Promise 18

The Promises (Malay Ver.)

Tae Yeon menundukkan sedikit tubuhnya sebaik sahaja sesi penggambaran pada hari itu tamat.Semua krew yang berada di situ tidak jemu memandang ke arahnya.Ternyata Tae Yeon merupakan model yang paling cantik yang pernah mereka jumpa selama mereka bekerja di situ.Tae Yeon membalas senyuman setiap orang yang tersenyum ke arahnya itu.Dia kemudiannya memandang ke arah ByungHee yang sedang berbual dengan Doo Joon itu,Perlahan-lahan,dia berjalan mendekati ke arah dua orang lelaki itu.Kedua-dua lelaki itu menoleh ke arahnya sebaik sahaja menyedari kehadirannya di situ.Tae Yeon tersenyum manis sambil menundukkan sedikit tubuhnya.

“Kamsahamida.Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk terlibat dalam penggambaran untuk hari ini,”kata Tae Yeon,berbesar hati.Doo Joon tersenyum malu sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.ByungHee pula sekadar tersenyum manis ke arahnya.

“Awak dah kerja keras hari ni,Tae Yeon.Terima kasih banyak-banyak,”ucap ByungHee.Doo Joon memandang ke arah ByungHee dan Tae Yeon berselang-seli,dengan riak wajah yang penuh tanda tanya.

“Wah...cepatnya mesra kamu berdua ni.Yah Hyung...Doo Joon pun panggil Cik ni Cik Kim tau,”kata Doo Joon,tidak puas hati.ByungHee dan Tae Yeon saling tersenyum.

“Kami dah pernah berjumpalah sebelum ni.Cuma tak sempat nak kenal dengan lebih rapat lagi je,”kata ByungHee sambil memandang ke arah Tae Yeon.Entah mengapa penampilan Tae Yeon kelihatan lebih cantik dan menarik jika mahu dibandingkan dengan penampilannya 2 tahun yang lalu.Dia kelihatan sangat berbeza.Doo Joon mencebik apabila mendengar kata-kata ByungHee itu.

“Hei hei hei...jangan nak menggatal sangat okey.Nanti ada orang merajuk,”kata Doo Joon,merujuk kepada Ye Jin,teman wanita ByungHee.ByungHee tergelak kecil.

“Ye Jin sekarang ni dah pandai kawal dah merajuk dia tu,”balas ByungHee,tersenyum lebar.Tae Yeon memandang ke arahnya.

“Siapa Ye Jin tu,ByungHee oppa?”Soal Tae Yeon,ingin tahu.Kedua-dua ByungHee dan Doo Joon memandang ke arahnya.

“Ooo...Ye Jin tu...buah hati ByungHee.Ha...awak boleh berkenalan dengan Ye Jin nanti.Sebab dia pun salah seorang daripada model agensi kita juga.Mungkin awak boleh banyak belajar daripada dia sebab dia antara model yang paling berpengalaman di sini.Popular juga tau dia tu.Untunglah Encik ByungHee kita ni,”kata Doo Joon sambil menepuk-nepuk bahu ByungHee itu.ByungHee sekadar tersenyum sambil memandang ke arah Tae Yeon.Tae Yeon cuba memaniskan raut wajahnya,cuba menyembunyikan perasaan tidak senang dalam hatinya itu.

“Kalau awak tak ada apa-apa lepas ni,jomlah kita pergi lunch sekali.Kita boleh raikan kedatangan awak ke agensi kami ni.Mungkin awak boleh berjumpa dengan Ye Jin sekali,”kata Doo Joon sambil menyiku lengan ByungHee itu.ByungHee sekadar tersenyum sambil memandang ke arah Tae Yeon.

 

 

Tumpuan Joon terhadap kerjanya itu tertangguh apabila terdengar deringan telefon bimbitnya itu.Tanpa melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu,dia terus sahaja menjawab panggilan telefon itu.

“Yeoboseyo?”Jawab Joon sambil menyambung semula kerjanya yang tertangguh itu.Wajahnya tetap kelihatan kacak walaupun bercermin mata.

“Lee Joon Hyung.”

Joon menegakkan tubuhnya sebaik sahaja dia mendengar suara si pemanggil yang menyebut namanya itu.

“Cheol Yong ah?”Ternyata Joon sedikit terkejut dengan panggilan telefon yang diterimanya daripada Mir itu.Selama dua tahun itu,mereka langsung tidak berhubung sehinggalah hari ini.Hati Joon mulai dilanda resah apabila menerima panggilan telefon daripada Mir itu.Dia mula mengandaikan sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada ByungHee.

“Waeyo?”Soal Joon.

“Yang Seung Ho.”Balas Mir,pendek.

“Dia mungkin dah ada dekat Seoul sekarang ni,”kata Mir.Kedengaran serius pada nada suaranya itu.Joon mengerutkan dahinya.

“Apa maksud Mir?”Soal Joon.

“Dia mungkin datang sana sebab nak cari ByungHee.Kalau Hyung tak nak perkara yang sama terjadi seperti 2 tahun lalu,Hyung patut halang dia daripada berjumpa dengan ByungHee,”kata Mir.Kedengaran Joon melepaskan keluhan berat.Ternyata SeungHo tetap berdegil untuk mendapatkan ByungHee walaupun dia sendiri tahu bahaya yang akan menimpa lelaki itu.

“Arasso.Gomawo.”Joon menamatkan panggilan telefon itu.Satu keluhan berat dilepaskan sebelum dia mendail nombor telefon milik ByungHee itu.Dia hampa apabila panggilannya itu tidak berjawab.Mungkin ByungHee sedang sibuk dengan kerjanya di agensi itu.Joon bersandar pada kerusinya itu.

“Aku tahu kau takkan tergamak biarkan ByungHee dalam bahaya,SeungHo.Tapi...kau kan tahu bayaran yang harus dibayar kalau kau nak sentiasa dekat dengan ByungHee?Aku tahu...kau takkan tergamak biarkan perkara yang terjadi kepada Sun Mi dulu...akan berulang semula terhadap ByungHee.”Kata Joon,perlahan.

“Dan kau kena ingat...aku sentiasa ada untuk melindungi ByungHee seperti yang aku lakukan terhadap Sun Mi 32 tahun yang lalu,”kata Joon lagi sambil menggenggam erat tangannya.

 

 

 

Imbas kembali:

 

 

“Awak mesti lari dengan Joon sebelum mereka dapat jejaki awak,Sun Mi,”kata SeungHo sambil memegang erat tangan lembut Sun Mi itu.Joon yang berada dalam bentuk fizikal seekor serigala itu sekadar memandang ke arah SeungHo dan Sun Mi.SeungHo memandang ke arah Joon sebelum dia menoleh semula ke arah Sun Mi.

“Tapi awak macam mana?”Soal Sun Mi,suaranya kedengaran sebak.SeungHo sekadar tersenyum nipis.

“Saya akan okey.Awak jangan risau,”kata SeungHo sambil tersenyum.Dia kemudiannya mengusap lembut rambut Sun Mi itu.

“Miane.Saya dah bahayakan nyawa awak,Sun Mi.Kita memang tak patut jumpa sejak dari awal lagi,”kata SeungHo,perlahan.Butir butir jernih mulai mengalir membasahi pipi gebu wanita itu.

“Malam tu,awak sendiri yang nak saya pergi tinggalkan awak.Sebab awak nak selamatkan saya daripada orang kampung awak yang anggap saya ni pembunuh,walaupun awak tahu...saya tak bersalah.Tapi saya tahu,awak buat semua tu sebab awak sayangkan saya.Awak tak nak saya dibunuh oleh orang kampung awak.Dan sekarang ni...saya nak buat perkara yang sama terhadap awak.Awak memang tak patut cari saya lagi selepas kejadian malam tu,Sun Mi.Kita memang tak patut berjumpa lagi,”kata SeungHo.

“Tapi saya kan dah janji yang saya akan jumpa dengan awak juga suatu hari nanti.Sebab tu saya datang sini,sebab saya nak cari awak.Saya nak jumpa dengan awak...sebab saya rindukan awak,SeungHo,”kata Sun Mi,sebak.SeungHo sekadar tersenyum nipis.

“Saya pun.Tapi...saya tak nak bahayakan nyawa awak lagi,Sun Mi.Awak berhak untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik.Lagipun...awak akan lebih selamat kalau Joon ada di sisi awak,”kata SeungHo sambil memandang ke arah Joon.Joon sekadar membisu.

“Tapi kalau saya nak jumpa dengan awak lagi...awak akan bawa saya ke tempat yang selalu kita pergi tu kan?”Soal Sun Mi,penuh mengharap.SeungHo tersenyum sambil angguk.

“Saya janji,”kata SeungHo.Dia kemudiannya menoleh pantas ke belakang,seolah-olah dapat merasakan bahawa puaknya itu semakin hampir dengan mereka.

“Bawa dia pergi dari sini cepat,”kata SeungHo kepada Joon sambil membantu Sun Mi untuk menaiki belakang Joon itu.Sun Mi memeluk erat tubuh Joon itu sambil memandang ke arah SeungHo.

“Awak tahu yang saya tak pernah mungkir janji saya terhadap awak kan?Kalau saya cakap yang kita akan berjumpa lagi...KITA AKAN BERJUMPA LAGI,”kata Sun Mi.SeungHo angguk.

“Sebab tu saya kata...yang saya akan sentiasa pegang dengan janji awak,Sun Mi.Saya akan tunggu awak sampai bila-bila,”kata SeungHo.Sun Mi tersenyum dalam tangis.

“Dah pergi,”kata SeungHo kepada Joon.Joon memandang ke arah SeungHo.Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.

“Tolong jaga Sun Mi,”kata SeungHo.Joon tidak membalas kata-kata SeungHo itu.Sebaliknya dia terus sahaja berlari laju meninggalkan SeungHo di situ sambil membawa Sun Mi dari belakang tubuhnya.

 

 

Itulah pertemuan terakhir antara Sun Mi dan SeungHo.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!