Promise 30

The Promises (Malay Ver.)

SeungHo melihat jam tangannya,bimbang apabila menyedari bahawa ByungHee masih lagi belum pulang ke rumah.SeungHo yang ketika itu sedang berdiri di balkoni rumah itu begitu kusyuk memerhatikan sekelilingnya.Mengharapkan agar dia dapat melihat kelibat ByungHee di situ.

 

“Saya balik lambat sikit.Mungkin lebih lambat dari biasa.”

 

SeungHo melepaskan keluhan berat.Dia yakin ByungHee sedang cuba menjauhkan diri daripadanya.Dia yakin ByungHee menjauhkan diri daripadanya bukannya disebabkan dia takut dengan identity sebenarnya.Tetapi ByungHee menjauhkan diri daripadanya adalah disebabkan perasaan marah terhadap dirinya.

 

“Semua ni takkan terjadi kalau awak tak jalinkan hubungan dengan Sun Mi kan?”

 

SeungHo memejamkan matanya.Ya,ByungHee berhak memarahinya.Malah ByungHee amat berhak untuk memusuhinya.Kerana kesilapan dirinya,ramai orang menjadi korban,termasuklah Ye Jin,teman wanita ByungHee sendiri.

 

“Ye Jin tak sepatutnya terlibat dalam hal ni.Dia tak patutnya terkorban atas kesalahan yang dia langsung tak buat.”

 

“Saya betul-betul minta maaf,ByungHee.Semua ni memang salah saya.Saya tak patut jatuh cinta dengan Sun Mi sejak dari awal lagi.Saya patut jauhkan diri dari dia.”Bisik SeungHo,sambil memandang ke arah bulan.

“Dan saya tak patut cari awak,ByungHee,”katanya lagi.

 

 

Imbas kembali:

 

“Kalau saya beritahu siapa saya yang sebenarnya...adakah awak akan benarkan saya untuk berada di sisi awak seperti yang terjadi sebelum ni?”Soal SeungHo.ByungHee yang membisu itu hanya memandang ke arah anak mata SeungHo yang merah pekat itu.SeungHo kemudiannya mencapai tangan ByungHee dengan pantas.ByungHee sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“Jangan tutup mata awak,”kata SeungHo sebelum dia meletakkan tubuh ByungHee di atas belakang tubuhnya.ByungHee memejamkan matanya apabila merasakan tubuhnya melayang ke suatu tempat yang tinggi.Dia mengeratkan pegangannya terhadap SeungHo yang sedang mendukung tubuhnya itu.SeungHo yang menyedari perbuatan ByungHee itu sekadar tersenyum.

“Kan saya dah cakap...jangan tutup mata?”Soal SeungHo.ByungHee yang mendengar kata-kata SeungHo itu mulai membuka matanya dengan perlahan-lahan.ByungHee terkejut apabila melihat dirinya yang kini sedang berada di atas bumbung bangunan sebelum SeungHo membawanya ke atas bumbung bangunan yang lain pula.

“Yah..Yah..Yah..awak nak bawa saya pergi mana ni?!”ByungHee mulai ketakutan.Dia begitu takut apabila berada di tempat yang tinggi.SeungHo kemudiannya menghentikan lariannya sebelum dia membiarkan ByungHee berdiri semula di atas lantai.ByungHee yang ketakutan itu terus terjatuh di atas lantai.Entah mengapa kekuatannya bagaikan hilang untuk berdiri di hadapan SeungHo itu.SeungHo sekadar memandang ke arahnya.

“Saya dah agak dah...yang awak ni...bukannya orang biasa,”kata ByungHee,ketakutan.SeungHo sekadar tersenyum ke arahnya.Dia cuba mendekati ByungHee namun lelaki itu mengundurkan diri daripadanya.Melihat ByungHee yang sedang ketakutan itu,SeungHo menghentikan langkahnya.

“Jangan dekati saya,”kata ByungHee.SeungHo akur.Namun dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya.

“Tak sangka yang awak ni penakut orangnya.Jauh berbeza dengan Sun Mi,”kata SeungHo sambil tersenyum.ByungHee terkejut apabila mendengar nama ibunya disebut oleh SeungHo.

“Awak...awak kenal dengan ibu saya?”Soal ByungHee,hairan.SeungHo memandang ke arahnya sambil angguk.

“Saya sangat mengenali ibu awak.Disebabkan ibu awaklah...saya sanggup tunggu awak di Seryang-Je,”kata SeungHo lagi.Dahi ByungHee berkerut.

“Awak mesti hairan kenapa omma awak berkeras tak mahu awak datang ke Seryang-Je dulu kan?”Soal SeungHo.ByungHee sekadar mendengar.

“Omma awak...dia halang awak dari pergi ke Seryang-Je,sebab dia tak mahu saya berjumpa dengan awak,ByungHee.Apa yang dia risaukan tu memang betul sebab saya memang dah lama menantikan kehadiran awak di Seryang-Je.Saya yakin,suatu masa nanti awak akan datang juga ke Seryang-Je,”kata SeungHo.

“Jadi...suara yang ganggu saya selama ni...adalah...”ByungHee memandang ke arah SeungHo.SeungHo sekadar tersenyum ke arahnya.

“Miane.Saya tahu saya dah banyak menakutkan awak,”balas SeungHo.

“Apa kaitannya awak dengan Sun Mi?Dan kenapa awak tunggu saya?”Soal ByungHee,ingin tahu.SeungHo menghela nafas berat.Hatinya begitu berat untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Saya..”SeungHo memandang ke arah ByungHee yang sedang menantikan jawapan daripadanya itu.

“Saya dan Sun Mi...adalah pasangan kekasih.”

 

******

 

SeungHo mengetap bibirnya yang merah merekah itu.Dia masih ingat lagi riak wajah ByungHee sebaik sahaja dia memberitahu mengenai kisah silamnya bersama Sun Mi 32 tahun yang lalu.Ternyata ByungHee kelihatan terkejut dengan kata-katanya pada malam itu.

 

******

 

“Tapi atas sebab keselamatan Sun Mi,saya sanggup berpisah dengan dia.Puak saya tak boleh terima kesilapan yang saya lakukan.Saya tak patut jalinkan hubungan dengan manusia.Sejak dari waktu tu...saya hanya perhatikan Sun Mi dari jauh.”Kata SeungHo,perlahan.ByungHee yang sedang duduk itu sekadar mendengar.

“Saya nampak dia dikahwinkan dengan lelaki di kampung tu juga.Dan lelaki tu ialah ayah awak.Muka awak saling tak tumpah macam ayah awak.Tapi...mata awak...”SeungHo berhenti seketika sambil memandang tepat ke arah anak mata ByungHee.SeungHo tersenyum.

“Mata awak mirip sekali dengan Sun Mi,”kata SeungHo.ByungHee menundukkan wajahnya,enggan bersemuka dengan SeungHo.

“Sebab tulah awak dapat kenal saya?”Soal ByungHee,perlahan.SeungHo sekadar angguk,mengiyakan kata-kata ByungHee itu.

“Miane,ByungHee yah.Saya ... saya Cuma tak boleh nak lupakan Sun Mi.Saya dah cuba...tapi tak boleh,”kata SeungHo.ByungHee memandang ke arahnya.

“Tapi saya bukan Sun Mi.Apa yang awak boleh dapat dari saya sehinggakan awak sanggup tunggu saya selama ni?”Soal ByungHee,ingin tahu.SeungHo terdiam.ByungHee melepaskan keluhan berat.

“Mesti ada banyak lagi perkara yang saya tak tahu kan?Entah apa lagilah rahsia yang kamu semua sorokkan dari saya,”kata ByungHee sambil tersenyum nipis.SeungHo sekadar memandang ke arahnya.

“Saya nak melindungi awak,ByungHee.”Kata SeungHo.ByungHee memandang ke arahnya.

“Saya...sayalah yang menyebabkan semua kekecohan ni terjadi.Jadi,biar saya yang selesaikan.Disebabkan saya,keselamatan awak terancam.Jadi,izinkan saya untuk melindungi awak,”kata SeungHo.ByungHee sekadar membisu,tidak membalas kata-kata lelaki itu.

 

 

Tumpuan SeungHo teralih apabila melihat kereta ByungHee berhenti di hadapan rumahnya.Cepat-cepat SeungHo melangkah ke arah kereta lelaki itu.SeungHo terkejut apabila melihat Tae Yeon melangkah keluar dari kereta lelaki itu.

“Tae Yeon?Apa yang kau buat dekat sini?”Soal SeungHo.Tae Yeon berjalan ke arahnya sambil menghulurkan kunci kereta kepada SeungHo.

“Jadi awak dah bongkarkan identiti awak kepada ByungHee?”Soal Tae Yeon,inginkan kepastian.SeungHo tidak segera menjawab pertanyaan wanita itu.

“Dia ada kat dalam kereta.Dia dah tidur,”kata Tae Yeon.SeungHo menoleh ke arah ByungHee yang sedang tidur di tempat duduk sebelah pemandu itu.

“Aku terpaksa beritahu dia.Lagipun...dia memang patut tahu,”kata SeungHo.

“Jadi...saya pun patut beritahu dia mengenai diri saya juga?”Soal Tae Yeon.SeungHo menggeleng perlahan.

“Nanti dulu.Lagipun...dia perlukan masa untuk terima semua ni,”kata SeungHo lagi.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!