Promise 17

The Promises (Malay Ver.)

Pintu rumah apartment itu dibuka dari luar.Kelihatan sebuah ruang tamu yang kelihatan kemas tetapi suram sebaik sahaja pintu rumah itu dibuka dengan luas.Sehelai kot labuh berwarna hitam itu ditanggalnya sebelum diletaknya di atas sofa.Seekor kucing baka Siberian mengiau manja sebaik sahaja melihat tuannya melangkah masuk ke dalam ruang tamu itu.Kepalanya diusap lembut oleh tuannya sebelum lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.Kucing itu setia mengikuti tuannya masuk ke dalam bilik itu sebelum dia membaringkan dirinya di atas lantai.Kucing itu sengaja berkelakuan manja di situ seolah-olah mahu mendapatkan perhatian daripada tuannya itu.Lelaki itu tersenyum melihat gelagat manja kucingnya itu.Dia kemudiannya berdiri menghadap cermin , melihat dirinya yang hanya berpakaian t-shirt hitam dan berseluar jean itu.Penampilannya kelihatan berbeza sekali jika mahu dibandingkan penampilannya 32 tahun yang lalu.Gayanya kelihatan lebih moden,mengikuti arus peredaran zaman semasa.

Dia membetulkan rambutnya yang diwarnakan blonde itu.Bibirnya yang merah merekah itu menguntum senyuman puas.

“Agak-agak…dia dapat kenal appa tak kalau dia tengok appa macam ni?”Soalnya,seolah-olah sedang berbual dengan kucingnya di situ.Kucingnya itu sekadar mengiau,membalas kata-katanya itu.Dia tersenyum lagi.

“Appa rasa…dia masih ingat lagi dengan appa walaupun appa dah tukar penampilan appa macam ni,”katanya sambil menoleh ke arah kucing peliharaannya itu.Kucingnya itu turut memandang ke arahnya.Kedengaran keluhan kecil dilepaskan oleh lelaki itu.Dia kemudiannya melangkah mendekati ke arah kucingnya itu sebelum diangkatnya kucing kesayangannya itu.Bulu kucing baka Siberian itu dibelainya lembut.

“Tapi appa tak tahu kenapa…appa rasa takut nak jumpa dengan dia walaupun hati appa nak sangat berjumpa dengan dia,”keluhnya sambil membelai bulu kucingnya itu.

“Appa tahu yang appa tak patut ada perasaan ni terhadap ByungHee.Tapi appa rasa yang appa perlu lindungi dia.Disebabkan appa,nyawa dia menjadi taruhan.Appa tak boleh biarkan perkara yang sama terjadi terhadap dia seperti yang terjadi 2 tahun lalu,”katanya lagi.

 

 

 

Imbas kembali:

 

“Saya memang cintakan awak,Sun Mi.Tapi walau apa pun terjadi,saya dan awak tetap tak boleh bersama,”kata SeungHo.Sun Mi menggelengkan kepalanya.

“Ani…saya tetap nak bersama dengan awak,SeungHo.Saya sanggup mati asalkan saya boleh bersama dengan awak,”kata Sun Mi,berdegil.Dia kemudiannya menghulurkan tangannya kepada SeungHo.

“Tukarkan saya.Jadikan saya seperti awak kalau inilah syaratnya untuk saya boleh bersama dengan awak,SeungHo,”kata Sun Mi,berkeras.SeungHo memandang ke arah tangan Sun Mi itu.Sun Mi pula nekad dengan keputusannya itu.Perlahan-lahan,SeungHo mencapai tangan wanita itu sebelum didekatkan tangan itu kepada mulutnya.Sun Mi memejamkan matanya.SeungHo memandang ke arah Sun Mi sambil tersenyum.Perlahan-lahan,dia mencium lembut tangan wanita itu sehingga membuatkan wanita itu terkejut dengan tindakannya itu.

“SeungHo yah?”

SeungHo menggenggam erat tangan kekasih hatinya itu sambil tersenyum.

“Saya tak nak orang yang saya cintai merasai penderitaan seperti yang saya alami.Awak berhak untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik,Sun Mi.Dunia awak dan dunia saya sangat berbeza.Dunia saya sangat sunyi…gelap…berbeza dengan dunia awak yang ceria,bahagia,dan sentiasa dikelilingi oleh orang yang sentiasa menyanyangi awak,Sun Mi,”kata SeungHo.Sun Mi membisu.SeungHo menyentuh dagu wanita itu sebelum diangkatnya lembut.Pandangan mereka bersatu.

“Saya tak nak awak lalui apa yang saya rasa selama ni,Sun Mi.Biarlah kita tak dapat bersama pun asalkan saya boleh tengok awak bahagia walaupun saya hanya dapat tengok awak dari jauh,”kata SeungHo,sambil mengusap pipi Sun Mi yang gebu itu.Sun Mi memegang tangan SeungHo yang masih berada pada pipinya itu.

“Kita lari dari sini dan bina hidup baru.Boleh kan?”Soal Sun Mi.SeungHo sekadar tersenyum nipis.Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.

“Keluarga awak akan risaukan awak nanti,Sun Mi,”kata SeungHo.

“Saya tak peduli semua tu,SeungHo.Awak sendiri kata yang dunia awak sunyi…gelap…Jadi biarlah saya yang menjadi cahaya dan peneman dalam dunia awak,”kata Sun Mi.Ternyata dia betul-betul nekad dengan keputusannya itu.

“Lee Joon.”

Sun Mi tergamam apabila nama Lee Joon meniti di bibir lelaki itu.

“Dia…dia takkan suka dengan keputusan awak,Sun Mi.Pada Joon,awaklah insan yang paling penting dalam hidup dia.Kalau sesuatu bahaya terjadi terhadap awak,awak akan ingat Puak Serigala tu akan lepaskan saya dengan mudah?”Soal SeungHo.Sun Mi terdiam lagi.SeungHo melepaskan keluhan berat.

“Saya cakap macam ni bukan sebab saya takut dengan mereka,Sun Mi.Tapi saya nak tunaikan janji saya terhadap awak,”kata SeungHo.Sun Mi memandang ke arahnya.

“Awak sendiri kata yang saya ni berbeza dengan puak saya yang lain.Awak sendiri kata yang saya takkan timbulkan kekecohan di tempat awak seperti yang dilakukan oleh puak saya yang lain,”kata SeungHo lagi.

“Sebab tu saya nak jadikan apa yang awak katakan tu…betul.Saya nak buktikan pada awak…yang saya berbeza dengan puak saya yang lain.Saya bukan seperti mereka.Sebaliknya saya akan melindungi awak walaupun nyawa saya menjadi galang gantinya,”kata SeungHo.Mata Sun Mi bergenang sebaik sahaja SeungHo menghabiskan kata-katanya.SeungHo menyeka air mata Sun Mi yang mulai mengalir itu.

“Cinta…tak semestinya membawa pengakhiran yang indah,Sun Mi.Sepatutnya…kita memang tak patut berjumpa sejak dari awal lagi,”kata SeungHo.Sun Mi mulai menangis.

“Miane…tapi…saya terpaksa tolak permintaan awak demi keselamatan awak sendiri,Sun Mi,”kata SeungHo,perlahan.Sun Mi tidak langsung membalas kata-kata SeungHo itu sebaliknya dia terus menangis di hadapan lelaki itu.SeungHo kemudiannya menarik wanita itu ke dalam pelukannya.

 

 

 

 

ByungHee memeriksa persiapan yang dilakukan oleh krewnya sebelum penggambaran dimulakan.

“ByungHee Hyung!”

ByungHee menoleh apabila terdengar namanya dipanggil dari belakang.Kelihatan Doo Joon sedang melambai ke arahnya.ByungHee tersenyum ke arahnya sebelum dia berjalan mendekati lelaki itu.

“Ada apa ni,Doo Joon?Model dah siap dah?”Soal ByungHee.Doo Joon kemudiannya memaut bahu ByungHee sambil berjalan menuju ke suatu sudut.ByungHee sekadar menurut.

“Ni lah yang Doo Joon nak cakap dengan Hyung ni,”kata Doo Joon.Kening kanan ByungHee terangkat.Mulutnya dimuncungkan.

“Model tu ada emergency hari ni.So…dia tak dapat nak datang untuk photoshoot hari ni,”kata Doo Joon.ByungHee menoleh ke arahnya dengan riak wajah yang terkejut.

“Habis tu?”Soal ByungHee.

“Nasib baik kita ada pengganti untuk photoshoot hari ni,Hyung.Jadi Hyung tak perlulah risau sangat.Kami dah uruskan semuanya.Tunggu nak beritahu Hyung saja pasla hal ni.Tu saja,”kata Doo Joon.

“Siapa?”Soal ByungHee,ingin tahu.Doo Joon menoleh ke arah belakangnya.ByungHee turut menoleh ke arah yang sama.Kelihatan seorang wanita sedang berdiri di situ sambil tersenyum ke arahnya.Perlahan-lahan,dia menundukkan sedikit tubuhnya.Doo Joon turut membalas senyuman wanita itu.Doo Joon kemudiannya membawa ByungHee,mendekati ke arah wanita itu.

“Nilah model baru agensi kita,Hyung.Kenalkan…ini Cik Kim Tae Yeon.Cik Kim,kenalkan inilah jurugambar agensi kita yang paling hebat sekali,Jung Byung Hee,”kata Doo Joon.ByungHee tersenyum lebar sebaik sahaja Doo Joon menghabiskan kata-katanya itu.

“Tae Yeon ssi?Seryang-Je kan?”Soal ByungHee.Wanita itu tersenyum lebar.

“Ya,saya Tae Yeon…dari Seryang-Je,”kata Tae Yeon.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!