Promise 11

The Promises (Malay Ver.)

“Tapi kenapa mesti aku?Apa yang aku dah buat sampai kau sanggup buat aku macam ni?”ByungHee memberanikan diri untuk menoleh ke arah Cheondung.Cheondung memandang tepat ke arah anak mata ByungHee yang berwarna hazel itu.Senyuman sinis terukir pada bibirnya yang merah merekah itu.Pipi ByungHee itu diusapnya lembut.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dilepasnya perlahan-lahan,seolah-olah sedang menghidu wangian hidangan yang lazat.

“Kalau apa-apa yang terjadi dekat kau selepas ni,kau tak boleh salahkan aku.Oh bukan,kau tak salahkan kami.Sebab semua ni bermula…disebabkan oleh mak kau sendiri,”katanya,separuh berbisik.Jarinya masih lagi dimainkan pada leher ByungHee itu.Seolah-olah sedang menunggu masa untuk diterkam.

“Omma?”Ternyata ByungHee tidak dapat memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Cheondung itu.ByungHee menelan air liurnya.

 

 

“Omma bukan tak izinkan ByungHee untuk pergi bercuti.Cuma omma tak suka kalau ByungHee pergi bercuti ke Seryang-Je tu.Tak ada tempat lain ke yang ByungHee nak pergi?”

 

 

Kata-kata Puan Jung kembali bermain dalam fikirannya.Namun dia tetap tidak dapat menangkap maksud yang tersembunyi di sebalik kata-kata Puan Jung itu.ByungHee memandang ke arah Cheondung.

“Aku tak faham.Aku tak faham apa yang kau cakapkan ni,”katanya.Cheondung tersenyum.Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya pada leher ByungHee,sengaja membiarkan kata-kata lelaki itu tidak berbalas.Dia sudah tidak dapat menahan lagi nafsunya.ByungHee cuba untuk melepaskan tangannya yang berada dalam genggaman Cheondung itu,namun kudrat manusianya itu tidak dapat menandingi kekuatan Cheondung itu.ByungHee memejamkan matanya,berasa gerun dengan tindakan Cheondung yang semakin liar itu.

“Apa kau buat ni?!”

ByungHee terkejut apabila terdengar suara jeritan seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba itu.Cepat-cepat dia membuka matanya semula.Kelihatan SeungHo yang sedang menarik kolar baju Cheondung itu.Wajahnya kelihatan marah sekali.Cheondung pula sekadar tersenyum,tidak langsung gentar dengan SeungHo yang jelas sekali sedang marah kepadanya itu.

“Apa yang kau dah buat dengan dia?”Soal SeungHo.

“Aku hanya mahu selamatkan kawan aku,salah ke?”Balas Cheondung,kasar.

“Aku tahu semua ni Ji Hoon Hyung yang suruhkan?”Soal SeungHo lagi.Cheondung tersenyum lagi.

“Baguslah kalau kau tahu.Memang patut pun lelaki ni mati.Kalau tak…sampai bila-bila pun kau akan jadi hamba kepada manusia yang tak guna ni!”

Sebaik sahaja Cheondung menghabiskan kata-katanya itu,tubuhnya dilemparkan dengan kasar ke tanah.SeungHo berjalan mendekati Cheondung sebelum dia melemparkan lelaki itu sekali lagi ke arah pokok.Cheondung terjatuh semula ke tanah.Dia memandang tajam ke arah SeungHo.

“Kau dah makin lemah,SeungHo.Semua tu dah tak ada apa-apa dah untuk aku,”kata Cheondung,tersenyum mengejek.SeungHo kemudiannya menoleh ke arah ByungHee yang masih lagi terkejut dengan situasi yang sedang berlaku itu.Ternyata identitinya juga sudah diketahui oleh ByungHee.Pastinya lelaki itu takut untuk dekat dengannya lagi.

“Pergi dari sini dan jangan datang lagi,”kata SeungHo,perlahan.ByungHee memandang ke arahnya.

“Pergi!”Jerkah SeungHo.ByungHee terkejut dengan jerkahan lelaki itu.Perlahan-lahan,dia cuba bangun dari situ,untuk beredar dari tempat itu.SeungHo masih lagi memandang ke arahnya.ByungHee kemudiannya berjalan meninggalkan kawasan itu.Kakinya seolah-olah lemah untuk terus melangkah.Semua yang berlaku itu begitu sukar untuk diterima oleh akal fikirannya.Nafasnya kedengaran tercungap-cungap.Langkahnya menjadi longlai.Pandangannya pula mulai kabur sehinggalah kakinya tersadung pada akar pokok yang besar itu.ByungHee mengaduh kesakitan.Dadanya berombak kencang apabila melihat darah yang mulai mengalir dari betisnya itu,seperti baru dicucuk oleh sesuatu yang tajam.

Cheondung segera menoleh ke arah ByungHee yang masih tidak jauh dari tempatnya itu.Matanya berubah merah pekat.SeungHo yang menyedari perubahan Cheondung itu mulai bimbang.Cepat-cepat dia menghalang Cheondung yang mulai bergerak pantas ke arah ByungHee itu.

“Cheondung ah!!!”Jerit SeungHo,cuba mengejar Cheondung dari belakang.ByungHee cuba menggagahkan dirinya untuk bangun apabila melihat kelibat Cheondung yang semakin dekat dengannya itu.

SeungHo segera menghalang Cheondung daripada terus menerkam ke arah ByungHee itu.

“Lepaskan aku!!!”Cheondung cuba melepaskan dirinya daripada SeungHo.

“Lepas!!!”Jerit Cheondung lagi.Kali ini dia berjaya menolah tubuh SeungHo sehingga membuatkan tubuh lelaki itu terhentak pada sebatang pokok.Cheondung terus menerkam ke arah ByungHee yang sedang kesakitan itu.

“Kali ni aku takkan lepaskan kau,”katanya sambil tersenyum puas.Dia mendekatkan bibirnya pada leher ByungHee.Kelihatan jelas gigi taringnya yang tajam itu yang sudah bersedia untuk dibenamkan pada kulit mangsanya itu.

“Argh!!!!”

ByungHee menjerit kesakitan apabila lehernya itu digigit oleh Cheondung dengan kuat.

“ByungHee ah!!!”SeungHo cuba menolah tubuh Cheondung namun ternyata kekuatan Cheondung yang luar biasa itu tidak dapat ditandingi oleh SeungHo.Anak mata ByungHee yang berwarna hazel itu mulai tidak kelihatan.Wajahnya mulai berubah pucat.

Kelakuan Cheondung itu terhenti apabila tubuhnya ditolak kasar oleh seekor serigala yang lebih besar saiznya daripadanya itu.Cheondung jatuh tersungkur di atas tanah.Cheondung kemudiannya melarikan dirinya apabila dia dikejar oleh beberapa ekor serigala yang lain.Serigala yang menyerang Cheondung itu segera berjalan mendekati ke arah ByungHee yang sedang terbaring lemah itu.Perlahan-lahan tubuh serigala itu berubah menjadi seorang manusia semula.Joon segera menerpa ke arah ByungHee.Badan lelaki itu kelihatan terketar-ketar.Anak matanya pula mulai tidak kelihatan.

“ByungHee yah!!”Joon cuba menggerakkan tubuh ByungHee namun lelaki itu tetap seperti tadi.Joon kemudiannya memandang ke arah SeungHo yang berdiri tidak jauh dari situ.Kemarahannya terhadap lelaki itu tetap tidak pernah terpadam.Joon menoleh semula ke arah ByungHee yang sedang terbaring itu.

“Tolong keluarkan bisa tu,”kata Joon sambil memandang ke arah SeungHo.SeungHo masih lagi diam seperti tadi.

“Tolonglah!Aku merayu dekat kau.Kau saja yang boleh tolong dia sekarang ni!”Kata Joon lagi.Suaranya kedengaran sebak.

“Ani…aku tak boleh buat,”kata SeungHo,perlahan.

“Kau nak dia mati ke?!”Balas Joon.SeungHo memandang ke arahnya sebelum pandangannya dialihkan ke arah ByungHee.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah ByungHee yang sedang terbaring itu.Kepala ByungHee itu diangkatnya sedikit supaya lehernya yang digigit oleh Cheondung itu dapat dilihat jelas olehnya.Joon memandang ke arahnya.

“Benda ni pernah terjadi kepada Sun Mi.Aku yakin kau masih boleh buat perkara yang sama terhadap ByungHee,”kata Joon.SeungHo tidak menoleh ke arahnya.Wajah Sun Mi yang kesakitan itu mulai terbayang pada wajah ByungHee itu.Tanpa menunggu lebih lama lagi,SeungHo segera meletakkan bibirnya pada kesan gigitan Cheondung di leher ByungHee itu.Dia berusaha untuk mengeluarkan semula bisa gigitan Cheondung itu daripada tubuh ByungHee.Joon sekadar memerhati.Bibirnya mulai menguntum senyuman lega apabila melihat keadaan ByungHee yang mulai pilih itu.

“SeungHo yah…semua bisa tu dah keluar,”kata Joon,cuba menghentikan kelakuan SeungHo itu.Ternyata agak sukar untuk menghentikan kelakuan lelaki itu seolah-olah dia sedang melepaskan giannya terhadap darah manusia itu.Joon kemudiannya cuba menolak tubuh SeungHo.

“Cukup!Kalau tak dia akan mati!”Kata Joon.SeungHo bagaikan tersedar dari lena sebaik sahaja tubuhnya ditolak kasar oleh Joon itu.Matanya tertumpu ke arah ByungHee yang mulai pulih itu.

“ByungHee yah…”Joon cuba menggerakkan tubuh ByungHee.ByungHee sekadar memandang kosong ke arahnya.Matanya kelihatan kuyu.Pandangannya masih lagi kabur,tidak dapat melihat dengan jelas.Nafasnya kedengaran tercungap-cungap.

“Joon ah?”Balasnya perlahan.Joon menguntum senyuman lega.Ternyata keadaan ByungHee sudah berjaya dipulihkan.Joon memandang ke arah SeungHo sambil tersenyum.ByungHee kemudiannya memandang ke arah SeungHo sebelum matanya terpejam secara perlahan-lahan.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!