Promise 1

The Promises (Malay Ver.)

"Saya janji...kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti."

"Saya akan pegang janji awak,Sun Mi."

"Saya janji."

 

 

30 tahun kemudian...

 

 

 Joon terkejut apabila menyedari cahaya putih yang menyilaukan matanya itu muncul secara tiba-tiba.Dia kemudiannya menoleh ke arah belakangnya.

"Yah!"Marahnya.Kedengaran gelak tawa kecil seorang lelaki yang berdiri di belakangnya itu.Lelaki itu kemudiannya menarik kerusi di hadapan  Joon itu sebelum dia duduk di atasnya.Dia meletakkan kameranya itu di atas meja Lee Joon yang penuh dengan kertas dan buku-buku itu.

"Sejak bila kau jadi rajin sangat ni?"Soal ByungHee sambil melihat kertas-kertas nota yang ditulis sendiri oleh Joon itu. Joon yang bercermin mata itu tidak menoleh ke arahnya sebaliknya kusyuk menyiapkan kerja-kerjanya yang tertangguh itu.

"Jangan kacaulah,Hyung.Joon tengah sibuk ni,"kata Joon,enggan diganggu oleh ByungHee.ByungHee sekadar tersenyum sambil mengambil semula kamera kesayangannya itu.Dia melihat semula gambar-gambarnya yang ditangkapnya sebentar tadi.Dia kemudiannya menunjukkan salah satu gambar yang ditangkapnya itu kepada Joon.

"Hyung!!!Padam balik gambar tu!"Marah Joon,tidak puas hati apabila melihat gambarnya yang ditangkap oleh ByungHee itu.ByungHee ketawa besar sambil menggeleng.

"Mana boleh.Gambar ni boleh jadi harta paling berharga dalam koleksi Hyung,"kata ByungHee sambil mengangkat kening kanannya berkali-kali.Joon memandangnya tajam tetapi langsung tidak diendahkan oleh ByungHee.

"Hyung ni...relaks sangat je Joon tengok.Tak nak belajar ke?Exam dah nak dekat ni,"kata Joon,menyambung semula kerjanya yang tertangguh itu.ByungHee sekadar memuncungkan mulutnya sambil menggeleng.

"Malaslah.Hyung dah ingat semua dah.Malas nak buka buku balik,"kata ByungHee,selamba.

"Untunglah sebab otak Hyung tu memang macam scanner machine tahu tak?Dengar sekali apa yang lecturer cakap,semua Hyung dapat tangkap,"kata Joon,cemburu.ByungHee sekadar tersenyum.

"Eh,Joon."ByungHee cuba mengganggu Joon yang sedang tekun mengulangkaji itu.Kedengaran Joon melepaskan keluhan kecil.

"Apa lagi,Hyung?"Soal Joon,malas.

"Lepas ni...kita cuti lama kan?So...Hyung ingat nak ajak Joon bercuti dengan Hyung,"cadang ByungHee.Joon memandang ke arahnya.

"Nak pergi mana,Hyung?"Soal Joon,ingin tahu.ByungHee tersenyum ke arahnya tanpa menjawab pertanyaan rakan sekelasnya itu.

 

 

ByungHee melangkah masuk ke dalam rumahnya sebelum dia duduk di atas sofa sambil melepaskan nafas panjang.Hari itu hari yang amat memenatkan baginya.Peperiksaan akhirnya semakin hampir maka kelas tambahan juga semakin banyak.ByungHee meletakkan lengan kanannya pada dahinya.Dadanya berombak perlahan.

"ByungHee yah~~~"

ByungHee segera membuka matanya.Dia menoleh ke kiri dan kanannya,cuba mencari gerangan orang yang memanggil namanya itu.Namun tiada kelibat orang yang kelihatan.

"ByungHee yah~~~"

Sekali lagi dia mendengar suara yang sama memanggil namanya itu.Dia mulai bangun dari tempat duduknya itu.Perlahan-lahan,dia mencapai pemukul besbol sebagai langkah berjaga-jaga.

"Siapa tu?"Soalnya,mulai bimbang.Matanya melilau mencari kelibat yang memanggil namanya itu.

"Siapa tu?"Sekali lagi dia mengulangi soalannya.Namun soalannya itu dibiarkan sepi.ByungHee menelan air liur.Perhatiannya teralih apabila terdengar ketukan pada pintu rumahnya itu.Ketukan pada pintu itu semakin lama semakin kuat.Sekali lagi dia menelan air liurnya.Bermacam-macam andaian sedang bermain dalam fikirannya ketika itu.Perlahan-lahan,dia berjalan mendekati ke arah pintu rumahnya itu.Tombol pintu itu dicapainya sebelum dipusingnya.

"Omma..."ByungHee melepaskan nafas lega apabila melihat ibunya yang sedang berdiri di luar pintu rumahnya itu.

"Yelah,ni omma.Habis tu,siapa lagi?"Soal ibunya,Puan Jung.ByungHee kemudiannya mengeluarkan sedikit kepalanya,untuk melihat sekiranya ada orang lain yang turut bersama dengan ibunya ketika itu.Puan Jung memandangnya,hairan.

"Kamu ni kenapa,ByungHee?Omma tengok kamu ni lain macam je,"soal ibunya.ByungHee menoleh semula ke arahnya.

"Omma,omma...omma balik seorang je ke?"Soal ByungHee,ingin tahu.

"Yelah.Selalu kan memang omma balik seorang,"kata ibunya,yang langsung tidak mengesyaki apa-apa itu.Puan Jung menggantung kot tebalnya pada penggantung baju yang terletak berhampiran dengan pintu rumahnya itu.ByungHee menutup pintu rumah itu sebelum dikuncinya.Puan Jung menoleh semula ke arah anak lelaki tunggalnya itu.

"Kenapa pegang pemukul besbol tu?"Soal Puan Jung.Cepat-cepat Byung Hee meletakkan semula pemukul besbol itu pada tempatnya semula.

"Tak ada apa,omma,"balas ByungHee.Puan Jung sekadar menggelengkan kepalanya.Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah bilik tidurnya.

"Em...omma."

Puan Jung menoleh semula ke arahnya.

"Tadi...tadi omma ada panggil nama ByungHee ke?"Soal ByungHee,inginkan kepastian.Puan Jung diam seketika sebelum dia menganggukkan kepalanya.

"Kenapa?"Soal ibunya pula.

"Tak ada apa-apalah,omma.Omma masuklah bilik dulu.Nanti ByungHee sediakan makan malam,"kata ByungHee.Puan Jung tersenyum ke arahnya sebelum dia beredar meninggalkan ByungHee di ruang tamu itu.ByungHee melepaskan keluhan berat.Walaupun ibunya turut memanggil namanya sebentar tadi,namun dia tetap yakin...suara yang didengarinya sebentar tadi itu bukanlah suara ibunya.Suara yang memanggilnya sebentar tadi adalah milik seorang lelaki yang langsung tidak pernah didengarinya sebelum ini.Suara bisikan itu masih lagi terngiang-ngiang dalam fikirannya.ByungHee pantas menggelengkan kepalanya,seolah-olah cuba menghilangkan suara bisikan yang mengganggunya itu.

 

Puan Jung memandang ke arah ByungHee yang sedang sibuk menyediakan makan malam itu.Entah mengapa kelakuan ByungHee pada malam itu kelihatan berbeza sekali.Kebiasaannya anak lelaki tunggalnya itu akan berbual dengannya namun tidak pada malam itu.Bagaikan ada sesuatu yang menganggu fikiran anak lelakinya itu.

"ByungHee yah,"panggilnya,lembut.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Ne,omma,"balas ByungHee.

"Kenapa diam ni?Ada masalah dekat kolej ke?"Soal Puan Jung,prihatin.ByungHee pantas menggelengkan kepalanya.

"Ani...waeyo?"Soal ByungHee pula.

"Betul ni?Tak nak cerita masalah ByungHee tu dengan omma?"Soal Puan Jung lagi.ByungHee tersenyum ke arahnya sambil menghidangkan makanan yang disediakannya itu kepada ibunya.Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan ibunya.

"Macam mana ByungHee nak cerita dekat omma kalau ByungHee memang tak ada masalah yang ByungHee nak cerita dekat omma,"katanya.Puan Jung memandang ke arah masakan yang disediakan oleh ByungHee itu,Bibirnya menguntum senyuman manis.Terharu dengan layanan anak lelakinya itu walaupun dialah yang sepatutnya menyediakan makan malam untuk mereka dua beranak.

"Belajar okey?'Soal Puan Jung.ByungHee angguk.

"Omma ni macam tak tahu je yang ByungHee ni top student dekat kolej.Mestilah semua okey,"kata ByungHee,mendabik dada.Puan Jung mencebik.

"Top student top student juga.Belajar kena belajar juga.Jangan sibuk main dengan kamera je,"kata Puan Jung.ByungHee tersenyum lebar.

"Arasso.Dah omma,jom kita makan.ByungHee dah lapar,"kata ByungHee sebelum dia menikmati makan malam yang disediakannya sendiri itu.Puan Jung masih lagi memandang ke arah anaknya itu.Dia yakin ByungHee sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!