Promise 31

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee melangkah keluar dari biliknya dengan langkah yang perlahan sambil memegang kepalanya yang masih lagi terasa pening itu.Dia meneruskan langkahnya menuju ke arah peti sejuk sebelum dia meneguk botol air yang berisi air sejuk itu.Dia kemudiannya menutup pintu peti sejuk itu sambil meneguk air sejuk itu.Namun,sebaik sahaja dia mahu menutup pintu peti sejuk itu,muncul kelibat SeungHo di hadapan matanya.Oleh sebab terkejut dengan kehadiran SeungHo yang tiba-tiba itu,air sejuk yang diminum oleh ByungHee itu tersembur keluar dari mulutnya.ByungHee terbatuk-batuk sambil memegang dadanya yang terasa sesak itu.

“Gwenchana?” Soal SeungHo,risau melihat keadaan ByungHee itu.ByungHee mengangkat tangannya,sebagai tanda dia dalam keadaan baik.Dia kemudiannya memandang ke arah SeungHo sambil mengelap mulutnya dengan tangan.

“Aish...boleh tak jangan muncul depan saya macam tu?Kalau saya mati terkejut,macam mana?” Soal ByungHee,tidak puas hati.SeungHo sekadar tersenyum.

“Miane.Saya janji saya takkan buat macam tu lagi,”kata SeungHo.ByungHee kemudiannya mengalihkan tubuhnya daripada SeungHo.

“Awak nak sarapan?” Soal ByungHee,tanpa memandang ke arah SeungHo.SeungHo memandang ke arah ByungHee yang sedang berdiri membelakanginya itu.

“Kalau awak nak sarapan,saya boleh buatkan,”kata SeungHo pula.

“It’s okay.Awak duduk saja situ.Awak kan tetamu di sini.Sepatutnya saya yang buatkan sarapan untuk awak,”kata ByungHee,masih lagi tidak memandang ke arah SeungHo.Mungkin kerana tidak mahu bertengkar dengan ByungHee,SeungHo akur dengan kata-kata lelaki itu.ByungHee terus menyambung kerjanya dengan menyediakan sarapan untuk mereka berdua pada pagi itu.

 

Mereka menikmati sarapan pagi tanpa langsung bersuara.SeungHo pula sesekali mencuri pandang ke arah lelaki itu.Berbanding dengan SeungHo,ByungHee lebih selesa menumpukan perhatiannya terhadap sarapan paginya itu.

“Awak boleh tahankah dengan makan makanan biasa ni?” Soal ByungHee,memecah tembok kesunyian antara mereka berdua itu.SeungHo memandang ke arahnya.

“Maksud awak?” Soal SeungHo.ByungHee menggosok-gosok lehernya sambil berdehem beberapa kali.

“Em...yelah..awak kan...bukan manusia biasa.Mestilah selera makan awak tak sama macam kami...”Kata ByungHee,perlahan.SeungHo tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.

“Saya tak sama macam yang lain.Saya tak bunuh manusia hanya untuk memenuhi selera makan saya,”kata SeungHo.ByungHee memandang ke arahnya dengan riak wajah terkejut.

“Jinja?”Soal ByungHee tidak percaya.SeungHo tersenyum sambil angguk.

“Sebab Sun Mikah?” Soal ByungHee.Senyuman SeungHo mengendur.Dia memandang ke arah ByungHee sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

“Dia...dia macam mana orangnya?” Soal ByungHee,menundukkan wajahnya.Nasi putih di dalam mangkuk itu diusiknya tanpa sedikit pun dijamahnya.SeungHo memandang ke arahnya.

“Dia...dia sama macam awak.Seorang yang istimewa,”kata SeungHo.

“Walaupun dia tahu yang saya ni berbeza daripada lelaki lain yang dia pernah jumpa...tapi dia sedikit pun tak takut dengan saya.Dan dia sangat percayakan saya.Dia tahu...yang saya tak sama dengan puak saya yang lain.Sebab tu...saya cuba membuktikan kepada Sun Mi...yang saya boleh hidup dengan baik tanpa darah manusia,”kata SeungHo.

“Tapi semua tu mesti akan membuatkan kekuatan awak tak sama dengan puak awak kan?Awak tak kisahkah?” Soal ByungHee.

“Asalkan saya masih boleh melindungi dia...melindungi awak...itu pun dah cukup memadai kan?” Balas SeungHo.ByungHee terdiam.Dia menundukkan semula wajahnya daripada memandang ke arah SeungHo.Suasana kembali menjadi senyap untuk seketika.

“Saya minta maaf,”kata ByungHee.SeungHo terkejut dengan kata-kata ByungHee itu.

“Saya mungkin dah bercakap kasar dengan awak sebelum ni.Mungkin sebab saya masih terkejut dengan semua ni.Saya minta maaf,”kata ByungHee lagi.

“Saya...saya benarkan awak untuk tinggal di sini...dan lindungi saya seperti yang awak katakan sebelum ni.Tapi...kalau keadaan dah semakin buruk...serahkan saja saya kepada mereka.Saya tak nak orang lain menjadi mangsa hanya kerana kepentingan diri saya sendiri,”kata ByungHee.

“Tak boleh.Saya tak boleh serahkan awak kepada mereka.Awak takkan dapat tahu apa yang akan terjadi dengan nasib awak kalau saya serahkan awak kepada mereka,”kata SeungHo,membantah kata-kata ByungHee itu.

“Kalau macam tu...awak boleh pergi dari sini,”kata ByungHee.SeungHo tergamam.ByungHee memandang ke arahnya.

“Saya boleh jaga diri saya sendiri.Awak tak perlu risau.Awak teruskan sahaja kehidupan awak macam biasa.Saya tak nak kehidupan awak terikat dengan saya.Saya tak suka.Cukuplah...saya dah banyak terhutang budi dengan awak,SeungHo,”kata ByungHee.SeungHo diam seketika.ByungHee kemudiannya bangun dari tempat duduknya,berura-ura mahu beredar dari situ.

“Baik.Saya setuju,”kata SeungHo.ByungHee menoleh ke arahnya.

“Saya akan melindungi awak...sehingga satu masanya nanti...saya mungkin terpaksa serahkan awak kepada mereka seperti yang awak mahukan,”kata SeungHo,berat hati untuk menerima keputusan lelaki itu.Perlahan-lahan,ByungHee mengukir senyuman nipis.

“Bagus.”Kata ByungHee.Wajahnya kelihatan tenang menuturkan kata-kata itu namun hatinya terus berasa gelisah.Nyawanya menjadi taruhan.Namun itu adalah lebih baik jika mahu dibandingkan dengan nyawa orang lain yang turut menjadi taruhan dalam peperangan antara dua puak itu.

“Cheondung...”

SeungHo memandang ke arah ByungHee sebaik sahaja mendengar nama Cheondung disebut oleh lelaki itu.ByungHee menelan air liur.

“Dia akan terus berusaha untuk mendapatkan saya,kan?” Soal ByungHee,tanpa memandang ke arah SeungHo.SeungHo tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Ottokaji...?” Soal ByungHee,perlahan.

“Kalau dia tak berjaya untuk mendapatkan saya...”ByungHee berhenti seketika.Dia menoleh ke arah SeungHo.

“...adakah sesuatu perkara yang buruk akan terjadi kepada omma...seperti yang berlaku terhadap Ye Jin?” Soal ByungHee,bimbang.SeungHo kemudiannya berjalan menuju ke arah ByungHee.Wajah lelaki itu ditatapnya.

“Saya takkan benarkan semua itu berlaku.Saya akan pastikan...awak..dan semua orang yang awak sayang selamat.Awak mesti percayakan saya,ByungHee,”kata SeungHo.ByungHee turut memandang ke arah SeungHo sebelum dia mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu.

“Saya...saya nak telefon omma...”Kata ByungHee,sebelum dia beredar meninggalkan SeungHo di situ.SeungHo melepaskan keluhan berat.

 

ByungHee menantikan panggilannya berjawab.

“ByungHee yah~~”

“Omma...” ByungHee mendekatkan telefon bimbit pada telinganya sebaik sahaja mendengar suara Puan Jung atau Seung Mi di hujung talian.

“ByungHee yah...gwenchana?” Soal Seung Mi,bimbang.ByungHee tersenyum.

“ByungHee okay.ByungHee...ByungHee Cuma nak tahu keadaan omma dekat sana.Omma...okay?” Soal ByungHee.

“Omma okay.ByungHee tak perlu risau apa-apa,”kata Seung Mi.ByungHee terdiam seketika.Tindakannya itu membuatkan Seung Mi dilanda rasa bimbang.

“ByungHee yah...wae?Ada apa-apa masalahkah?” Soal Seung Mi.

“Ani...em...”ByungHee terdiam untuk seketika.

“ByungHee...dah tahu siapa SeungHo sebenarnya,”kata ByungHee,perlahan.Kedengaran Seung Mi tidak membalas apa-apa sebaik sahaja mendengar kata-kata ByungHee itu.

“Oh...jadi...apa yang terjadi lepas tu?” Soal Seung Mi.

“Tak ada apa-apa.ByungHee...ByungHee Cuma terkejut.”Balas ByungHee.

“ByungHee yah...”

“SeungHo...walaupun omma tak suka dengan dia...tapi...omma yakin..dia boleh jaga ByungHee daripada puaknya.Apa-apa pun..omma tetap nak ByungHee jaga diri ByungHee baik-baik,arasso?Jangan terlalu percayakan orang yang ByungHee tak kenal.Omma takut...kalau ByungHee masuk dalam perangkap mereka,”kata Seung Mi.ByungHee tersenyum nipis.

“Omma pun...omma jaga diri baik-baik.Okey?” Pesan ByungHee.Tidak lama selepas itu,ByungHee menamatkan panggilannya.Dia melepaskan keluhan berat.Dia yakin...pasti ada lagi rahsia yang tersimpan daripada pengetahuannya.Dia pasti akan dapat membongkarnya juga suatu hari nanti.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!