Promise 14

The Promises (Malay Ver.)

Setelah hampir seminggu ByungHee ditahan di hospital,dia akhirnya dibenarkan pulang semula ke rumah penginapan yang didiaminya bersama Joon sepanjang mereka berada di Seryang-Je itu.ByungHee sekadar melihat ibunya yang sedang sibuk mengemaskan barang-barangnya itu sebelum dimasukkan ke dalam beg.Terserlah jelas wajahnya yang tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh ibunya itu.

 

“Omma tak kira.ByungHee mesti ikut omma balik.Omma tak nak tengok ByungHee jadi macam ni lagi.”

 

ByungHee melepaskan keluhan berat.Dia menoleh ke arah Puan Jung.

“Omma...sekurang-kurangnya untuk sehari lagi,please?”Rayu ByungHee.Puan Jung menoleh ke arahnya.

“ByungHee yah...omma bukan tak nak bagi.Tapi omma tak suka tengok anak omma jadi macam ni.Kalau ByungHee nak bercuti lagi,boleh.Tapi bukan tempat ni,”kata Puan Jung.

“Ya,omma.ByungHee tahu salah ByungHee sebab tak jaga diri sendiri.Tapi ByungHee suka dengan tempat ni.ByungHee rasa berat hati nak tinggalkan tempat ni.”

“Walaupun dengan apa yang dah berlaku terhadap ByungHee selama ni?”Puan Jung memintas kata-kata ByungHee itu.ByungHee memandang ke arahnya.Joon yang turut berada di situ sekadar membisu.Tidak mahu mencampuri urusan anak beranak itu.Puan Jung kemudiannya meletakkan tangannya pada pipi ByungHee.Mata ByungHee yang begitu mirip dengan Sun Mi itu ditatapnya dengan penuh kasih.Walaupun ByungHee itu bukanlah anak kandungnya,namun lelaki itu sudah lama dianggapnya sebagai anak kandungnya sendiri.Apatah lagi,apabila dialah yang menjadi ibu dan ayah kepada ByungHee sejak kematian kedua-dua ibu bapa kandung lelaki itu.

“ByungHee yah...”Puan Jung memanggilnya dengan lembut.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.

“ByungHee pun tahu kan yang omma tak pernah halang apa yang ByungHee nak buat selama ni.ByungHee nak buat apa...ByungHee nak pergi mana...terpulanglah...Omma betul-betul tak kisah.Sebab omma tahu yang ByungHee dah besar.ByungHee boleh fikir sendiri...boleh jaga diri sendiri.Tapi...”Puan Jung berhenti seketika.

“Tapi....hati omma tak sedap bila ByungHee cakap yang ByungHee nak datang ke sini.Omma rasa berat sangat hati ni nak lepaskan ByungHee pergi,”kata Puan Jung lagi.

“Sebab tulah ByungHee nak tahu kenapa.Kenapa hati omma rasa macam tu bila ByungHee cakap yang ByungHee nak datang sini?Sedangkan sebelum ni omma cakap yang ByungHee boleh buat apa sahaja yang ByungHee nak,”kata ByungHee.Puan Jung terdiam.Ternyata dia tidak tahu bagaimana lagi dia harus untuk berterus terang dengan lelaki itu.ByungHee mendengus kasar.

“Sebenarnya ByungHee bohong dengan omma.”

Puan Jung memandang ke arahnya.Begitu juga dengan ByungHee.

“ByungHee jumpa tempat ni bukan dari internet,tapi...dari diari Omma,”kata ByungHee,perlahan.Puan Jung dan Joon terkejut mendengar pengakuan ByungHee itu.ByungHee mengeluh lagi.

“ByungHee tahu yang ByungHee salah.Tapi...ByungHee tak sengaja jumpa diari tu.ByungHee...tertarik dengan gambar yang terselit dalam diari tu.Gambar Seryang-Je.Sebab tu...ByungHee nak datang sini sebab ByungHee nak tengok sendiri tempat yang ada dalam gambar tu,”kata ByungHee.Dia kemudiannya menundukkan sedikit kepalanya.Dia tahu perbuatannya itu pasti tidak disukai oleh ibunya.

“Jadi ByungHee dah jumpa tempat tu?”Soal Puan Jung.ByungHee terkejut mendengar pertanyaan ibunya itu.Begitu juga dengan Joon.Kelihatan wanita itu sedang tersenyum ke arah ByungHee.

“Omma tanya ni...ByungHee dah jumpa ke belum tempat tu?”Soal Puan Jung lagi.Perlahan-alahn,ByungHee menggelengkan kepalanya.Puan Jung tersenyum lagi.Dia kemudiannya memegang tangan ByungHee dengan erat.ByungHee masih lagi memandang ke arahnya dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya.

“ByungHee yah...omma...omma rasa...omma perlu beritahu ByungHee sesuatu,”kata Puan Jung.Joon mulai tidak senang duduk.Namun dia tetap tidak bersuara.ByungHee sekadar menunggu kata-kata daripadanya.Puan Jung kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya.ByungHee terkejut apabila melihat diari ibunya itu berada dalam pegangan Puan Jung.

“Omma dah lama tahu pasal ni.Omma tahu yang ByungHee terjumpa diari ni tanpa pengetahuan omma.Tapi omma tak jumpa gambar yang ByungHee cakapkan tu.Mungkin gambar tu ada pada ByungHee sekarang,kan?”Soal Puan Jung.ByungHee menundukkan wajahnya sebelum dia menganggukkan kepalanya.

“Diari ni...”Puan Jung berhenti seketika.Kali ni,dia harus memberitahu perkara yang sebenar kepada ByungHee.

“Diari ni...memang milik omma..”Puan Jung meletakkan tangan pada dadanya sambil ditepuknya berkali-kali.

“Tapi bukan omma...sebaliknya omma ByungHee...omma kandung ByungHee,Kim Sun Mi,”kata Puan Jung.Puan Jung menggenggam tangan ByungHee dengan erat.ByungHee tergelak kecil.

“Omma...apa omma cakap ni?Siapa pula Kim Sun Mi tu?”Soal ByungHee,sambil tergelak kecil.Joon sekadar membisu,tidak langsung menoleh ke arah dua beranak itu.

“ByungHee yah...miane...jeongmal miane.Omma tahu yang omma tak patut rahsiakan hal ni daripada ByungHee tapi omma terpaksa.Sebab...sebab omma dah janji dengan Sun Mi yang omma akan jaga ByungHee dengan baik.Lagipun omma takut yang...omma akan kehilangan ByungHee kalau ByungHee tahu yang omma ni...bukan ibu kandung ByungHee.Sebaliknya adik omma...Kim Sun Mi,”kata Puan Jung,mulai sebak.Senyuman ByungHee mengendur.Dia kemudiannya melepaskan tangannya daripada pegangan Puan Jung.

“ByungHee betul betul tak faham.”ByungHee menolak rambutnya yang menutupi dahi itu ke belakang.

“Sebelum ni..omma halang ByungHee untuk datang sini tanpa alasan yang ByungHee betul-betul boleh terima.Sekarang...sekarang omma cakap yang ByungHee ni bukan anak omma?Apa semua ni?”Soal ByungHee,tidak puas hati.

“ByungHee yah...”Puan Jung cuba mencapai tangan ByungHee namun dilepaskan oleh lelaki itu.ByungHee mendengus kasar sambil mencapai tongkat yang berada di sebelah katil itu.Dia menggagahkan dirinya untuk bangun dari katil itu walaupun kecederaan pada kakinya itu masih belum lagi pulih sepenuhnya.

“ByungHee yah...”

Joon cuba menghalang Puan Jung daripada terus menghalang ByungHee yang sedang melangkah keluar dari bilik itu dalam keadaan tergesa-gesa.Puan Jung melepaskan keluhan kecil.Joon menoleh ke arahnya.

“Bagi dia masa untuk terima semua ni,”kata Joon.Puan Jung menggeleng.

“Awak sendiri dah tengok kan?Dia bencikan saya bila dia tahu yang saya ni bukan ibu kandung dia,”kata Puan Jung,sebak.Joon memaut bahu wanita itu.

“Dia Cuma terkejut.Noona mesti beri dia peluang untuk bersendirian...bagi dia masa untuk berfikir.Joon yakin yang dia akan terima juga hakikat ni dengan baik,”kata Joon.Puan Jung mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.

“Joon ah...ottoke?Bila dia dah tahu pasal Kim Sun Mi...lama-kelamaan dia akan tahu juga pasal Joon...dan juga SeungHo,”kata Puan Jung,perlahan.

“Dia memang akan tahu juga suatu hari nanti,”kata Joon,seolah-olah sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu.

 

 

ByungHee menutup matanya dengan rapat sambil melepaskan nafas panjang secara perlahan-lahan.Angin malam yang sejuk itu sedikit sebanyak dapat menenangkan fikirannya yang sedang bercelaru itu.Kata-kata Puan Jung itu masih lagi terngiang-ngiang dengan jelas dalam fikirannya.ByungHee menguntum senyuman nipis.

“Kalau macam tu...siapa Kim Sun Mi sebenarnya?Apa yang dia buat dekat sini?Apa yang terjadi terhadap dia sebelum ni?Macam mana dia mati?Apa kaitannya aku dengan tempat ni?Kenapa omma tak suka aku datang ke sini?”

Bermacam-macam soalan bermain dalam benak fikirannya ketika itu..ByungHee mendengus kasar.Semuanya berlaku secara tiba-tiba seolah-olah dia masih belum bersedia untuk menerima hakikat yang baru sahaja diketahuinya itu.

“Awak nampak runsing je.Kenapa ni?”

ByungHee mengangkat sedikit wajahnya apabila terdengar suara seseorang yang menegurnya.Kelihatan seorang wanita sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis.ByungHee mengerutkan dahinya,cuba untuk mengenal pasti wajah wanita itu.

“Saya rasa...saya macam pernah tengok awak sebelum ni,”kata ByungHee,tidak pasti.Wanita itu sekadar tersenyum ke arahnya.

“Ah...awak yang...saya langgar dekat lobi tu...Em..”

“Tae Yeon.”Wanita itu memintas kata-kata ByungHee.ByungHee terdiam.Wanita itu tersenyum lagi.

“Nama saya Kim Tae Yeon.Awak boleh panggil saya,Tae Yeon,”kata Tae Yeon,memperkenalkan dirinya kepada ByungHee.ByungHee membalas senyumannya.Perlahan-lahan dia menghulurkan tangannya kepada Tae Yeon.

“Jung Byung Hee,”katanya sambil tersenyum.Tae Yeon menyambut huluran tangannya.

 

Joon menuruni anak tangga menuju ke ruang lobi untuk mencari kelibat ByungHee.Dia mencari ByungHee di setiap sudut yang ada di tempat itu,sehinggalah telinganya dapat menangkap bunyi bising tidak jauh dari tempat dia berada.Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah bunyi itu secara senyap-senyap.

 

Dia melepaskan nafas lega apabila melihat ByungHee yang sedang duduk di taman yang terdapat di kawasan rumah penginapan itu.

“Tapi dia dengan siapa tu?”Soalnya sendiri apabila melihat ByungHee yang sedang berbual dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya itu.Apa yang pasti,ByungHee kelihatan sedikit ceria daripada sebelumnya apabila dia bersama-sama dengan wanita itu.Joon sekadar memerhatikan ByungHee dari jauh.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!