Promise 29

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee teragak-agak untuk membuka pintu biliknya itu.Dia menelan air liurnya.Tangannya sudah pun memegang tombol pintu biliknya itu.

“Kalau saya beritahu awak siapa saya sebenarnya,adakah awak akan benarkan saya untuk berada di sisi awak seperti yang berlaku sebelum ni?”

ByungHee memejamkan matanya rapat sambil menggeleng kepalanya laju.Dia cuba untuk melupakan kejadian yang berlaku antaranya dengan SeungHo pada malam semalam.ByungHee menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembusnya perlahan-lahan.Dia kemudiannya memusingkan tombol pintu biliknya itu.Dibukanya sedikit pintu biliknya itu sambil mengintai suasana sekitar luar biliknya itu.Jelas sekali kelibat SeungHo tidak berada di situ.ByungHee melepaskan nafas lega.Dia menguntum senyuman lega sambil melangkah keluar dari biliknya dengan hati yang senang.

“Awak nak pergi mana?”

Mata ByungHee terbuntang luas apabila mendengar suara seorang lelaki yang menegurnya dari belakang itu.Kakinya menjadi kaku untuk terus melangkah.SeungHo yang sedang berdiri di belakangnya itu sekadar tersenyum sebelum dia berjalan mendekati ke arah lelaki itu.Belum sempat dia menyentuh bahu ByungHee,serta-merta ByungHee memusingkan tubuhnya sebelum menjauhkan dirinya daripada SeungHo.ByungHee memegang lehernya dengan kedua-dua tangannya itu.

“Yah...saya memang benarkan awak untuk tinggal di sini,tapi awak jangan cuba sesekali untuk dekati saya,faham?”Soal ByungHee,takut-takut.SeungHo yang melihat kelakuan ByungHee itu sekadar tertawa,geli hati dengan kelakuan ByungHee yang lucu itu.

“Awak pun tahu kan yang saya takkan sesekali cederakan awak?Kenapa awak nak takut dengan saya pula?”Soal SeungHo.ByungHee tidak menjawab pertanyaan SeungHo itu.Dia hanya memandang ke arah lelaki berwajah pucat itu.SeungHo berjalan mendekati ke arahnya manakala ByungHee pula mengundurkan dirinya daripada SeungHo sehinggalah tubuhnya bersandar pada dinding.ByungHee menelan air liur apabila melihat SeungHo yang sudah pun berdiri dekat dengannya itu.

“Saya tahu yang awak sebenarnya tak takut dengan saya,ByungHee,”kata SeungHo,separuh berbisik.ByungHee sekadar membisu.

“Kalau awak takut,awak takkan benarkan saya untuk berada dekat dengan awak macam ni,”kata SeungHo lagi.ByungHee memandang tepat ke arah anak mata SeungHo yang berwarna merah pekat itu.

“Awak sendiri yang cakapkan...yang awak hanya nak melindungi saya daripada gangguan puak awak sendiri?”Soal ByungHee pula.

“Jadi saya hanya benarkan awak untuk melindungi saya...dan keluarga saya.Bukannya lebih dari tu.Sampai waktunya nanti,awak mesti pergi dari sini,”kata ByungHee.Dia kemudiannya cuba menjauhkan dirinya daripada SeungHo,berura-ura mahu beredar dari situ.SeungHo sekadar tersenyum.

“Saya suka tengok mata hazel awak,ByungHee,”kata SeungHo.Langkah ByungHee terhenti.SeungHo menoleh ke arahnya.

“Mata awak sangat mirip dengan Sun Mi.”Kata SeungHo lagi.ByungHee tersenyum nipis.

“Saya tak tahu apa yang awak cakapkan,SeungHo,”balas ByungHee.Dia kemudiannya memandang ke arah SeungHo.

“Sebab saya tak pernah jumpa dengan dia,”kata ByungHee.SeungHo terdiam mendengar kata-kata ByungHee itu.ByungHee mulai melangkah beredar dari situ.

“Saya tahu saya salah.Tapi bukan saya yang menyebabkan kematian ibu awak,ByungHee,”kata SeungHo.ByungHee sekadar tersenyum.

“Tapi...semua ni takkan terjadi kalau awak tak jalinkan hubungan dengan Sun Mi kan?”Balas ByungHee.Lidah SeungHo kelu untuk bersuara.

“Ye Jin tak sepatutnya terlibat dalam hal ni.Dia tak patutnya terkorban disebabkan kesalahan yang dia langsung tak buat,”kata ByungHee,perlahan.SeungHo sekadar memandang ke arahnya.

“Awak sendiri dengar kan semalam?Sekarang nyawa omma pula yang menjadi taruhan dan saya takkan benarkan semua tu terjadi lagi.Kalau mereka memang nakkan saya,saya akan serah diri.Dan waktu tu...tugas awak untuk melindungi saya dah berakhir.Awak boleh pergi dari sini,”kata ByungHee.SeungHo segera memegang tangan ByungHee apabila lelaki itu mahu beredar dari situ.ByungHee menoleh ke arahnya.

“Apa gunanya saya melindungi awak kalau awak nak menggadaikan nyawa awak sendiri?Saya dah berjanji dengan awak yang saya akan melindungi awak dari mereka semua,”kata SeungHo.

“Dengan mengorbankan nyawa orang lain?”Balas ByungHee.SeungHo terdiam.

“Saya...saya tahu saya tak layak nak salahkan awak dalam hal ni.Perkara tu dah terjadi.Kalau ini memang nasib saya untuk menanggung kesalahan yang ibu saya sendiri buat,saya akan tanggung.”Kata ByungHee.Dia melepaskan tangan SeungHo yang memegang tangannya itu.ByungHee kemudiannya menguntum senyuman manis.

“Saya pergi kerja dulu,”kata ByungHee.SeungHo melepaskan keluhan berat.

“Saya yang salah dalam hal ni,ByungHee.Bukannya salah Sun Mi...apatah lagi salah awak.Apa yang awak cakapkan tu betul.Saya tak patut ada hubungan dengan ibu awak.Dan saya memang tak patut cari awak.Semua ni takkan terjadi kalau saya tak berkeras untuk mencari awak,ByungHee,”kata SeungHo.ByungHee sekadar membisu.

“Saya balik lambat malam ni.Mungkin lagi lambat dari biasa,”kata ByungHee,sebelum dia beredar meninggalkan SeungHo di situ.SeungHo melepaskan keluhan berat.

 

ByungHee meneguk segelas wine sambil diperhatikan oleh Tae Yeon yang sedang duduk di sebelahnya itu.Tae Yeon turut runsing melihat keadaan ByungHee yang serabut itu.

“Oppa...gwenchana?Oppa dah minum banyak ni,”kata Tae Yeon,bimbang.ByungHee tidak menjawab pertanyaan wanita itu.Sebaliknya dia terus menuangkan lagi wine ke dalam gelasnya itu.Namun niatnya untuk meneguk minuman itu terhenti apabila gelas itu diambil oleh Tae Yeon.ByungHee menoleh ke arah Tae Yeon.

“Cukup.Oppa dah minum banyak sangat ni,”kata Tae Yeon.ByungHee kemudiannya mengambil botol berisi wine itu sebelum diteguknya.Mata Tae Yeon membulat apabila melihat kelakuan ByungHee itu.

“Oppa!”

“Apa?”Balas ByungHee,tidak senang dengan gangguan daripada Tae Yeon itu.

“Kenapa ni,oppa?Kalau oppa ada masalah,oppa beritahulah Tae Yeon,”kata Tae Yeon.ByungHee sekadar tersenyum.

“Kalau oppa beritahu pun...Tae Yeon takkan percaya,”kata ByungHee.

“Oppa cerita sajalah.Sekurang-kurangnya Tae Yeon boleh dengar masalah oppa,”kata Tae Yeon.ByungHee menoleh ke arahnya.

“Apa yang Tae Yeon akan buat...kalau Tae Yeon tinggal serumah dengan..”ByungHee berhenti seketika.Tae Yeon terus menunggu kata-kata daripadanya.ByungHee melepaskan keluhan kecil.

“Gwenchana...oppa Cuma penat,”kata ByungHee,membatalkan niatnya untuk meneruskan kata-katanya itu.ByungHee kemudiannya bangun dari tempat duduknya itu sebelum dia berjalan menuju ke ruang tari di dalam kelab itu.Tae Yeon sekadar memerhatikannya dari situ.

“Apa yang dia cuba sampaikan?”Soalnya sendiri.

 

 

Langkah Cheondung terhenti apabila merasakan dirinya sedang diekori dari belakang.Bibirnya menguntum senyuman nipis.

“Kamu berdua ni memang tak penat ikut aku kan?”Soal Cheondung sambil memusingkan tubuhnya ke belakang.Kelihatan Joon dan Mir sedang berdiri agak jauh darinya.

“Dah ternyata yang kamu berdua takkan dapat mengalahkan aku.Kenapa kamu berdua tetap berdegil nak lindungi manusia tu dari aku?”Soal Cheondung.

“Kau kan tahu yang aku takkan sesekali lepaskan kau kalau aku tahu yang kau cuba sentuh ByungHee walaupun sehelai rambut?”Soal Joon,menahan marahnya.Cheondung memuncungkan mulutnya.

“Aww...takutnya.Tapi semalam aku dah tersentuh dia lebih dari tu.Apa yang kau nak buat dengan aku ekh?Takutnya,”kata Cheondung,sengaja memprovok Joon.

“Kau jangan cabar kami,Cheondung.Kami boleh serang kau bila-bila masa saja yang kami nak,”kata Mir pula.Cheondung tersenyum sinis ke arahnya.

“Sebelum kau serang aku...aku akan pastikan kau mati dulu,Mir.Jadi mudahlah untuk aku dapatkan kembali Tae Yeon yang kau dah rampas dari aku,”kata Cheondung.Mir turut tersenyum sinis.

“Kita akan tengok nanti,”kata Mir.

“Teruskanlah melindungi manusia tak guna tu.Usaha kamu semua akan sia-sia saja nanti.Lagipun...kamu berdua pun tahu kan...yang Ji Hoon Hyung takkan sesekali lepaskan ByungHee kali ni.Satu masa nanti...ByungHee akan datang sendiri kepada kami,”kata Cheondung sebelum dia terbang meninggalkan Joon dan Mir di situ.Joon menggenggam tangannya.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!