Promise 15

The Promises (Malay Ver.)

Joon meletakkan barang-barang di dalam kereta sebelum dia menoleh ke arah ByungHee yang sedang dipapah oleh Puan Jung itu.Lekas-lekas dia membantu Puan Jung untuk memapah ByungHee yang masih belum boleh berjalan dengan baik itu.Sejak dari malam semalam,hubungan ByungHee dengan Puan Jung sedikit renggang.Mungkin juga kerana lelaki itu masih belum boleh menerima kebenaran yang dibongkar oleh Puan Jung itu sepenuhnya.Apa yang pasti,dia memerlukan sedikit masa untuk menerima kebenaran yang baru diketahuinya itu walaupun masih ada lagi rahsia yang disimpan oleh Puan Jung dan Joon itu.

“Sekejap.”Kata ByungHee kepada Puan Jung sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta sebaik sahaja dia terpandang akan Tae Yeon yang sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berada itu.Dia kemudiannya cuba berjalan dengan tongkatnya itu menuju ke arah Tae Yeon.Puan Jung dan Joon sekadar membiarkannya.

Tae Yeon memandang ke arahnya apabila dia berdiri berhadapan dengan wanita yang baru sahaja dikenalinya itu.ByungHee menguntum senyuman manis kepadanya.

“Saya…saya kena balik Seoul dulu,”kata ByungHee,perlahan.Tae Yeon sekadar membisu,tidak membalas kata-kata lelaki itu.Entah mengapa dia berasa berat hati untuk berpisah dengan ByungHee itu.

“Walaupun kita baru saja kenal tapi…”ByungHee memandang ke arah Tae Yeon.

“Tapi saya sangat seronok berbual dengan awak.Saya harap saya boleh duduk di sini dengan lebih lama lagi supaya saya boleh mengenali awak dengan lebih rapat lagi,”kata ByungHee,sambil tersenyum.Tae Yeon tersenyum nipis ke arahnya.

“Saya pun harap yang saya boleh mengenali awak dengan lebih rapat lagi,ByungHee oppa,”kata Tae Yeon,perlahan.ByungHee tersenyum mendengar kata-kata wanita itu.Sekali sekala Tae Yeon akan memandang ke arah Joon yang berdiri tidak jauh dari mereka itu.Dia cuba tidak mengendahkan pandangan Joon terhadapnya itu,sebaliknya dia lebih selesa untuk memandang ke arah ByungHee yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Hyung!”

ByungHee menoleh ke arah Joon yang berada di belakangnya itu.Kelihatan Joon memberi isyarat kepadanya untuk bersedia beredar dari tempat itu memandangkan hari kian gelap.Puan Jung yang berada di sebelah Joon itu sekadar membisu.ByungHee menoleh semula ke arah Tae Yeon.

“Saya kena pergi sekarang,”kata ByungHee.Perlahan-lahan.Tae Yeon menganggukkan kepalanya.Terpaksa merelakan lelaki itu untuk pergi dari situ walaupun hatinya berasa berat untuk melakukan demikian.Dia mengukir senyuman paksa terhadap lelaki itu.

“Saya harap saya boleh jumpa dengan awak lagi ByungHee oppa,”kata Tae Yeon.ByungHee tersenyum sambil angguk.

“Ya.Kita akan jumpa lagi,Tae Yeon,”kata ByungHee sebelum dia berpaling daripada Tae Yeon.Perlahan-lahan,dia menggagahkan dirinya untuk berjalan menuju ke arah keretanya dengan bantuan tongkatnya itu.Joon kemudiannya segera membantunya untuk masuk semula ke dalam kereta.Namun,kelakuannya tertangguh seketika apabila ByungHee menoleh semula ke belakang.Senyuman manis diberikan kepada Tae Yeon yang masih lagi memandang ke arahnya itu.Begitu juga dengan Joon.Namun berbeza dengan ByungHee,Joon memberikan pandangan yang tajam ke arah Tae Yeon.

“Mari kita pergi sekarang,Hyung,”kata Joon.ByungHee angguk sebelum dia masuk ke dalam kereta.Joon menutup pintu kereta.Sekali lagi dia memandang ke arah Tae Yeon yang masih lagi berada di situ.Tae Yeon tersenyum ke arahnya sambil menundukkan sedikit kepalanya.Joon kemudiannya segera masuk ke tempat duduk pemandu,bersedia untuk memandu kereta meninggalkan tempat itu.

 

 

ByungHee sekadar membisu di tempat duduk belakang sambil melihat pemandangan hutan di sepanjang perjalanan mereka untuk keluar dari perkampungan Seryang-Je itu.Begitu juga dengan Joon dan Puan Jung yang berada di tempat duduk hadapan.Kelakuan ByungHee itu diperhatikan Joon melalui cermin pandang belakang.Wajah ByungHee kelihatan muram,seolah-olah dia tidak suka dengan rancangan mereka untuk meninggalkan tempat itu.Namun,Joon terpaksa berbuat demikian demi memastikan ByungHee selamat dan jauh daripada buruan puak puntianak itu,terutamanya Cheondung.ByungHee begitu kusyuk memerhatikan pemandangan hijau yang berada di hadapannya itu sehinggalah matanya tertangkap pada suatu kelibat manusia yang bergerak laju di celah-celah batang pokok itu.

“Joon,berhenti!”

Joon segera memberhentikan keretanya apabila terdengar jeritan ByungHee itu.Puan Jung menoleh ke arahnya.

“Kenapa ni?”Soal Puan Jung,mulai bimbang.ByungHee tidak segera menjawab pertanyaan Puan Jung itu sebaliknya dia segera membuka pintu kereta itu.Dia melangkah keluar dari kereta itu dengan bantuan tongkatnya itu.Joon dan Puan Jung turut melakukan perkara yang sama.

“Kenapa ni,Hyung?”Soal Joon.ByungHee terus mencari-cari kelibat manusia yang dilihatnya sebentar tadi.

“Hyung?”Soal Joon.Wajah ByungHee berubah hampa apabila dia tidak dapat menjumpai kelibat manusia yang dilihatnya sebentar tadi.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan kecil.

“Tak ada apa-apa.Jom,”kata ByungHee,perlahan sambil menuju semula ke arah keretanya itu.Joon masih lagi memandang ke arah hutan itu.Perasaan syak kembali menebal dalam hatinya namun dia cuba tidak mengendahkannya.Apa yang penting,dia mesti membawa ByungHee keluar dari perkampungan itu sebelum sebarang bahaya muncul.Dia memalingkan tubuhnya untuk menuju semula ke arah kereta.

“Lee Chang Sun…”

Langkah Joon berhenti.Dia menoleh semula ke belakang.Dia cuba mencari-cari pemilik suara misteri itu namun tidak berjaya.

“Kali ni aku akan lepaskan ByungHee.Tapi selepas ni,aku akan cari dia semula.Seperti yang aku katakan dulu,aku takkan lepaskan ByungHee seperti mana aku lepaskan Sun Mi 30 tahun yang lalu.”

Joon menguntum senyuman nipis apabila mendengar kata-kata itu.Dia memandang ke arah kawasan hutan itu walaupun dia tidak dapat menjumpai pemilik suara itu.

“Dan aku akan pastikan yang ByungHee akan selamat dalam jagaan aku,Yang Seung Ho.Miane…tapi aku tak akan lepaskan ByungHee ke dalam tangan kau.Kalau kau nak ByungHee selamat…kau patut lepaskan dia.Jangan cari dia lagi!”Kata Joon.

“Dah tiba masanya untuk kau lupakan Sun Mi,SeungHo.Kau mesti terima hakikat.Sun Mi dah mati.Dan ByungHee … “Joon berhenti seketika.

“ByungHee bukannya Sun Mi…walaupun kau dapat rasakan kehadiran Sun Mi melalui ByungHee,”kata Joon.Dia kemudiannya memalingkan tubuhnya semula.

“Joon ah…kenapa tak masuk lagi ni?Kita mesti gerak sekarang.Hari dah nak gelap,”kata Puan Jung.Joon angguk sambil tersenyum.ByungHee yang sudah berada di dalam kereta itu sekadar membisu.Dengan siapa Joon bercakap sebentar tadi?

 

 

SeungHo memerhati kereta yang dipandu oleh Joon itu dari jauh.ByungHee yang berada di tempat duduk belakang itu dilihatnya tanpa sekali pun mengelipkan matanya.Seolah-olah dia tidak mahu terlepas walaupun sesaat daripada memandang wajah ByungHee untuk kali yang terakhir.

“Saya akan cari awak,ByungHee.Kita akan berjumpa lagi.Kali ni…biar saya yang lindungi awak,”katanya,perlahan.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!