Promise 16

The Promises (Malay Ver.)

“Saya akan cari awak,ByungHee.Kita akan berjumpa lagi.Kali ni…biar saya yang lindungi awak selepas ni.”

 

 

Dua tahun berlalu…

 

“Oppa!!!”

ByungHee terkejut apabila merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang secara mengejut.Kedengaran suara gelak ketawa dari belakang.ByungHee melepaskan pelukan itu sambil tersenyum nipis.Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakang.Kelihatan seorang wanita sedang tersenyum lebar ke arahnya.

“Ye Jin ah…Ye Jin buat apa dekat sini?”Soal ByungHee,terpaksa menghentikan kerjanya untuk seketika.Ye Jin tersenyum ke arahnya sambil mencapai tangan ByungHee sebelum digenggamnya erat.

“Oppa dah lupa ke?Kan oppa dah janji nak keluar lunch dengan Ye Jin lepas ni?Sebab tu Ye Jin datang sini jumpa oppa,”kata Ye Jin,manja.ByungHee melihat jam tangannya.Kesibukan kerjanya itu membuatkan dia hampir terlupa janjinya terhadap Ye Jin itu.

“Alamak…oppa hampir hampir saja lupa.Nasib baik Ye Jin ingatkan oppa.Kalau tak…terpaksalah oppa pujuk Ye Jin nanti,”kata ByungHee,seraya bergurau.

“Tahu tak apa.Ye Jin dah agak dah yang oppa mesti sibuk punya.Sebab tu Ye Jin datang sini tengok oppa,”kata Ye Jin sambil tersenyum.ByungHee membalas senyuman wanita itu.

“Hari ni Ye Jin tak ada apa-apa penggambaran ke nak buat?”Soal ByungHee,sambil menyimpan kameranya itu di dalam begnya,bersiap-sedia untuk beredar dari situ.Ye Jin menggeleng.

“Hari ni Ye Jin free,”kata Ye Jin,yang bekerja sebagai model di agensi yang sama tempat ByungHee bekerja.Pertemuan yang kerap di tempat kerja itu membuatkan hubungan mereka semakin rapat dari hari ke hari.

“Oppa lepas ni ada kerja lagi ke?”Soal Ye Jin pula.ByungHee kemudian mencapai tangan Ye Jin sebelum mereka sama-sama beredar dari pejabat ByungHee itu.Mereka langsung tidak mengendahkan pandangan orang lain terhadap mereka memandangkan hubungan mereka sudah pun diketahui umum.Ye Jin tersenyum lebar apabila ByungHee memegang erat tangannya sepanjang mereka berjalan keluar dari bangunan agensi itu.

“Oppa ada kerja lagi lepas ni,”kata ByungHee.Riak wajah Ye Jin berubah hampa.

“Ye Jin baru ingat nak ajak oppa keluar lepas kita lunch nanti,”kata Ye Jin.ByungHee sekadar tersenyum sambil membukakan pintu kereta Ye Jin itu.

Ye Jin menoleh ke arah ByungHee yang baru sahaja melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu itu.

“Lepas ni oppa ada photoshoot dengan siapa?”Soal Ye Jin,berbaur cemburu.ByungHee memandang ke hadapan,seolah-olah sedang berfikir.Ye Jin pula terus sabar menanti jawapan daripada lelaki itu.ByungHee kemudiannya tersenyum nakal ke arahnya.

“Oppa ada photoshoot dengan Shin Min Ah.Kenapa?”Soal ByungHee pula.

“Lepas tu?”Soal Ye Jin lagi.

“Lepas tu…dia ada ajak oppa pergi dinner dengan dia sekali lepas habis photoshoot tu.Mungkin oppa habis lambatlah hari ni,”kata ByungHee,sengaja mengusik.

“Oppa!”Ye Jin mencubit paha kanan ByungHee.ByungHee mengaduh kesakitan.

“Oppa ni sajakan buat Ye Jin jealous?”Soal Ye Jin,tidak puas hati.ByungHee kemudiannya tergelak kecil.

“Mana ada.Betullah yang oppa ada photoshoot dengan Shin Min Ah lepas ni,”balas ByungHee.Ye Jin menarik muka masam.ByungHee tersenyum.

“Tapi malam ni,oppa ada hal dengan Joon.Ye Jin nak ikut ke?”Soal ByungHee.Ye Jin menoleh ke arahnya.

“Betul ni?”Soal Ye Jin pula.ByungHee angguk.

“Kalau oppa nak keluar dengan Joon,tak apalah.Ye Jin tak kisah,”kata Ye Jin.ByungHee tertawa.Ternyata Ye Jin seorang yang kuat cemburu.

“Kalau betul pun Shin Min Ah ajak oppa keluar,oppa kenalah tanya Ye Jin dulu.Sebab oppa malas nak pujuk Ye Jin yang kuat merajuk ni,”kata ByungHee sambil mencuit dagu wanita itu.Ye Jin tersenyum.

“Okeylah.Jom kita pergi sekarang,okey?”Soal ByungHee sambil menghidupkan enjin kereta itu.Ye Jin sekadar angguk.

 

 

Ternyata Ye Jin bukanlah calang-calang model biasa.Segala perlakuannya diperhatikan oleh orang ramai yang berada di situ.Apa yang pasti,hubungannya dengan ByungHee itu turut diketahui oleh orang awam yang mengikuti perkembangan kariernya itu.Namun Ye Jin sekadar berlagak biasa apabila bersama dengan ByungHee itu.Begitu juga dengan ByungHee.

“Susah juga bila girlfriend oppa ni orang terkenal kan?”Soal ByungHee,separuh berbisik.Ye Jin sekadar tersenyum.Dia mengeratkan pautan lengannya itu terhadap lengan ByungHee.

“Kalau oppa rasa tak selesa,Ye Jin boleh berhenti dari jadi model dan jadi surirumah sepenuh masa untuk oppa,”kata Ye Jin lagi.ByungHee tersenyum lebar mendengar kata-kata wanita itu.Dia mengusap lembut rambut Ye Jin.

“Oppa tak nak jadi penghalang untuk Ye Jin dapatkan apa yang Ye Jin nak.Walau apapun terjadi,oppa akan sokong Ye Jin dari belakang,”kata ByungHee.

“Ye Jin dah tahu apa yang Ye Jin nak,”kata Ye Jin sambil menoleh ke arah ByungHee.ByungHee turut menoleh ke arahnya.Ye Jin mengangkat tangannya dan tangan ByungHee yang saling berpegangan itu.

“Ye Jin nak sehidup semati dengan oppa,”kata Ye Jin sambil tersenyum.ByungHee membalas senyumannya sebelum dia mengucup lembut tangan Ye Jin yang dipegangnya itu.

“Gomawo,Ye Jin ah,”ucap ByungHee,lembut.Ye Jin sekadar tersenyum.Mereka kemudiannya meneruskan langkah mereka menuju ke sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari mereka itu.

 

Mereka tersenyum sesama sendiri sambil menunggu hidangan yang dipesan itu tiba.Namun suasana romantik mereka terganggu seketika apabila telefon bimbit milik Ye Jin berdering.

“Ye Jin nak jawab call sekejap ekh?”Soal Ye Jin.ByungHee sekadar angguk.Dia kemudiannya membiarkan Ye Jin beredar dari situ untuk menjawab panggilan telefonnya itu.ByungHee memerhatikan pemandangan di luar kafe itu melalui dinding kaca di sebelahnya itu sambil menunggu Ye Jin yang sedang menjawab panggilan telefonnya itu.Namun tidak lama selepas itu,matanya tertumpu ke arah kelibat seseorang yang seakan dikenalinya di luar kafe itu.Tanpa menunggu dengan lebih lama lagi,dia segera melangkah keluar dari kafe itu untuk berjumpa dengan orang itu dengan lebih dekat.Dia berdiri di luar kafe itu sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.

“Mana dia pergi?”Soalnya sendiri,apabila kelibat itu hilang dari pandangannya.

“Oppa!”

ByungHee menoleh ke belakang.Kelihatan Ye Jin sedang berjalan ke arahnya dengan riak wajah bimbang.

“Kenapa oppa?”Soal Ye Jin.ByungHee segera memaniskan riak wajahnya kepada wanita itu.

“Tak ada apa-apa.Oppa ingat oppa nampak kawan oppa tadi,”kata ByungHee.Ye Jin turut melihat sekelilingnya.

“Tapi rasanya,oppa salah orang kot,”kata ByungHee.Dia menoleh ke arah Ye Jin.

“Em,jomlah kita masuk balik,”kata ByungHee sambil memegang tangan Ye Jin.Ye Jin sekadar angguk.

 

 

Joon mengangkat tangannya apabila matanya dapat menangkap kelibat ByungHee yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelab itu.ByungHee tersenyum ke arahnya sambil berjalan ke arahnya.

“Dah lama tunggu ke?”Soal ByungHee sambil mengambil tempat di sebelah Joon.Joon sekadar tersenyum sambil menoleh ke arah pelayan lelaki yang sedang mengelap gelas wine itu.

“Bagi lemon juice satu,”kata Joon,memesankan minuman untuk ByungHee.ByungHee sekadar membiarkannya.

“Dah lama lah juga Joon sampai.Sempatlah berkenalan dengan seorang dua yeoja kat sini tadi,”kata Joon,seraya bergurau.ByungHee sekadar ketawa.Dia kemudiannya meneguk sedikit jus yang kini berada di hadapannya itu.Joon memandang ke arahnya.

“Hyung nampak lain macam je ni.Kenapa?Gaduh dengan Ye Jin ke?”Soal Joon.ByungHee sekadar tersenyum nipis.

“Tak adalah.Kalau gaduh gaduh manja tu biasalah,”kata ByungHee.Joon tersenyum.Dia turut gembira apabila mengetahui perkembangan terbaru lelaki itu.Sekiranya kehadiran Ye Jin dapat membantu ByungHee untuk melupakan Seryang-Je,dia tidak akan menghalang.Apatah lagi,Ye Jin itu merupakan seorang wanita yang baik dan sangat sesuai dengan ByungHee.

“Kalau macam tu,kenapa Hyung nampak muram saja ni?”Soal Joon lagi.ByungHee tidak segera menjawab pertanyaan Joon itu.Dia masih lagi memikirkan mengenai kelibat seseorang yang dijumpainya siang tadi.Walaupun hanya sekilas pandang,namun dia yakin…orang itu ialah Seung Ho.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!