Promise 4

The Promises (Malay Ver.)

2 minggu berlalu…

 

 

Joon menoleh ke arah ByungHee yang sedang kusyuk memandu kereta itu sambil bersiul kecil.Kedua-dua mereka kelihatan segak dan tampan walaupun berpenampilan ringkas.ByungHee pula kelihatan begitu gembira apabila impiannya untuk bercuti ke Seryang-Je itu tercapai walaupun asalnya,permintaannya itu ditentang oleh ibunya.

“Hyung…”

“Hyung janji yang kita akan duduk dekat situ sekejap je,okey?Lepas seminggu kita pergi tempat lain pula,”kata ByungHee,memintas kata-kata Joon itu.Joon melepaskan keluhan kecil.Jauh di sudut hatinya itu,dia berasa bersalah terhadap Puan Jung.Puas wanita itu memesan kepadanya supaya menghalang ByungHee daripada menjejakkan kaki ke Seryang-Je itu,namun kedegilan ByungHee itu mengatasi segala-galanya.Apa yang lebih penting,kehadiran mereka ke Seryang-Je itu langsung tidak diketahui oleh Puan Jung yang sedang berada di Seoul itu.Pendek kata,ByungHee telah berbohong dengan ibunya sendiri.

“Omma…miane,”bisik hatinya,sambil menumpukan perhatian terhadap pemanduannya itu.Joon pula mengalihkan semula perhatiannya daripada ByungHee.Dia memerhatikan pemandangan sekeliling.Dia akui Seryang-Je merupakan sebuah tempat yang sangat cantik.Keindahan alam semula jadi masih lagi dikekalkan,seolah-olah langsung tidak terusik oleh manusia yang begitu rakus dalam mengejar arus kemodenan itu.Terdapat juga segelintir manusia yang mendiami tempat itu.Kebanyakan daripada mereka masih lagi mengamalkan gaya hidup tradisional seperti bercucuk tanam,tidak seperti penduduk di Seoul yang mengamalkan gaya hidup moden.

 

ByungHee kemudiannya memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah tumpangan , yang satu-satunya terdapat di Seryang-Je itu.Dia melepaskan nafas lega sambil melakukan sedikit regangan setelah sekian lama dia memandu.Joon sekadar tersenyum ke arahnya.Dia memandang ke arah rumah tumpangan yang berada di hadapan mereka itu.

“Tempat ni cantik.Tapi kenapa tak banyak chalet atau hotel dekat sini ekh?”Soal ByungHee yang sedang bersandar pada tempat duduknya itu.Ternyata bukan mudah bagi mereka untuk mencari sebuah rumah tumpangan untuk mereka tinggal sementara waktu di Seryang-Je itu.Joon tidak segera menjawab pertanyaan ByungHee itu.Sebaliknya dia memerhatikan sebuah hutan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berada itu.Pandangannya kemudiannya teralih kepada beberapa orang penduduk tempatan yang berada di situ.Kehadiran mereka ke situ bagaikan tidak berapa disenangi oleh penduduk-penduduk di situ.

“Hyung,”kata Joon sambil memandang ke arah ByungHee.ByungHee menoleh ke arahnya.

“Kenapa?”Soal ByungHee.Sekali lagi Joon memandang ke arah segelintir penduduk yang sedang memandang ke arah mereka itu.

“Joon rasa…baik kita keluar dari sini.Kita pergi tempat lain sajalah,Hyung.Joon…Joon rasa tak sedap hatilah tengok tempat ni,”kata Joon,bimbang.ByungHee sekadar tersenyum.

“Kenapa pula?Hyung rasa okey je.Apa yang peliknya?”Soal ByungHee.Ternyata dia langsung tidak menghiraukan pandangan pelik penduduk-penduduk di situ ke arah mereka.Apa yang penting,dia sudah terlalu penat mengharungi perjalanan yang jauh itu dan dia ingin masuk berehat.ByungHee kemudiannya menepuk lembut bahu Joon.Joon menoleh ke arahnya.

“Jomlah kita masuk.Hyung dah penat ni,”kata ByungHee.Dia kemudiannya mematikan enjin keretanya tanpa menunggu jawapan daripada Joon.Joon mendegus perlahan.Ternyata kata-kata ByungHee itu sukar untuk dibantah lagi.Akhirnya dia terpaksa juga bermalam di situ dengan berat hati.

 

 

“Selamat…”

Kelihatan wanita itu tergamam melihat ByungHee dan Joon yang sedang melangkah masuk ke dalam itu.Dia kemudiannya berdehem sebelum dia menyambung semula kata-katanya itu.

“Selamat datang…em…ada apa-apa yang boleh saya bantu?”Soal wanita itu.ByungHee mengukir senyuman manis ke arahnya.

“Kami perlukan sebuah bilik untuk 2 orang,”kata ByungHee.Joon yang berada di sebelahnya itu sekadar membisu,membiarkan ByungHee seorang sahaja yang berkata-kata.

“Em…ada.Encik nak tinggal untuk berapa lama ye?”Soal wanita itu.Ternyata kedatangan dua orang lelaki asing itu mengejutkannya.

“Mungkin dalam seminggu?”Balas ByungHee.

“Seminggu?”Soal wanita itu,terkejut.Dahi ByungHee berkerut.

“Em..kenapa ye?”Soal ByungHee,hairan dengan kelakuan wanita itu.Wanita itu kemudiannya mengukir senyuman paksa sambil menggelengkan kepalanya.

“Tak ada,encik.Cuma…”Wanita itu memandang ke arah Joon yang hanya mendiamkan diri itu.

“Cuma tempat kami dah lama tak dikunjungi oleh orang luar,”kata wanita itu.ByungHee kemudiannya tersenyum.Wanita itu kemudiannya menghulurkan kunci bilik kepada ByungHee,manakala matanya pula masih lagi memandang ke arah Joon.

“Kamsahamida,”kata ByungHee sambil tersenyum.Dia kemudiannya membuat isyarat kepada Joon supaya sama-sama beredar dari situ.Joon hanya mengangguk tanpa langsung menoleh ke arah wanita yang masih lagi memandang ke arahnya itu.

 

ByungHee membaringkan dirinya di atas katil sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam bilik penginapan mereka itu.Joon pula terus melangkah ke arah balkoni selepas dia meletakkan begnya di suatu sudut di dalam bilik itu.Dia memerhatikan pemandangan laut yang dapat dilihat dengan jelas dari bilik penginapan mereka itu.

“Cantik juga pemandangan kat sini kan?”Kata ByungHee,yang baru muncul dari belakangnya itu.Joon menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“Tapi kan…kenapa dia cakap tempat ni dah lama tak dikunjungi orang luar?Sedangkan tempat ni sangat cantik…macam Jeju-do,”kata ByungHee,hairan.Joon menjungkit bahunya.

“Entahlah,Hyung.Mungkin kurang promosi tak?”Joon cuba memberikan pendapatnya sendiri,sedangkan dia turut tidak pasti dengan jawapan yang diberikannya itu.ByungHee kemudiannya mengeluarkan kameranya dari beg.Joon pula sekadar tersenyum melihat gelagat ByungHee itu.Ternyata lelaki itu sudah tidak dapat menahan giannya lagi.Pantang sahaja melihat sesuatu yang menarik perhatiannya itu,pasti pemandangan itu diabadikan menerusi lensa kameranya itu.Joon sekadar menikmati pemandangan di hadapannya itu,membiarkan ByungHee dengan hobinya itu.Pandangan matanya kemudiannya tertumpu ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan di kawasan berhampiran pantai itu.Namun,apa yang lebih mengejutkannya lagi,lelaki itu turut sedang memandang ke arahnya.Hatinya berasa tidak senang apabila merasakan diri mereka yang sedang diperhatikan itu.Apatah lagi daripada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam itu.

“Hyung.”

“Em,”balas ByungHee,yang masih leka dengan hobinya itu.

“Tadi bukan Hyung kata,Hyung nak rehat ke?”Soal Joon.ByungHee menoleh ke arahnya.

“Kalau Joon penat…Joon pergilah rehat dulu.Nanti Hyung masuk,”kata ByungHee.Ternyata keletihannya hilang sebaik sahaja melihat pemandangan yang begitu cantik yang terdapat di Seryang-Je itu.Joon menoleh semula ke arah lelaki berpakaian serba hitam yang sedang memerhatikan mereka itu.Namun kelibat lelaki itu sudah tidak lagi kelihatan di situ.Dahinya berkerut.Ke mana pula lelaki itu menghilang?

 

 

Joon menoleh ke arah ByungHee yang sedang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman manis.Dia kemudiannya memandang ke arah tingkap yang terbuka luas itu.Dia melangkah ke arah tingkap itu sebelum ditutupnya sedikit,tidak terlalu rapat,bagi membolehkan angin malam bertiup masuk ke dalam bilik mereka itu.Wajah ByungHee yang sedang tidur itu diperhatikannya sekali lagi,sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

 

Joon duduk seorang diri di pantai yang menghadap laut itu.Dia memejamkan matanya seolah-olah cuba menikmati angin malam yang tenang itu.Agak lama dia berada di situ sehinggalah dia merasakan dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang dari belakangnya itu.Namun dia cuba berlagak tenang,tidak mahu cepat melatah.Tidak lama selepas itu,telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu yang sedang menyeringai dari belakangnya itu.Joon segera bertindak sebaik sahaja bunyi itu semakin kuat,seolah-olah kelibat misteri itu sedang berlari mendekati ke arahnya.Makhluk yang lebih besar saiznya itu ditumbuknya dengan kuat sehinggakan mampu membuatkan makhluk itu terlempar jauh daripadanya itu.Di bawah sinaran bulan yang malap itu,dia memerhatikan kelibat misteri berkaki empat yang sedang cuba bangun selepas dilemparkan olehnya itu.Makhluk yang menyerupai serigala itu memerhatikan Joon,dengan pandangan yang tajam,seolah-olah sedang bersedia untuk menyerang Joon semula.Joon turut bersiaga untuk menghadapi serangan daripada makhluk uang menyerupai serigala itu.

Makhluk itu mulai melangkah perlahan-lahan ke arah Joon sebelum baying-bayangnya bertukar menyerupai kelibat seorang manusia.

“Kau masih lagi kuat seperti dulu.”

Joon sekadar tersenyum apabila mendegar kata-kata kelibat itu.

“Oraen-maniya…Cheol Yong ah…”Kata Joon sambil tersenyum.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!