Promise 27

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee terkejut apabila melihat sarapan pagi yang tersedia di atas meja itu.Matanya beralih ke arah SeungHo yang sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur itu.Perlahan-lahan,dia berjalan ke arah meja itu untuk melihat makanan yang disediakan oleh SeungHo dengan lebih rapat.

“Selamat pagi.”

ByungHee mendongak.Kelihatan SeungHo sedang tersenyum manis ke arahnya sambil meletakkan masakannya di atas meja.Senyuman SeungHo kian lebar apabila melihat wajah ByungHee yang penuh tanda tanya itu.

“Saya tengok peti ais awak kosong, tak ada banyak makanan.Sebab tu saya pergi beli dan buatkan sarapan untuk kita berdua,”kata SeungHo.ByungHee sekadar mengangguk.

“Duduklah.Kita makan sama-sama,”kata SeungHo,sambil tersenyum.Namun,ByungHee masih lagi kaku di situ.SeungHo kemudiannya berjalan ke arah ByungHee sebelum dia menarikkan kerusi bagi membolehkan ByungHee duduk di atasnya.ByungHee sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu terhadapnya.Dia melihat ke arah SeungHo yang mulai duduk di hadapannya itu.

“Makanlah,”kata SeungHo.Perlahan-lahan,ByungHee mengambil sudu di atas meja itu.Makanan yang berada di atas meja itu diperhatinya.

“Rasalah dulu.Saya tahulah yang saya ni tak pandai masak sangat,”kata SeungHo,sambil tersenyum.

“Em...bukan macam tu.Saya Cuma...saya Cuma dah lama tak makan sarapan sejak saya mula kerja ni.Jadi...saya rasa tak biasa,”kata ByungHee.

“Kenapa?”Soal SeungHo,ingin tahu.ByungHee tersenyum nipis.

“Sebab selalunya...omma saya yang selalu sediakan sarapan.Tapi,sejak omma berada di luar Negara ni,saya dah jarang makan sarapan macam ni,”kata ByungHee.SeungHo sekadar tersenyum.

“Em...kalau macam tu,mulai hari ni biar saya yang sediakan sarapan untuk awak,okey?”Cadang SeungHo.ByungHee memandang ke arahnya.Perlahan-lahan,dia menguntum sneyuman manis ke arah lelaki itu sambil mengangguk.

“Saya dah banyak menyusahkan awak,SeungHo.Saya harap saya boleh balas jasa awak selama ni,”kata ByungHee perlahan.SeungHo tersenyum lagi sambil menggosok lembut rambut ByungHee yang berwarna perang itu.Mata ByungHee membulat.

“Aigoo...tak payah nak berdrama la,ByungHee.Kita kan kawan?Saya gembira sebab dapat tolong awak,”kata SeungHo.ByungHee memandang ke arahnya.

“Kawan?”Soal ByungHee.SeungHo angguk perlahan.

“Ya.Kita kawan.Lagipun...saya dah lama cari kawan macam awak,”balas SeungHo.ByungHee menundukkan wajahnya.SeungHo sekadar memerhatikannya.

“Tapi...saya ni dah banyak menyusahkan awak,SeungHo.Sejak dari kali pertama kita berjumpa di Seyang-Je lagi,”kata ByungHee,perlahan.

“Awak...Joon...awak berdua memang dah banyak tolong saya.Saya tak dapat bayangkan kalau saya hidup tanpa awak berdua di sisi saya,”kata ByungHee.SeungHo sekadar mendengar.

“ByungHee yah...”

ByungHee sedikit terkejut apabila mendengar namanya yang disebut oleh SeungHo itu.Entah mengapa,dia seperti pernah mendengar suara itu sebelum ini.Dia memandang ke arah SeungHo.Kelihatan SeungHo juga sedang memandang ke arahnya.Sebuah senyuman terukir pada bibir SeungHo yang merah merekah itu.

“Saya sebenarnya sangat gembira sebab dapat bertemu dengan awak,ByungHee.Sedikit pun saya tak pernah rasa awak ni seorang yang menyusahkan,”kata SeungHo.Dia kemudiannya menghulurkan makanannya kepada ByungHee.

“Dah,makan.Nanti awak lambat nak pergi kerja,”kata SeungHo.ByungHee tersenyum ke arahnya sebelum dia menjamah sedikit makanan yang disediakan oleh SeungHo itu.Senyumannya semakin lebar sambil memandang ke arah SeungHo.

“Sedap,”puji ByungHee.SeungHo yang sedang melihat ke arahnya itu turut tersenyum.

“Saya akan sentiasa berada di sisi awak,ByungHee.Saya takkan biarkan mereka sakiti awak lagi,”bisik hati SeungHo.Matanya masih tidak lepas dari memandang ke arah ByungHee itu.

 

 

“Selalunya awak balik pukul berapa?”Soal SeungHo,sambil memandang ke arah ByungHee yang sudah berada di dalam kereta itu.

“Tak tentulah.Kadang-kadang balik awal...kadang-kadang balik lambat.Awak kerja malam kan?”Soal ByungHee pula.SeungHo angguk.

“Tak apalah.Kalau ada apa-apa masalah nanti,awak call saya,okay?”Kata ByungHee sebelum dia menghidupkan enjin keretanya itu.SeungHo angguk lagi.

“Okeylah.Saya pergi dulu.Em...terima kasih untuk sarapan tadi,”kata ByungHee sambil tersenyum.Dia kemudiannya memandu keretanya meninggalkan SeungHo keseorangan di situ.SeungHo terus memerhatikan kereta yang dipandu ByungHee itu sehinggalah bayangan kereta itu hilang dari pandangan matanya.

 

“Apa yang kita perlu buat sekarang ni,SeungHo?”

SeungHo menoleh ke belakang.Kelihatan Tae Yeon sedang berdiri di belakangnya dengan riak wajah bimbang.Dia melepaskan keluhan kecil , dia sudah dapat menjangkakan kemunculan Sang Hyun atau Cheondung di bandar itu.

“Saya takut kalau ByungHee diapa-apakan Cheondung nanti.Saya nak cuba bertndak tapi tak boleh.Saya tak boleh biarkan identiti saya terbongkar dalam khalayak ramai.Kalau tak,makin sukar untuk saya berada dekat dengan ByungHee,”kata Tae Yeon,bimbang.SeungHo sekadar membisu.

“Kami akan sentiasa memerhatikan ByungHee.Awak tak perlu bimbang,”kata Mir,yang tiba-tiba muncul itu.Tae Yeon menoleh ke arah Mir sebelum dia mengalihkan pandangannya semula.Mir memandang ke arah wanita itu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah SeungHo.

“Kali ni,Cheondung takkan terlepas.Kami akan terus bertindak kalau dia cuba untuk cederakan ByungHee lagi selepas ni,”kata Mir lagi.SeungHo memandang ke arah Joon yang sedang berdiri di belakang Mir itu.Lelaki itu memandang tajam ke arahnya sebelum dia beredar dari situ menuju ke suatu tempat.Langkah Joon itu diekori oleh SeungHo dari belakang.

Joon berdiri membelakangi SeungHo yang sedang berdiri di belakangnya itu.SeungHo yang sememangnya boleh membaca fikiran lelaki serigala itu sekadar tersenyum.

“Nampaknya perasaan cemburu kau semakin kuat,”kata SeungHo,mengejek.Joon sekadar tergelak kecil sebelum dia menoleh ke arah SeungHo.

“Boleh tak kalau kau cuba kawal diri kau dari membaca fikiran aku?”Soal Joon.SeungHo tersenyum lebar.

“Kau lebih risaukan keselamatan ByungHee ataupun...kau lebih risaukan yang hubungan aku dengan ByungHee akan lebih akrab sepanjang ketiadaan kau di sisi dia lepas ni?”Soal SeungHo,sengaja memprovok Joon.Joon sekadar tergelak kecil sebelum dia menarik kolar baju SeungHo itu.SeungHo memandang tepat ke arah anak mata Joon itu.

“Aku rasa yang kau masih lagi tak faham dengan situasi yang sedang berlaku sekarang ni,SeungHo.Kerana kau...ByungHee dalam bahaya.Dan kau mesti ingat...semuanya berpunca dari hubungan kau dengan Sun Mi 32 tahun yang lalu.Kau tak patut mendekati Sun Mi sejak dari awal lagi.Jadi semua ni takkan berlaku.ByungHee sepatutnya dapat menjalani hidup yang selamat...bukannya menjadi buruan pemakan darah manusia macam kau!”Kata Joon sebelum dia melemparkan tubuh SeungHo di atas lantai.SeungHo sekadar membalasnya dengan senyuman sinis.

“Ternyata perasaan cemburu kau sedikit pun tak pernah terpadam,Joon.Dulu...Sun Mi lebih nampak kehadiran aku daripada kau.Dan sekarang...ByungHee pula dah mula selesa untuk berkawan dengan aku sejak ketiadaan kau di sini,”kata SeungHo.Joon mengetap bibirnya.Dia cuba menahan perasaan marahnya itu.

“Aku dah tak peduli dengan perasaan kau...dan niat kau terhadap ByungHee lagi,SeungHo.Aku Cuma nak kau sedar yang ByungHee...bukannya jelmaan Sun Mi.Dia dan Sun Mi bukannya orang yang sama.Sun Mi dah lama mati.Aku rasa kau mesti tahu...yang Sun Mi mesti tak mahu melihat ByungHee dalam keadaan bahaya macam sekarang ni.Dia mesti nak ByungHee jalani kehidupan macam orang lain.”Kata Joon.SeungHo sekadar membisu.

“Tinggalkan tempat ni dan lupakan ByungHee.Kau patut kembali kepada tempat asal kau,SeungHo.”Kata Joon lagi.SeungHo sekadar tersenyum.

“Kau suruh aku tinggalkan ByungHee.Bagaimana pula dengan kau?Sampai bila kau nak berada di sisi ByungHee?”Soal SeungHo.Dia menolak rambutnya yang menutupi dahi itu.

“Kau pun masih tak dapat lupakan Sun Mi juga kan?Sebab tu kau sanggup habiskan hidup kau semata-mata untuk melindungi ByungHee dari aku.Katakan sajalah,Joon.Kau bukannya nak lindungi ByungHee dari Cheondung ataupun puak puntianak yang lain.Tapi kau lindungi dia sebab kau tak nak aku dekati dia.Kau tak nak aku ada sebarang ikatan dengan ByungHee,seperti yang terjadi antara aku dengan Sun Mi sebelum ni,”kata SeungHo.Pandangan mereka bertembung antara satu sama lain.Joon kemudiannya mengukir senyuman sinis.

“Baguslah kalau kau tahu.Aku rasa kau dah faham.Jadi,aku tak perlu nak cakap panjang lagi dengan kau.Kau pun dah tahu apa yang perlu kau buat kan?Tinggalkan tempat ni...dan lupakan ByungHee,”kata Joon.

“Animida.”

Joon menoleh ke arah SeungHo apabila lelaki itu tetap tidak bersetuju dengan kata-katanya itu.

“Kalau kau berada di sisi ByungHee semata-mata untuk melindungi ByungHee dari aku...jadi aku akan berada di sisi dia untuk melindungi dia daripada puak aku sendiri,”kata SeungHo sebelum dia beredar meninggalkan Joon berseorangan di situ.Joon melepaskan dengusan kasar.

“Kau memang degil,SeungHo.”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!