus hidup...aku sanggup mati,”kata SeungHo,perlahan.Lee Joon sekadar memerhatikannya dari jauh sebelum tubuh lelaki itu berubah menjadi seekor serigala dan beredar dari situ.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!