Promise 10

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee membetulkan rambutnya di hadapan cermin sambil bersiul perlahan.Hatinya berasa begitu senang sekali pada hari itu.Kali ini,dia akan berjumpa lagi dengan lelaki yang dikenalinya sebagai Cheondung itu.Lelaki itu sudah berjanji dengannya untuk membawanya ke tempat-tempat menarik yang belum dilawatinya sepanjang dia berada di Seryang-Je itu.ByungHee kemudiannya mengambil kamera kesayangannya itu sebelum digantung pada lehernya.Dia sudah bersiap-siap untuk keluar dari situ sebelum langkahnya terhenti apabila melihat katilnya yang dikongsi bersama dengan Joon itu.Joon benar-benar sudah meninggalkannya seorang di situ.ByungHee mengeluh sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

ByungHee menuruni anak tangga sambil memakai cermin mata hitam sebelum dia berada di ruang lobi rumah penginapannya itu.Ketika dia sedang sibuk menyemak sebarang panggilan atau mesej melalui telefon bimbitnya itu,tanpa dia sedari bahunya terlanggar dengan bahu seseorang yang sedang melalui tempat itu.

“Alamak sorry sorry.Saya betul-betul tak sedar yang cik jalan sebelah saya tadi,”kata ByungHee sambil membantu wanita yang dilanggarnya itu untuk bangun.Pandangan mereka bertentangan antara satu sama lain.ByungHee kemudiannya berdehem beberapa kali sebelum dia mengambil semula barang kepunyaan wanita itu yang bersepah di atas lantai itu.

“Em…saya betul-betul minta maaf.Salah saya sebab tak tengok jalan tadi,”kata ByungHee lagi sambil menghulurkan barang itu kepada wanita yang tidak dikenalinya itu.Wanita itu tersenyum malu sambil mengambil semula barangnya yang berada dalam pegangan ByungHee itu.

“Saya pun tak berhati-hati juga waktu saya jalan tadi.Saya minta maaf,”kata wanita itu sambil tersenyum.Mereka tersenyum sesama sendiri sebelum ByungHee melihat jam tangannya itu.

“Em…kalau macam tu saya pergi dululah.Saya ada hal sekejap,”kata ByungHee,sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Wanita itu tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.ByungHee tersenyum ke arahnya sebelum lelaki itu beredar meninggalkan kawasan rumah penginapannya itu.

Wanita itu kemudiannya menuju ke arah kaunter pertanyaan yang terletak di lobi rumah penginapan itu sebaik sahaja kelibat ByungHee hilang dari pandangan matanya.

“Awak ni sengaja langgar dengan dia kan?”Soal wanita yang berdiri di kaunter pertanyaan itu sambil menguntum senyuman nakal.

“Mana adalah ,Kang Mi.Saya memang tak sengaja langgar dia,okey?Saya bukan macam awak,”kata wanita itu sambil menoleh ke arah pintu masuk rumah penginapan itu.Ternyata pertemuannya secara tidak sengaja dengan ByungHee itu mampu membuatkan senyumannya tak lekang pada bibirnya itu.Kang Mi yang melihat itu sekadar mencebik.

“Nampaknya Kim Tae Yeon kita dah jatuh cinta pandang pertama dengan Jung Byung Hee,”kata Kang Mi,sengaja mengusik.Tae Yeon membulatkan matanya sambil menoleh ke arah Kang Mi.

“Yah!Jangan nak buat cerita okey?”Balas Tae Yeon,cuba menafikan usikan Kang Mi itu.Kang Mi pula sekadar tersengih.

“Em…jadi nama dia Jung Byung Hee ke?”Soal Tae Yeon,inginkan kepastian.Kang Mi tersenyum lagi.

“Kenapa?Nak nombor telefon dia ke?”Soal Kang Mi,sengaja mengusik.Wajah Tae Yeon berubah merah.

“Tak adalah.Saja tanya.Dia…dia orang luar ke?Tak pernah Nampak pun sebelum ni,”soal Tae Yeon lagi.Kang Mi sekadar angguk.

“Dia datang dengan kawan dia.Tapi kawan dia dah check out dah.Maybe ada urusan lain kot,”kata Kang Mi,yang mengetahui serba sedikit mengenai ByungHee dan Joon itu.

“Jadi dia tinggal kat sini seorang?Beraninya dia.Dia tak tahu ke yang tempat ni…”Tae Yeon mengetap bibirnya.Dia sendiri takut dengan situasi bahaya yang sering terjadi di kawasan perkampungan mereka itu,terutamanya pada waktu malam.Kang Mi sekadar membisu.Tidak langsung mencelah.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan kecil.Walaupun tempat mereka sentiasa dikawal oleh puak Serigala,namun masih ada mangsa baru yang tidak pernah terlepas dari cengkaman puak pemakan darah manusia itu.

“Eh,dalam 10 minit lagi saya habis kerja.Awak tunggu lah dulu kat sini,okey?”Kata Kang Mi,cuba mengubah topic perbualan mereka itu.Tae Yeon menoleh ke arahnya sambil mengangguk.

 

 

 

ByungHee memarkirkan keretanya di tepi jalan sebaik sahaja dia melihat Cheondung yang sedang menunggunya di situ.

“Saya ingatkan awak tak datang tadi,”kata Cheondung sambil tersenyum.ByungHee turut membalas senyumannya.

“Sorry.Ada hal tadi…tu yang lambat tu,”kata ByungHee sambil menanggalkan cermin mata hitamnya itu.Cheondung sekadar tersenyum apabila mendengar kata-kata ByungHee itu.

“Jom?”Ajak Cheondung.ByungHee angguk sambil tersenyum.Cheondung kemudiannya berpaling daripada ByungHee sebelum matanya berubah menjadi merah pekat.Ternyata nafsunya untuk mendapatkan darah ByungHee itu begitu sukar dikawal olehnya.Namun dia harus bersabar demi memastikan rancangannya itu dapat berjalan dengan lancar.Tambahan pula,ketuanya Ji Hoon sedang menantikan habuannya itu di istana.

 

 

 

Mir terkejut apabila melihat dua orang rakannya sedang memapah salah seorang daripada rakannya yang lain , yang berada dalam keadaan lemah sekali.Tubuhnya cedera parah,seolah-olah diserang oleh sesuatu yang begitu ganas.

“Apa dah jadi ni?”Soal Mir,sambil melihat rakannya itu dibiarkan berbaring di atas katil.Kedengaran lelaki itu terbatuk-batuk , agak sukar baginya untuk menjawab pertanyaan Mir itu.Mir kemudiannya menoleh ke arah dua  orang rakannya yang membawa pulang rakan mereka yang tercedera itu.

“Kenapa dengan dia?Siapa yang buat dia jadi macam ni?”Soal Mir lagi.

“Kami tak pasti.Tapi rasanya dia diserang,”kata rakannya yang bernama Jiwon itu,sambil memandang ke arah rakan mereka yang sedang cedera parah itu.

“Siapa?!”Mir mulai berang.Mereka menggeleng,tidak pasti dengan situasi yang telah berlaku ke atas rakan mereka yang cedera itu.

“Ch..Cheon..Cheondung…”

Mata Mir terbuka luas apabila mendengar nama Cheondung yang disebut oleh rakannya yang cedera itu.

“Apa yang dia buat lagi?”Soal Mir,cuba menahan rasa marahnya yang kian memuncak itu.Kedengaran lelaki itu terbatuk lagi sebelum dia dapat menjawab pertanyaan Mir itu.

“Aku nampak dia bawa masuk manusia ke dalam hutan tadi.Mungkin mangsa baru dia.”Lelaki itu terdiam seketika.

“Kalau aku tak salah…lelaki yang datang dengan Joon Hyung,”sambungnya lagi,sambil mengaduh kesakitan yang teramat itu.

“Apa?!”

 

 

ByungHee cuba melarikan dirinya daripada Cheondung , dengan saki baki tenaganya yang masih ada itu.Rimbunan pokok-pokok yang tebal itu menyukarkan baginya untuk melepaskan dirinya dengan mudah.Cheondung yang sedang berdiri di atas dahan pokok itu sekadar ketawa melihat ByungHee yang berusaha untuk melarikan diri daripadanya itu.

“Tak guna punya anjing.Kalau bukan sebab dia,lelaki ni takkan tahu identiti sebenar aku,”katanya,perlahan.Serangan hendap salah seekor serigala daripada Puak Serigala itu menyebabkan identitinya sebagai puntianak dapat diketahui oleh ByungHee.Cheondung kemudiannya bergerak pantas menuju ke arah ByungHee sebelum dia berhenti berhadapan dengan lelaki itu.ByungHee jatuh terduduk sebaik sahaja melihat Cheondung yang sedang berdiri di hadapannya itu.ByungHee cuba mengundurkan dirinya untuk menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.Cheondung sekadar tersenyum sinis.

“Kau takkan dapat lari daripada aku.Tak pernah ada seorang pun manusia yang berjaya lepas dari aku…termasuklah kau,”kata Cheondung,sambil ketawa.ByungHee kemudiannya tidak dapat melarikan dirinya daripada Cheondung lagi apabila tubuhnya kini bersandar pada sebatang pokok di belakangnya itu.ByungHee memberanikan diri untuk memandang ke arah Cheondung.Dadanya berombak kencang.

“Apa..apa yang kau nak dari aku?”Soal ByungHee,tergagap-gagap.Cheondung tersenyum mengejek apabila melihat ByungHee yang berada dalam ketakutan itu.Dia kemudiannya mendekati ke arah ByungHee sehingga dia berhenti tepat-tepat di hadapan lelaki itu.Cheondung  mendekatkan wajahnya pada leher ByungHee yang sedang berpeluh itu.ByungHee mengalihkan wajahnya daripada Cheondung.Cheondung tersenyum lagi.

“Aku teringin nak rasa darah orang luar macam kau,”bisik Cheondung.ByungHee memejamkan matanya.Sungguh dia begitu takut dengan bahaya yang sedang berlaku  ke atasnya itu.Dia dapat merasakan bahawa nyawanya kini ibarat telur di hujung tanduk.Bila-bila masa sahaja nyawanya akan melayang.Cheondung tersenyum sinis apabila melihat air mata yang mengalir membasahi pipi lelaki itu.

“Kau ingat lagi tak kata-kata aku sebelum ni?’’Soal Cheondung sambil menggerakkan jarinya pada leher ByungHee itu.

“Memang hutan ni ada banyak tempat yang cantik…yang tak akan kau jumpa di tempat lain.Dan bukan semua orang dapat sampai ke tempat tu dengan mudah.Kau tahu sebab apa?”Soal Cheondung lagi.ByungHee hanya mampu membisu,tidak langsung menoleh ke arah Cheondung.

“Sebab semua manusia bodoh tu dah pun jadi makanan kami.Dan…kau akan jadi hidangan kami yang seterusnya,”bisik Cheondung sambil ketawa.ByungHee menelan air liurnya.Ternyata agak sukar baginya untuk melepaskan dirinya daripada Cheondung itu apabila kedua-dua tangannya digenggam erat oleh lelaki itu.ByungHee memejamkan kedua-dua matanya dengan rapat.Mengharapkan semua yang berlaku itu adalah mimpi buruknya semata-mata.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!