Promise 22

The Promises (Malay Ver.)

“Namanya Park Sang Hyun.Dia akan menjadi pasangan kepada Tae Yeon untuk penggambaran kita pada hari ni,”kata Doo Joon sambil menunjukkan maklumat peribadi milik lelaki bernama Park Sang Hyun itu kepada ByungHee.ByungHee memandang ke arah lelaki bernama Park Sang Hyun yang sedang disolek oleh jurugaya itu.Lelaki itu memandang ke arahnya sambil menguntum senyuman manis.ByungHee turut membalas senyumannya.Entah mengapa ByungHee merasakan sesuatu yang pelik apabila melihat ke arah Sang Hyun itu.

Tae Yeon yang sudah siap disolek itu melangkah keluar dari biliknya sebelum menuju ke arah set penggambaran.Dia memandang ke arah ByungHee yang sedang sibuk membuat persiapan sebelum sesi penggambaran dimulakan.Pandangannya kemudiannya dialihkan ke arah Sang Hyun yang sedang berbincang dengan pengarah untuk sesi penggambaran pada hari itu.Matanya terbuka luas.

“Ha...Tae Yeon ssi!”Pengarah itu memanggilnya apabila menyedari kehadirannya di situ.Sang Hyun yang berambut merah jambu itu memandang ke arahnya.Senyuman manis terukir pada bibir lelaki itu.Tae Yeon masih lagi kaku,tidak berganjak dari situ.ByungHee menoleh ke arahnya.Dia kemudiannya memandang ke arah Sang Hyun.

“Kenapa dengan mereka ni?”Soalnya,hairan.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah Tae Yeon sebelum dia meletakkan tangannya pada bahu wanita itu.Tae Yeon segera menoleh ke arahnya.

“Kenapa ni?Awak ada masalah ke?”Soal ByungHee,ingin tahu.Tae Yeon pantas menggelengkan kepalanya.

“Oh...em..tak ada apa-apa.Cuma...em...siapa lelaki tu?”Soal Tae Yeon,cuba berlagak biasa.ByungHee menoleh ke arah Sang Hyun,lelaki yang dimaksudkan oleh Tae Yeon.Dia tersenyum nipis.

“Dia Park Sang Hyun.Model lelaki yang akan bergandingan dengan awak untuk penggambaran hari ni,”kata ByungHee,tanpa mengesyaki apa-apa.Mata Tae Yeon membulat sebaik sahaja mendengar kata-kata ByungHee itu.

“Apa?”Ternyata sukar bagi Tae Yeon untuk mempercayai kata-kata ByungHee itu.Dia memandang semula ke arah Sang Hyun.Pandangan mereka bertembung antara satu sama lain.Sekali lagi Sang Hyun menguntum senyuman manis ke arahnya.

 

 

Tae Yeon menukar pakaiannya sebaik sahaja sesi penggambaran pada hari itu selesai.Dia kini yang hanya berpakaian dalam itu kemudiannya menggantungkan pakaiannya pada penggantung baju yang terletak di sebelahnya itu.Namun,perbuatannya terhenti apabila melihat kelibat Sang Hyun yang muncul pada cermin itu.Kelihatan lelaki itu sedang berdiri di belakangnya.Senyuman nakal terukir pada bibir lelaki itu.

“Kat sini rupanya awak,”kata Sang Hyun sambil bersandar pada pintu bilik persalinan itu.Tae Yeon sekadar memandangnya melalui cermin itu.Perlahan-lahan Sang Hyun berjalan mendekati ke arahnya.Kali ini,dia berdiri betul-betul di belakang Tae Yeon.Rambut Tae Yeon yang panjang melepasi bahu itu diusapnya lembut.Tae Yeon sekadar membisu.Sang Hyun tersenyum.

“Awak masih lagi cantik seperti dulu,”bisik Sang Hyun sebelum dia menghidu wangian yang dipakai oleh Tae Yeon pada bahunya itu.Sang Hyun kemudiannye menggerakkan wajahnya untuk menghidu wangian Tae Yeon pada leher wanita itu pula.Tubuh wanita itu perlahan-lahan dipeluknya dari belakang.

“I miss you so much...”Bisik Sang Hyun sambil mencium lembut leher Tae Yeon itu.

“Apa yang awak buat dekat sini?”Soal Tae Yeon,tenang.Sang Hyun tersenyum.Dia memandang wajah Tae Yeon pada cermin itu.

“Saya cari awaklah,”kata Sang Hyun,sambil mengusap lembut pipi Tae Yeon.Tae Yeon melepaskan keluhan kecil.

“Kan saya dah cakap...yang hubungan kita dah berakhir,”kata Tae Yeon.Senyuman Sang Hyun mengendur.Matanya berubah merah secara serta-merta.Tubuh Tae Yeon itu disandarnya secara kasar pada dinding bilik persalinan itu.Tae Yeon memandang tepat ke arah anak mata Sang Hyun yang berubah merah itu.

“Nampaknya kau masih belum boleh lupakan serigala tak guna tu ya?”Soal Sang Hyun,separuh berbisik.Tae Yeon tersenyum.

“Kalau awak pun tahu,kenapa awak masih lagi nak teruskan hubungan dengan saya?”Soal Tae Yeon.SangHyun tertawa.

“Nampaknya kau pun nak jadi pengkhianat seperti SeungHo juga...kan?”Soal Sang Hyun.

“Cheondung ah...saya lebih rela mati kerana mengkhianati puak kita daripada terus tunduk pada kaki Ji Hoon yang tak guna tu,”kata Tae Yeon.Sang Hyun yang berang itu segera menampar wajah Tae Yeon sehingga membuatkan wanita itu terpelanting ke arah suatu sudut di dalam bilik itu.

“Jangan kau berani menghina Ji Hoon Hyung depan aku.Kalau tak...aku sendiri yang akan bunuh kau,”kata Sang Hyun,marah.Tae Yeon tersenyum.

“Jadi...awak datang sini...bukannya semata-mata untuk cari saya...sebaliknya untuk memburu ByungHee...kan?”Duga Tae Yeon.

“Aku mesti dapatkan ByungHee...supaya SeungHo boleh dihukum atas kesalahannya yang tidak mungkin mendapat pengampunan daripada Ji Hoon Hyung,”kata Sang Hyun.Dia kemudiannya mendekati ke arah Tae Yeon sebelum dia menarik rambut wanita itu dengan kasar.

“Lepas tu...biar aku sendiri yang hapuskan kau.Pengkhianat tak akan sesekali diberikan pengampunan.Sebaliknya mereka lebih layak untuk dibunuh!”Jerkah Sang Hyun,sambil menolak tubuh wanita itu dengan kasar.Sang Hyun kemudiannya berjalan untuk beredar dari bilik persalinan itu.Namun,dia menoleh semula ke arah Tae Yeon.

“Oh ya...kau pun tahu nasib kau kan kalau kau cuba sembunyikan SeungHo dari aku?Baik kau beritahu dia supaya datang sendiri kepada aku...kalau dia tak nak ada sesuatu perkara buruk yang terjadi kepada ByungHee nanti,”kata Sang Hyun.Tae Yeon memandang tajam ke arahnya sebelum lelaki itu menghilangkan dirinya dalam sekelip mata.

 

Ye Jin sibuk menyediakan makan malam seperti yang dijanjikan olehnya kepada ByungHee itu.Sesekali dia akan menyanyi kecil untuk menghilangkan rasa sunyinya itu.Bibirnya menguntum senyuman lebar apabila melihat masakannya yang hampir siap dimasak itu.

“Harap-harap oppa suka,”katanya sebelum dia merasa sedikit masakannya itu.

“Em...bolehlah,”katanya lagi.

 

Tumpuannya terganggu apabila terdengar sesuatu pada ruang tamunya itu.Dia menoleh ke belakang.

“Oppa?”Panggilnya,yang menyangka ByungHee berada di situ.Ye Jin mengelap tangannya dengan kain sebelum dia berjalan menuju ke arah ruang tamu.Dia mencari-cari kelibat ByungHee di situ namun tidak kelihatan.

“Dengar macam ada bunyi orang masuk tadi,”katanya sendiri.Dia kemudiannya memusingkan semula tubuhnya,untuk masuk ke dalam dapur semula.Namun,langkahnya terhenti apabila telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu yang sedang bergerak di belakangnya itu.Ye Jin menoleh ke belakang.Namun tiada sesiapa pun yang berada di situ.

“Em...ByungHee oppa?Oppa?”Ye Jin cuba memanggil nama lelaki itu berkali-kali.Mengandaikan bahawa lelaki itu sedang bergurau dengannya.

“Oppa?Janganlah bergurau macam ni.Oppa pun tahukan yang Ye Jin tak suka gurauan macam ni,”katanya,takut-takut.Ye Jin menelan air liur.Ye Jin menjerit apabila secara tiba-tiba lampu rumahnya terpadam.Ye Jin menundukkan tubuhnya sambil mencari tempat untuk bersembunyi dengan cepat.Tubuhnya menggigil.

“Oppa?”Air matanya mulai mengalir apabila matanya dapat menangkap jelas bayang-bayang seorang lelaki yang berada di dalam rumahnya itu.Namun,bayang-bayang itu hilang dari pandangannya semula.

“Oppa...Ye Jin takut,”rintihnya,sebak.Air matanya sudah pun mengalir membasahi pipinya.

“Ye Jin ah...”

Ye Jin terkejut apabila terdengar namanya dipanggil.Namun suara itu bukanlah milik ByungHee,sebaliknya milik seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya sebelum ini.

“Ye Jin ah....”

Ye Jin menutup mulutnya.Bimbang apabila lelaki itu dapat mengesan kehadirannya di situ.Kedengaran lelaki itu tertawa kecil.

“Ye Jin ah...janganlah takut.Keluarlah...”Kata lelaki itu lagi.Ye Jin terus mendiamkan dirinya.

“Keluar...kalau awak nak ByungHee awak selamat,”kata lelaki itu lagi.Mata Ye Jin membulat apabila terdengar ugutan lelaki itu.Apa yang sudah terjadi dengan ByungHee?Ye Jin ragu-ragu untuk keluar dari tempat persembunyiannya.

“Ye Jin ah....”Panggil lelaki itu lagi.

“Baik.Kalau ada apa-apa yang terjadi terhadap ByungHee awak...awak akan dikira sebagai pembunuh,”kata lelaki itu lagi.

“Nanti!”

Kelihatan senyuman terukir pada bibir lelaki itu.Ye Jin cuba memberanikan diri untuk keluar dari tempat persembunyiannya itu.Lelaki itu menoleh ke arahnya.

“Jadi awak...Hye Jin?Kekasih kepada ByungHee?”Soal lelaki itu.Ye Jin tidak menjawab sebaliknya dia menundukkan wajahnya,takut dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Awak mesti sayangkan ByungHee...sehinggakan awak sanggup bertukar nyawa dengan dia...betul kan?”Soal lelaki itu.Ye Jin membisu.Hanya kedengaran esakannya sahaja di situ.Lelaki itu kemudiannya mencekik leher wanita itu dengan kuat sehingga membuatkan wanita itu sukar untuk bernafas.Lelaki itu tersenyum lebar.

“Miane...aku terpaksa buat macam ni.Kalau tak...sampai bila-bila pun aku takkan dapat ByungHee,”kata lelaki itu,separuh berbisik.Ye Jin cuba melepaskan tangan lelaki itu dari lehernya.

“Ap...ap..apa...yang awak nak buat...dengan op...oppa?”Soal Ye Jin,sesak untuk bernafas.Lelaki itu tersenyum lagi.

“Aku Cuma nak hapuskan sesiapa sahaja yang cuba menjadikan lebih ramai daripada orang kami untuk mengkhianati ketua kami sendiri.Dan...orang itu ialah ByungHee,”kata lelaki itu.

“Tak...op..oppa...bukan..orang macam tu,”kata Ye Jin.Lelaki itu kemudiannya melemparkan tubuh Ye Jin ke dinding sehingga membuatkan kepala wanita itu terhantuk pada bucu meja itu.Ye Jin mengaduh kesakitan.Lelaki itu menarik kolar baju wanita itu sebelum dilemparnya lagi ke arah dinding.

“Dia perlu diseksa sebelum dia mati.Sebab tu...aku cari kau sebelum aku berjaya untuk dapatkan ByungHee,”kata lelaki itu.Senyuman puas terukir pada bibir lelaki itu.

 

 

ByungHee memarkirkan keretanya di perkarangan rumah Ye Jin itu.Dia mengeluarkan sejambak ros merah yang dibelinya khas untuk teman wanitanya itu.ByungHee mendongak ke arah tingkap bilik wanita itu.

“Kenapa gelap je ni?Dia tak ada kat rumah ke?”Soalnya sebelum dia menghubungi telefon bimbit wanita itu.Namun panggilannya tidak berjawab.Berkali-kali dia mencuba untuk menghubungi wanita itu namun sekalipun tidak berjaya.Hatinya mulai bimbang.Cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.Dia terkejut apabila melihat seluruh rumah itu dalam keadaan gelap gelita.Dia cuba menggerak-gerakkan tangannya untuk mencari suis lampu rumah Ye Jin itu.

Matanya terbuntang luas apabila melihat keadaan rumah Ye Jin yang bersepah itu.

“Ye Jin ah!Ye Jin ah!”

ByungHee cuba mencari-cari Ye Jin di dalam rumah itu.Hatinya mulai dilanda perasaan bimbang yang teramat.

“Ye Jin ah!!!”

 

 

ByungHee kaku apabila melihat tubuh Ye Jin yang terkulai layu dia atas lantai itu.Bilik itu penuh dengan darah merah yang mengalir dari tubuh wanita itu.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah wanita itu.Dia mengangkat sedikit kepala wanita itu.Tangannya menggigil apabila melihat tangannya yang penuh dengan darah itu.

“Ye ... Ye Jin ah..Ye Jin ah...”ByungHee cuba untuk menggerakkan tubuh Ye Jin yang kaku itu.Matanya mulai berkaca.

“Ye..Ye..Ye Ji..Ye Jin ah...”Sekali lagi dia menggerakkan tubuh wanita itu.Namun,wanita itu tetap kaku dalam pangkuannya.Air matanya mulai mengalir.

 

“Ye Jin dah tahu dah apa yang Ye Jin nak selama ni.”

“Ye Jin nak sehidup semati dengan oppa.Sebab Ye Jin sangat-sangat cintakan oppa.”

 

“YE JIN AH!!!!!!”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!