Promise 2

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee memasuki biliknya sebaik sahaja dia sudah menyiapkan kerjanya di ruang tamu itu.Perlahan-lahan,dia mengunci pintu biliknya,tidak membenarkan dirinya diganggu pada malam itu.Dia kemudiannya melabuhkan punggung di atas tilamnya yang diletakkan di atas lantai itu.Bantalnya itu dialihkan.Bibirnya menguntum senyuman puas hati apabila barang yang disembunyikan daripada pengetahuan ibunya itu masih berada di situ.Sebuah diari berwarna biru yang sudah kelihatan lama itu diambilnya.Dia yakin bahawa diari itu adalah milik ibunya.Dia menjumpai diari itu sewaktu dia sedang mengemas bilik stor di dalam biliknya itu.

ByungHee kemudiannya membaringkan dirinya di atas tilam itu sambil membuka helaian diari yang dipegangnya itu.Sekeping gambar yang terselit  di dalam diari itu dikeluarkannya.Sebuah gambar pemandangan hutan yang sangat cantik itu menarik perhatiannya untuk pergi ke situ.Walaupun gambar itu sudah kelihatan lama namun keindahan pemandangan di dalam gambar itu masih jelas kelihatan.

"Cantiklah tempat ni.Omma tak pernah cerita pun yang omma pernah pergi tempat macam ni,"katanya sambil tersenyum.Ternyata dia mewarisi minat dalam bidang fotografi itu melalui ibunya.Cuma ibunya sering menafikan kata-katanya itu apabila dia pernah cuba bertanyakan mengenai minat ibunya sewaktu ketika dahulu.

ByungHee membelek gambar yang dipegangnya itu.Tertera nama tempat yang berada di dalam gambar itu.ByungHee tersenyum lebar.Hatinya melonjak-lonjak untuk pergi ke tempat yang berada di dalam gambar itu.Dia kemudiannya memandang ke arah kamera kesayangannya yang dibeli dengan hasil duit simpanannya sendiri itu.Sekali lagi dia melihat gambar pemandangan hutan yang sedang dipegangnya itu.Dia langsung tidak tertarik untuk membaca segala isi yang terkandung di dalam diari milik ibunya itu.

 

 

ByungHee memandang ibunya yang sedang menyediakan sarapan pagi untuknya itu.Dia menggerak-gerakkan sudunya pada nasi di dalam mangkuk itu.Kepalanya sedang ligat menyusun ayat untuk memberitahu ibunya mengenai rancangannya itu.

"Omma,"panggilnya.

"Ya?"Balas ibunya,tanpa menoleh ke arahnya.

"Em...ByungHee ada benda yang ByungHee nak cakap dengan omma,"kata ByungHee.Puan Jung menoleh ke arahnya.Dia kemudiannya mengelap tangannya yang basah itu dengan tuala kecil,sebelum dia mengambil tempat di hadapan anak lelakinya itu.

"Omma dah agak dah,mesti ByungHee ada sorokkan sesuatu dari omma semalam.Apa dia?"Soal ibunya,sambil tersenyum.

"Em...omma...nanti kan,ByungHee cuti lama kan lepas exam ni.Jadi,ByungHee ada rancangan ByungHee sendiri,"kata ByungHee.Puan Jung terus menanti kata-kata daripadanya itu.

"Omma,boleh tak kalau ByungHee nak pergi bercuti?Em...ByungHee ingat nak pergi dengan Joon sekali."Kata ByungHee.Riak wajah Puan Jung berubah sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya itu.

"Bercuti?ByungHee nak pergi mana?"Soal Puan Jung.Entah mengapa hatinya berasa tidak sedap apabila mendengar permintaan daripada ByungHee itu.ByungHee tersenyum lebar.

"Em...Seryang-Je?"Balas ByungHee.Kelihatan Puan Jung terkejut sebaik sahaja mendengar nama tempat yang disebut oleh ByungHee itu.ByungHee memandang ibunya yang diam,tidak membalas pertanyaannya itu.

"Omma?"

"Kenapa Seryang-Je?"Soal ibunya.

"Em...hari tu ByungHee terjumpa dalam internet.Tempat dia cantiklah,omma.ByungHee nak tangkap banyak gambar cantik-cantik dekat situ,"kata ByungHee,berbohong.Tidak langsung membuka cerita mengenai diari ibunya yang disoroknya itu.Kedengaran Puan Jung melepaskan keluhan kecil.

"Tempat lain tak ada ke,ByungHee?Kalau ByungHee nak tangkap banyak gambar yang cantik-cantik,omma boleh cadangkan tempat lain,"kata Puan Jung.Kelihatan ByungHee memasamkan wajahnya.

"Omma~~~"Ternyata ByungHee tetap berdegil untuk pergi ke tempat yang dimaksudkannya itu.

"Tempat tu jauhlah,ByungHee.Omma risau,"kata Puan Jung.ByungHee melepaskan keluhan kecil.

"Tapi omma..."

"Omma izinkan ByungHee untuk pergi bercuti ke tempat lain,tapi bukan Seryang-Je,"kata ibunya,tegas.

"Wae?"Soal ByungHee,masih tidak puas hati dengan bantahan ibunya itu.Puan Jung melepaskan keluhan kecil.Dia sendiri buntu bagaimana dia harus menjelaskannya kepada anak lelaki tunggalnya itu.Jika diberitahu pun,belum tentu lelaki muda itu akan mempercayai kata-katanya itu dengan mudah.

"Omma nak pergi kerja dulu,"kata Puan Jung,tanpa menjawab pertanyaan ByungHee itu.Dia segera mengambil beg berserta kotnya sebelum dia beredar dari situ.ByungHee bersandar pada kerusi itu sambil menggigit bibirnya yang mungil itu.Hairan mengapa ibunya terlalu membantah niatnya untuk bercuti ke Seryang-Je itu.Apabila ditanya mengapa,tidak pula dijawab oleh wanita itu.

"ByungHee yah~~~"

ByungHee pantas menegakkan tubuhnya.Ditolehnya ke kiri dan kanan.Namun tiada sesiapa pun yang berada di situ.ByungHee menelan air liur.

"ByungHee yah~~~"

"Siapa tu?!"ByungHee meninggikan suaranya.Ternyata suara misteri itu masih lagi mengganggunya seperti semalam.Namun,suara bisikan itu semakin lama semakin kuat,seolah-olah bergema di dalam rumahnya itu.

"Saya tak kenal siapa awak.Tolong jangan ganggu saya lagi,"kata ByungHee kepada suara yang tidak bertuan itu.Dia kemudiannya cepat-cepat mengambil begnya sebelum dia beredar dari rumahnya itu.

"Awak dah tak boleh lari dari saya lagi."

Langkah ByungHee terhenti.Apa maksud kata-kata suara lelaki misteri itu sebentar tadi?

"Suatu masa nanti...awak sendiri yang akan datang kepada saya..."Suara bisikan itu mulai kabur diiringi oleh bunyi ketawa yang kian menghilang itu.ByungHee menelan air liur.Benarkah apa yang didengarnya itu?

"Suatu masa nanti...awak sendiri yang akan datang kepada saya..."

ByungHee menggeleng-gelengkan kepalanya,cuba menghilangkan suara misteri yang masih terngiang-ngiang dalam fikirannya itu.

 

 

ByungHee duduk termenung berseorangan di atas bumbung kolejnya itu.Dia membetulkan rambut perangnya yang ditiup angin itu.Suatu keluhan berat dilepaskan.

Suara siapa yang mengganggunya baru-baru ini?

Hanya itu sahaja soalan yang sering bermain dalam fikirannya ketika itu.

"Hyung!"

ByungHee terkejut apabila merasakan bahunya disentuh oleh seseorang dari belakang.Kelihatan Joon sedang tersenyum ke arahnya.ByungHee kemudiannya mengalihkan semula pandangannya daripada Joon.Joon pula berdiri di sebelahnya.

"Hyung tak masuk langsung kelas hari ni.Ada masalah ke,Hyung?"Soal Joon,sambil memandang ke arah ByungHee.ByungHee sekadar menggeleng.

"Habis tu?"Soal Joon lagi.ByungHee menoleh ke arahnya.Joon hairan dengan pandangan ByungHee ke arahnya itu.

"Kenapa pandang Joon macam tu?"Soal Joon,hairan.Namun sekali lagi soalan Joon itu dibiarkan tidak berjawab oleh ByungHee apabila lelaki itu terus sahaja beredar dari situ,meninggalkannya seorang diri.Joon tergelak kecil,bagaikan memaksa dirinya untuk ketawa.

"Yah~~~Hyung!"

Cepat-cepat Joon mengejar ByungHee dari belakang sebelum dipautnya bahu lelaki itu.

 

 

Daun-daun hijau itu bergerak apabila ditiup angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu.Bunyi burung-burung berkicauan itu menjadikan suasana hutan menghijau itu kelihatan tenang sekali.Namun ketenangan itu tidak lama apabila kedengaran bunyi sesuatu yang bergerak dari satu pokok ke suatu pokok yang lain.Pergerakannya terlalu pantas sehinggakan tidak boleh dilihat oleh pandangan mata kasar.

Kelibat itu kemudiannya berhenti di suatu dahan pokok yang paling tinggi di dalam hutan itu,menghadap pemandangan gunung-ganang di sekitarnya.Dia memejamkan matanya apabila merasakan udara tenang yang sedang bertiup ke arahnya itu.Namun tiba-tiba hidungnya dapat menangkap bau yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu.Matanya berubah merah.

"Saya janji...kita akan bertemu lagi suatu hari nanti."

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!