Promise 9

The Promises (Malay Ver.)

Imbas kembali:

 

 

Cheondung melangkah masuk ke dalam istananya yang suram itu.Tiada langsung cahaya matahari yang dibiarkan masuk untuk menerangi ruang dalam bangunan istana yang lama itu.Hanya terdapat lampu yang sedikit malap cahayanya dibiarkan menerangi beberapa kawasan di sekitar istana lama itu.Cheondung kemudiannya menaiki tangga menuju ke sebuah bilik utama yang terletak di hujung lorong gelap itu.Perlahan-lahan,dia menolak pintu bilik itu  dan serta-merta dia menutup mata dengan lengannya apabila melihat bilik itu diterangi oleh cahaya matahari yang menyilaukan pandangannya itu.Pandangannya kemudiannya teralih ke arah SeungHo yang sedang duduk di atas sofa yang menghadap jendela itu.Kelihatan segelas cecair berwarna merah pekat turut berada di sebelah lelaki itu.Cheondung kemudiannya berjalan mendekati ke arah lelaki itu sebelum dia berhenti di sebelah SeungHo yang sedang duduk sambil memejamkan matanya itu.Cheondung memerhatikan wajah SeungHo yang sedang bersinar-sinar itu.

“Apa kau buat dekat sini?”Soal SeungHo,masih lagi memejamkan matanya itu.Cheondung sedikit tersentak apabila mendengar teguran lelaki itu.SeungHo mulai membuka matanya perlahan-lahan.Dia memandang ke arah Cheondung yang sedang berdiri di sebelahnya itu.Cheondung tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu.Dia memandang ke arah gelas berisi cecair berwarna merah pekat itu.

“Sampai bila kau nak teruskan hidup dengan minum darah sejuk tu?”Soal Cheondung,hilang seleranya melihat darah sejuk yang berada di dalam gelas milik SeungHo itu.Dia lebih suka untuk menikmati darah yang mengalir dari tubuh mangsanya sendiri.Rasanya lebih puas!Apatah lagi darah itu adalah darah makhluk yang bernama manusia.

“Kali ni binatang apa pula yang jadi mangsa kau?”Soal Cheondung sambil memegang gelas itu.Perlahan-lahan dia menghidu darah yang berada di dalam gelas itu.

“Yuks!”Dia meletakkan semula gelas itu di atas meja.Cheondung mengerutkan dahinya,berasa jijik dengan darah binatang yang menjadi santapan SeungHo itu.Cheondung melepaskan keluhan berat.Dia begitu benci dengan perubahan yang berlaku ke atas SeungHo itu.Dahulu dialah yang menjadi pemburu yang paling hebat dalam kalangan puak Puntianak itu sehingga kekuatan dan kehebatannya itu dikagumi oleh ketua puak mereka.Namun segalanya berubah apabila seorang wanita yang bernama Sun Mi wujud dalam hidup SeungHo sehingga menyebabkan SeungHo sanggup meninggalkan puaknya demi untuk bersama dengan Sun Mi.

“Aku tak faham dengan kau.Kau tak patut teruskan hidup kau macam ni.Kau tak boleh nafikan naluri kau yang memerlukan darah manusia untuk terus hidup.Bukannya dengan darah sejuk ni,”kata Cheondung,tidak puas hati.SeungHo sekadar mendiamkan dirinya.

“Mungkin dulu kau buat semua ni sebab Sun Mi.Tapi dia dah tak ada.Apa gunanya lagi kau buat semua ni?Kau ingat dia akan kembali kepada kau?”Soal Cheondung.SeungHo tersenyum nipis.

“Dia memang dah tak ada.Dan dia memang tak akan kembali kepada aku.Janji hanya tinggal janji.Aku dah tak akan dapat jumpa dengan dia lagi,”kata SeungHo,perlahan.

“Tapi sekurang-kurangnya,dia boleh berbangga yang aku bukannya seorang pembunuh lagi.Aku mungkin dah tak sekuat dan sehebat dulu...tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh teruskan hidup,”kata SeungHo.Wajahnya mulai berubah serius.

“Tapi kalau kau terus berdegil untuk hidup macam ni...lama kelamaan kau akan mati juga.Kau akan dikalahkan dengan mudah oleh musuh kita.”

Cheondung menoleh ke belakang apabila terdengar suara yang amat digeruninya dari belakang.Kelam kabut dia menundukkan sedikit tubuhnya,sebagai tanda menghormati ketua mereka yang terkenal dengan keganasannya itu.Lelaki itu memandang ke arah jendela sebelum langsir jendela itu tertutup dengan sendirinya.SeungHo pula masih lagi duduk di situ,seolah-olah langsung tidak menyedari kehadiran ketua mereka di situ.Cheondung pula terus membisu,sedikit pun tidak bersuara.Kerusi yang sedang diduduki oleh SeungHo itu kemudiannya berpusing sendiri,menghadap ketua mereka yang berbadan sasa itu.Terdapat kesan darah pada bibir lelaki itu,menunjukkan sudah ada manusia malang yang menjadi mangsanya itu.

“Sebab tu aku tak suka kau pergi ke perkampungan tu.Aku tak suka kau jalinkan apa-apa hubungan dengan manusia yang sepatutnya menjadi makanan kita.Mungkin dulu aku terlalu percayakan kau sebab kau adalah orang terkuat yang aku pernah ada.Tapi sekarang tak lagi.Aku boleh arahkan orang lain untuk bawakan sendiri manusia untuk kau ke sini.Dan kau boleh nikmatinya sehingga kering darah yang mengalir dalam tubuh manusia itu,”kata ketuanya itu sambil tersenyum puas.Kelihatan jelas gigi taringnya yang tajam itu.SeungHo memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam.

“Kau dah tak dengar ke apa yang aku cakap sebelum ni?AKU DAH TAK NAK JADI PEMBUNUH LAGI!SAMPAI BILA-BILA PUN AKU TETAP BERPEGANG JANJI AKU PADA SUN MI YANG AKU TAKKAN MEMBUNUH LAGI!”

Serta-merta tubuh SeungHo ditolak ke belakang sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya itu.Tubuhnya terhentak kuat pada dinding biliknya itu.SeungHo mengaduh kesakitan.Dahinya berkerut seribu.Ternyata kekuatannya kian lemah.Lelaki itu kemudiannya muncul secara tiba-tiba di hadapan SeungHo sebelum dia menarik kolar baju SeungHo itu.Tubuh SeungHo terangkat.

“JANGAN JADI BODOH!AKU CIPTA KAU UNTUK JADI SEORANG PEMBUNUH BUKANNYA PENGECUT!”Jerkah lelaki itu sebelum dia melemparkan tubuh SeungHo ke lantai dengan kasar.Cheondung mengalihkan kepalanya daripada melihat situasi yang sedang berlaku di hadapan matanya itu.SeungHo cuba bangun secara perlahan-lahan,menahan rasa sakit yang kian dirasainya itu.Kelihatan jelas senyuman sinis pada bibirnya yang merah merekah itu.

“Kalau macam tu...ciptaan kau dah gagal.Dan kau patutnya dah lama musnahkan ciptaan kau yang gagal ni,”kata SeungHo , sinis.Lelaki bertubuh sasa itu sekadar tertawa sinis.

“Kalau aku tahu yang kau akan memberontak terhadap puak kita disebabkan oleh manusia yang tak guna tu...aku memang patut biarkan kau mati kesejukan dulu.Aku memang tak patut selamatkan kau!”Kata lelaki bertubuh sasa itu sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan yang marah.Namun langkahnya yang terhenti seketika sebelum dia menoleh ke arah Cheondung.Cheondung mulai berasa gerun dengan pandangan tajam daripada lelaki itu.

“Ikut aku,”kata lelaki itu,separuh berbisik.Tanpa langsung bersuara, Cheondung segera mengikut lelaki itu melangkah keluar dari bilik SeungHo itu.

 

“Siapa lelaki tu?”Soal lelaki itu secara tiba-tiba,sebaik sahaja mereka sudah jauh dari bilik SeungHo itu.

“Maksud JiHoon Hyung?”Soal Cheondung.Lelaki yang dipanggil Ji Hoon itu menoleh ke arah Cheondung dengan matanya yang berwarna merah pekat itu.

“Kau pun tahu siapa yang aku maksudkan,”balas JiHoon.Cheondung menundukkan sedikit wajahnya daripada JiHoon.JiHoon tergelak kecil.

“Jadi kau pun nak menyebelahi SeungHo juga?Kau pun nak jadi ciptaan aku yang gagal juga supaya aku boleh musnahkan kau?”Soal JiHoon lagi,eberbaur ugutan.Cheondung pantas menggeleng.

“Jung Byung Hee.”Kata Cheondung,pantas menjawab pertanyaan ketuanya itu.

“Nama dia Jung Byung Hee.Dia...dia datang sini bersama dengan Lee Joon,”kata Cheondung.Ji Hoon tertawa lagi.

“Lee Joon?Maksud kau ketua puak Serigala yang dah lama tinggalkan tempat ni dulu?”Soal Ji Hoon,tidak percaya.Ternyata musuhnya itu sudah pun kembali.Bukan berseorangan...tetapi dengan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya.Cheondung mengangguk sebagai menjawab pertanyaan ketuanya itu.

“Semakin menarik,”kata Ji Hoon,sinis.Dia kemudiannya memandang ke arah Cheondung.

“Aku nak jumpa dengan budak tu.Aku nak tengok sehebat mana dia sehingga membuatkan SeungHo jadi lemah sehingga begitu rupa,”kata Ji Hoon,memberi arahan kepada Cheondung.Cheondung sekadar angguk.

“Dan...aku tak sabar nak rasa darah yang mengalir dalam tubuh budak lelaki tu,”kata Ji Hoon sambil ketawa terbahak-bahak.Cheondung sekadar tersenyum.Sekali-sekala dia menoleh ke arah bilik utama istana yang menempatkan SeungHo itu.

“Mianeyo,SeungHo yah...tapi semua ni untuk kebaikan kau juga.Aku tak nak tengok kau macam ni sampai bila-bila,”kata Cheondung,dalam hati.Ji Hoon menoleh ke arah Cheondung.Bibirnya tersenyum lebar,seolah-olah dapat membaca fikiran anak buahnya itu.

 

 

 

 

Cheondung memerhatikan seekor serigala yang sedang berjalan di bawah rimbunan pokok itu,seolah-olah sedang mengawal kawasan itu.Bibirnya menguntum senyuman nakal.Dia kemudiannya sengaja melompat dari satu pokok ke satu pokok yang lain,untuk mengalihkan pandangan serigala yang sedang berkawal itu.Serigala itu kemudiannya mengejar kelibatnya yang sedang bergerak laju itu sebelum dia sengaja menjatuhkan dirinya di atas tanah.

“Opps...terjatuh,”kata Cheondung,sinis.Serigala yang sedang berada di hadapannya itu,kelihatan bersedia untuk menyerangnya.Senyuman pada bibir Cheondung mengendur.Matanya berubah merah pekat.

“Jom mulakan,”katanya.

 

 

Cheondung segera melarikan dirinya daripada dikejar serigala itu dengan lengannya yang cedera itu.Dia sengaja berlari menuju ke arah jalan raya sebaik sahaja dia dapat merasai kehadiran ByungHee yang semakin hampir dengan kawasan itu.Cheondung kemudiannya terjatuh di tengah jalan raya.Kereta yang dipandu oleh ByungHee itu benar-benar berhenti di hadapannya.Cheondung menoleh ke arah serigala yang mengejarnya itu.Kelihatan serigala itu menyembunyikan dirinya dalam semak,tidak mahu kelibatnya dilihat oleh ByungHee.Cheondung mengukir senyuman kemenangan.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!