Promise 25

The Promises (Malay Ver.)

“Oppa!”

Kelihatan Ye Jin berlari dalam gelap,cuba mencari jalan keluar dari tempat gelap itu.Penampilan Ye Jin ketika itu kelihatan sedikit tidak terurus.Wajahnya penuh dengan luka.Begitu juga dengan tubuh badannya,seolah-olah mengalami kecederaan yang teruk.Larian Ye Jin semakin perlahan,bagaikan sudah kehabisan tenaga untuk meneruskan lariannya itu lagi.

“Oppa...”Suaranya juga mulai perlahan.Ye Jin kemudiannya terjatuh.Nafasnya kedengaran kencang.Dia cuba mengumpul tenaganya yang masih bersisa untuk melarikan diri dari tempat itu.

“Oppa...tolong Ye Jin.Ye Jin takut...”Rintih Ye Jin,sambil menangis teresak-esak.

“Oppa...”

Ye Jin menoleh ke belakangnya.Kelibat seorang lelaki yang cuba mengejarnya itu semakin dekat dengannya.Ye Jin semakin takut.Dia cuba untuk bangun semula,mengabaikan segala rasa sakit yang sedang dialaminya itu.Dia cuba menyambung lariannya semula.Namun kali ini usahanya tidak berjaya apabila lelaki itu kini sudah pun berada di hadapannya.Ye Jin yang sedang ketakutan itu berundur beberapa langkah,menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.Dadanya berombak kencang.

“Kau takkan dapat lari lagi dari aku,”kata lelaki itu sambil tersenyum.

“Pergi dari sini!Jangan ganggu saya lagi!”Jerit Ye Jin.Lelaki itu sekadar ketawa terbahak-bahak.Dalam sekelip mata sahaja,leher Ye Jin itu dicekiknya.Ye Jin memegang erat tangan lelaki yang sedang mencekik lehernya itu.Terasa begitu sesak untuk bernafas ketika itu.

“Aku mesti bunuh kau dulu sebelum aku bunuh ByungHee,”kata lelaki itu.

“Saya...saya tak...takkan benarkan...”Kata Ye Jin,kedengaran semput untuk berkata-kata.Lelaki itu sekadar tersenyum sebelum dia melemparkan tubuh Ye Jin sehingga menyebabkan kepala Ye Jin terhantuk pada bucu meja yang tajam itu.

“Ye Jin ah!!!!”

Ye Jin cuba membuka matanya.Kedengaran sayup-sayup suara seorang lelaki sedang memanggil namanya.

“Oppa...?”

“Ye Jin ah!!!”

Ye Jin tersenyum nipis apabila dia dapat mengenal pasti suara lelaki yang sedang memanggilnya itu.

“Oppa...miane...Ye Jin...”

“Ye Jin ah!!!”

Air mata Ye Jin mengalir.

“Ye Jin tak dapat nak tepati janji Ye Jin terhadap oppa...”

Perlahan-lahan,matanya terpejam rapat.

 

 

 

 

 

 

“YE JIN AH!!!”

ByungHee terjaga dari tidurnya.Dadanya berombak laju.Wajahnya basah dek peluh.Matanya pula terbuka luas.Lama dia dalam keadaan begitu sebelum dia bangun dari katilnya dan melangkah keluar dari biliknya itu.Kelam kabut dia menuruni anak tangga sebelum dia menuju ke arah keretanya itu.Tanpa berfikir panjang,dia segera menghidupkan enjin keretanya.

“ByungHee yah!”

ByungHee terkejut apabila melihat SeungHo yang sedang berdiri di luar keretanya.

“Seung...SeungHo ssi?”

Ternyata ByungHee tidak percaya akan kehadiran SeungHo di situ.Bagaimana SeungHo boleh berada di sini?Tanpa menunggu dengan lebih lama lagi,SeungHo segera membuka pintu kereta tempat pemandu itu.ByungHee sekadar melihat ke arahnya dengan riak wajah yang tertanya-tanya.

“Awak nak pergi mana?”Soal SeungHo.Bibir ByungHee terketar-ketar untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.Sungguh dia tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku itu.

“Awak nak pergi mana tengah-tengah malam ni?”Soal SeungHo lagi.

“Saya...saya...saya nak pergi rumah Ye Jin.Dia dalam bahaya.Saya kena pergi cari dia,”kata ByungHee,tergagap-gagap.SeungHo melepaskan keluhan berat.Mungkin ByungHee terlupa akan kejadian yang menimpa Ye Jin itu.

“ByungHee yah...awak okey?”Soal SeungHo.ByungHee mengerutkan dahinya.Dia kemudiannya menolak rambutnya yang menutupi dahi itu ke belakang.

“Saya nak cari Ye Jin,”kata ByungHee.SeungHo menghalang ByungHee daripada menutup pintu kereta itu.

“Apa awak buat ni?!Lepaslah!Saya nak pergi cari Ye Jin!”Jerkah ByungHee,berang dengan tindakan SeungHo itu.

“Ye Jin dah tak ada!Dia dah mati!”

ByungHee terkejut dengan kata-kata SeungHo itu.Matanya terbuka luas.Dia kemudiannya tergelak kecil,tidak percaya dengan kata-kata SeungHo itu.

“Awak jangan nak bergurau okey?Awak siapa yang nak halang saya untuk pergi jumpa dengan Ye Jin huh?!”Marah ByungHee.SeungHo mengetap bibirnya.

“Jadi awak betul-betul nak pergi jumpa dengan Ye Jin?”Soal SeungHo pula.ByungHee tidak menjawab sebaliknya dia memalingkan wajahnya daripada SeungHo.

“Baik.Saya sendiri yang akan bawa awak pergi berjumpa dengan Ye Jin,”kata SeungHo.ByungHee menoleh ke arahnya.

 

 

ByungHee kelihatan kaku apabila melihat abu mayat Ye Jin yang berada di dalam rak itu.Dia menundukkan wajahnya.SeungHo sekadar memerhati ke arahnya.Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan kecil.

“Tapi saya nampak dia jerit minta tolong.Dia nampak ketakutan.Saya memang tak guna.Dia sangat perlukan saya waktu tu,tapi saya tak ada di sisi dia,”kata ByungHee,perlahan.SeungHo sekadar mendengar.ByungHee memandang ke arah gambar Ye Jin yang berada di dalam rak itu.Air matanya mengalir laju.

“Ye Jin ah...miane...jeongmal miane...”Tangis ByungHee.SeungHo menundukkan wajahnya.Dia yakin ByungHee masih sukar untuk menerima hakikat mengenai kematian Ye Jin itu.

 

 

SeungHo menghentikan kereta di hadapan rumah Joon itu.Ditolehnya ke arah Joon yang sedang menantikan kepulangan mereka di hadapan pintu itu.Tanpa sebarang kata,dia keluar dari kereta sebelum dia menuju ke arah tempat duduk penumpang,yang menempatkan ByungHee itu.Lelaki itu kelihatan lemah sekali.Perlahan-lahan,SeungHo mengangkat ByungHee dengan belakang tubuhnya itu.

“Mana kau bawa dia pergi?”Soal Joon,ingin tahu.SeungHo menoleh ke arah ByungHee yang sedang lena itu.

“Dia Cuma nak pergi jumpa dengan Ye Jin,”kata SeungHo,perlahan.Joon tidak membalas.Dia kemudiannya membiarkan SeungHo membawa ByungHee masuk ke dalam biliknya semula.Joon melepaskan keluhan berat.

 

 

SeungHo menarik selimut sehingga menutupi paras dada ByungHee itu.Dia kemudiannya memerhatikan ByungHee yang sedang lena itu.Wajah ByungHee kelihatan seperti sedang diganggu oleh mimpi buruknya itu lagi.

“Ye Jin ah...”

SeungHo melabuhkan punggung di atas katil yang menempatkan ByungHee itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut rambut ByungHee yang berwarna perang itu.

“Gwenchana...semuanya akan berakhir tak lama lagi,”bisik SeungHo.Perlahan-lahan,dia membaringkan tubuhnya di sebelah ByungHee yang sedang lena itu.Tubuh lelaki itu dipeluknya erat.Lengan lelaki itu ditepuknya perlahan,bagaikan sedang mendodoikan si anak kecil.

“Saya akan lindungi awak...ByungHee yah...”Bisik SeungHo,sebelum dia mencium lembut dahi ByungHee itu.

 

Joon yang sedang menunggu di luar bilik ByungHee itu sekadar membisu.Ternyata dia masih belum boleh menerima keputusan yang dibuat oleh Mir itu.Hatinya berat untuk melepaskan ByungHee kepada SeungHo,setelah sekian lama dia bersama dengan lelaki itu.Dia menggenggam erat tangannya.Seolah-olah cuba menahan perasaan marah yang melanda dirinya itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!