Promise 3

The Promises (Malay Ver.)

Puan Jung melihat jam yang tergantung pada dinding rumahnya itu.Jarum jam menunjukkan pukul 11 malam namun anak lelakinya itu masih belum pulang.Puas dia cuba hubungi nombor telefon bimbit ByungHee namun tiada satu pun panggilannya itu dijawab.Puan Jung tidak senang duduk.Entah berapa kali dia berjalan mundar mandir di ruang tamu itu.Kebiasaannya ByungHee akan memberitahunya terlebih dahulu sekiranya dia terpaksa pulang lewat ke rumah.Puan Jung memandang ke arah gambarnya bersama ByungHee ketika kecil itu di atas meja.Puan Jung melepaskan keluhan kecil.Sejak dari dulu lagi,dia amat menitikberatkan keselamatan ByungHee sehinggalah kanak-kanak kecil itu meningkat dewasa seperti sekarang.

Bagaimana sekiranya ByungHee mememarahinya kerana permintaannya untuk bercuti ke Seryang-Je itu ditolaknya mentah-mentah tanpa memberikan sebarang alasan yang kukuh?Kebimbangan Puan Jung kian memuncak.Dia benar-benar buntu bagaimana dia mahu menjelaskan hal itu kepada ByungHee.Dia yakin bukan mudah bagi lelaki itu untuk mempercayai kata-katanya itu.

 

“Kita mesti lindungi ByungHee tak kira apa pun terjadi.Kita tak boleh biarkan mereka tahu di mana ByungHee berada.”

 

Hati Puan Jung berasa tidak selesa.Ketiadaan ByungHee ketika itu benar-benar membimbangkannya.Dia cuba menhubungi ByungHee sekali lagi namun ternyata cubaannya itu masih lagi gagal.

“ByungHee yah…tolonglah jawab panggilan omma ni…”Kebimbangannya kian memuncak.

 

Namun,perhatiannya teralih seketika apabila telinganya dapat menangkap bunyi ketukan pada pintu rumahnya itu.Cepat-cepat Puan Jung melangkah menuju ke arah pintu rumahnya itu.

“ByungHee yah!”Puan Jung terkejut melihat ByungHee yang sedang dipapah oleh Joon itu.

“Kenapa dengan ByungHee ni?”Soal Puan Jung,bimbang,sambil menyentuh wajah ByungHee yang merah-kemerahan itu.

“Miane…saya dah cuba haling dia minum banyak tadi.Tapi…Hyung degil,”kata Joon.Puan Jung melepaskan nafas lega sebaik sahaja dia mendengar kata-kata Joon itu.Mujur tidak ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap anak lelakinya itu.Puan Jung kemudiannya membantu Joon supaya membawa ByungHee masuk ke dalam bilik tidurnya.ByungHee yang masih belum sedarkan diri itu dibaringkan di atas tilam.Selimut ditarik sehingga ke paras dadanya.

“Ahjumma…”

Puan Jung menoleh ke arah Joon.

“Kenapa dengan Hyung?Hari ni Hyung nampak lain dari biasa.Dia banyak termenung.Kelas pun dia tak masuk,”kata Joon.

“Dia langsung tak cakap apa-apa dengan Joon ke?”Soal Puan Jung.

“Tak.Cuma…dia cakap yang dia tak nak ada orang ganggu dia waktu dia tengah mabuk.Macam…tak tahulah.Selama ni ada orang ganggu Hyung ke?Semalam dia tak ada pun jadi senyap macam hari ni,”kata Joon,turut hairan dengan perubahan sikap ByungHee yang tiba-tiba itu.

“ByungHee ada cakap apa-apa pasal…”Puan Jung berhenti seketika.

“Pasal apa,ahjumma?”Soal Joon.Puan Jung kemudiannya tersenyum nipis sambil menggeleng.Dipandangnya ke arah ByungHee yang masih belum sedarkan diri itu.

 

Puan Jung meletakkan tuala basah di atas dahi ByungHee sebelum diusapnya lembut rambut ByungHee yang perang itu.

“Kan omma dah cakap yang ByungHee tak boleh minum banyak,”katanya perlahan.Namun ByungHee masih lagi dalam keadaan seperti tadi.Puan Jung tersenyum nipis.Dia membetulkan helaian rambut ByungHee yang menutupi dahi itu.Wajah ByungHee yang mulai ditumbuhi kumis nipis itu ditatapnya.Wajah mereka benar-benar seiras terutama pada matanya.Puan Jung mengusap lembut pipi ByungHee itu.Bagaimana sekiranya kehadiran ByungHee di Seryang-Je itu dapat dihidu oleh puak yang tersembunyi di sebalik rimbunan pokok-pokok tebal di situ?Puan Jung menelan air liurnya.Dia cuba menhilangkan segala andaian buruk yang sedang bermain dalam fikirannya itu.

“Jangan kacau saya lagi…jangan kacau saya lagi…”

Puan Jung terkejut melihat ByungHee yang mula meracau itu.Matanya masih lagi terpejam rapat,seolah-olah dia sedang menghadapi mimpi buruk dalam lenanya itu.Puan Jung menggerakkan bahu ByungHee,seolah-olah cuba memngejutkannya dari mimpi buruknya itu.

“ByungHee yah!”Puan Jung cuba mengejutkan ByungHee dari lena.Namun lelaki itu kembali diam,dan menyambung semula lenanya itu.

“ByungHee yah.”Sekali lagi Puan Jung cuba mengejutkan ByungHee dari tidur,namun tiada respon daripada lelaki itu.Puan Jung mengeluh kecil.

 

“Dia Cuma cakap yang dia tak nak ada orang ganggu dia…”

 

Kata-kata Joon itu kembali bermain di ruang mindanya.Puan Jung kembali bimbang sekiranya andaian buruknya itu menjadi kenyataan.

 

 

“Selamat pagi,omma!”

Puan Jung terkejut apabila merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.Dia menoleh ke belakang dan kelihatan ByungHee sedang tersenyum ke arahnya.

“ByungHee yah.”

ByungHee yang masih lagi tersenyum itu terus mengambil tempat di atas kerusi,menunggu sarapan pagi yang sedang disediakan oleh ibunya itu.Puan Jung meletakkan makanan yang disediakannya itu di atas meja,sebelum dia mengambil tempat di hadapan ByungHee.

“Dah tak pening dah kepala tu?”Soal Puan Jung.ByungHee tersenyum ke arahnya.

“Mianeyo,omma…ByungHee dah banyak susahkan omma malam semalam,”kata ByungHee.Puan Jung tersenyum nipis ke arahnya.

“Kalau ByungHee ada masalah,ByungHee patut ceritakan dekat omma,”kata Puan Jung.

“Tak ada apa-apalah,omma.ByungHee Cuma stress sebab exam dah nak dekat kan,”kata ByungHee.Puan Jung memandang ke arah ByungHee yang sedang berselera menikmati sarapannya itu.Benarkah ByungHee langsung tidak mengingati apa-apa yang terjadi kepadanya malam semalam?

“ByungHee yah…yang pasal bercuti tu…”

“Gwenchana…ByungHee akan ikut cakap omma,okey?”Kata ByungHee,tanpa memandang ke arah ibunya itu.Ternyata Puan Jung terkejut dengan kata-kata ByungHee itu.Begitu mudah ByungHee menukar fikirannya untuk menuruti kata-katanya itu.

“Okeylah,omma.ByungHee pergi dulu ekh?Joon dah tunggu kat bawah,”kata ByungHee sambil membaca mesej yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.Dia kemudiannya memandang ke arah Puan Jung sambil tersenyum.

“ByungHee yah.”

ByungHee menoleh ke arahnya sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu.Puan Jung teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya itu,namun dia cuba menguntum senyuman manis ke arah ByungHee itu.

“Jangan balik lambat malam ni,”kata Puan Jung.ByungHee tersenyum lebar ke arahnya sambil mengangguk.

“Okey.Malam ni biar ByungHee yang sediakan makan malam,okey?”Kata ByungHee,sebelum dia beredar dari situ.Puan Jung masih lagi memandang ke arah pintu rumahnya itu walaupun kelibat ByungHee sudah tidak lagi kelihatan.

 

 

 

Ketenangan di dalam hutan itu hilang apabila kedengaran bunyi salakan beberapa ekor serigala yang sedang berlari mengejar sesuatu di celah-celah rimbunan pokok-pokok yang tebal itu.Pergerakan kelibat itu begitu laju,namun sekumpulan serigala itu tetap tidak berputus asa mengejar kelibat itu.Kelibat itu kemudiannya berhenti di sebuah tebing sebaik sahaja dia melepasi sungai yang memisahkan antara dua tebing itu.Sekumpulan serigala itu mulai memperlahankan larian mereka apabila melihat kelibat itu sedang berdiri di tebing seberang sungai itu.Namun,tidak bagi seekor serigala berwarna coklat keperangan itu.Lariannya semakin laju seolah-olah cuba untuk menerkam kelibat yang sedang berdiri di seberang itu.

“Jangan!”

Serigala itu bagaikan tidak mengendahkan laungan kawanannya itu.Akibatnya tubuhnya ditolak oleh suatu kuasa yang tidak terlihat oleh mata kasar itu sebelum ia sempat menerkam ke arah kelibat itu.Kelibat itu memandang ke arah serigala yang jatuh tersungkur di dalam sungai itu.Senyuman lebar terukir pada mulut yang berlumuran darah itu.Serigala yang terjatuh itu memandang tajam ke arahnya.Namun,pandangan tajamnya itu langsung idak diendahkan oleh kelibat itu apabila kelibat itu terus sahaja lesap dari pandangan sekumpulan serigala itu.Seekor serigala berwarna hitam yang lebih besar itu berjalan menghampiri serigala yang terjatuh di dalam sungai itu.

“Walau apa pun terjadi,kita tetap tak boleh menceroboh masuk ke dalam kawasan mereka.”

Serigala berwarna coklat keperangan itu memandang tepat ke arah anak mata serigala berwarna hitam itu.

“Aku tak peduli.Mereka tetap akan mati dalam tangan aku juga.”

Serigala berwarna coklat keperangan itu terus sahaja beredar meninggalkan kawanan serigalanya yang lain.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!