Promise 28

The Promises (Malay Ver.)

Dua minggu berlalu...

 

ByungHee melangkah masuk ke dalam sebuah kelab malam tempat SeungHo bekerja sebagai pemain piano , tanpa diketahui kehadirannya itu oleh SeungHo.Dia kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi sebelum dia memesan minuman kepada pelayan bar itu.Dia menoleh ke kiri dan ke kanan,untuk mencari kelibat SeungHo di situ.Setelah hampir dua minggu mereka tinggal bersama,inilah kali pertama dia datang ke tempat kerja SeungHo itu.Sudah banyak kali ByungHee di ajak oleh SeungHo untuk meluangkan sedikit masa di kelab itu,namun kesibukan ByungHee di tempat kerjanya itu membuatkan rancangannya untuk melawat tempat kerja SeungHo sering tertangguh.

ByungHee tersenyum lebar apabila melihat SeungHo yang mulai melangkah ke arah pentas itu.Lelaki itu kelihatan segak dengan jaket kulit berwarna hitam yang tersarung pada tubuhnya itu.ByungHee sekadar memerhatikannya dari jauh.Jauh di sudut hati ByungHee,dia akui bahawa penampilan SeungHo sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan orang lain yang pernah dijumpainya sebelum ini.SeungHo seorang lelaki yang sangat misteri,seperti menyimpan 1001 rahsia yang tidak mahu diketahui oleh orang lain.Ingatannya kembali melayang ke arah pertemuan pertamanya dengan SeungHo dua tahun yang lalu di Seryang-Je.Lelaki itu telah menyelamatkannya dari dihempap oleh sebatang besi yang tiba-tiba terjatuh ke arahnya itu.Apa yang lebih mengejutkan ByungHee ialah,SeungHo langsung tidak mengalami kecederaan selepas membiarkan tubuhnya dihempap oleh besi itu.Seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi ke arahnya.

ByungHee terus memerhatikan SeungHo yang sedang kusyuk bermain piano itu.Irama yang dimainkan oleh SeungHo itu membuatkan ByungHee leka.

“Siapa sebenarnya awak,SeungHo?”Soal ByungHee,perlahan.Matanya masih tidak lepas dari memandang ke arah lelaki berambut blonde itu.Mulut SeungHo yang merah merekah itu membuatkan SeungHo kelihatan lebih menarik dan menyerlah daripada orang lain di sekelilingnya itu.

ByungHee terkejut apabila menyedari SeungHo turut sedang memandang ke arahnya.Entah mengapa jantungnya berdegup pantas apabila melihat senyuman manis SeungHo terhadapnya itu.Mata mereka berpandangan antara satu sama lain.Agak lama mereka dalam keadaan begitu sehinggalah perhatian ByungHee terganggu kerana deringan telefon bimbitnya itu.Perlahan-lahan,dia bangun dari tempat duduknya itu sebelum dia menoleh semula ke arah SeungHo.SeungHo pula sekadar memandang ke arahnya dari tempat dia bermain piano itu.

 

ByungHee berjalan ke suatu sudut yang agak terpinggir dari orang ramai di luar kelab itu.Dia kemudiannya menjawab panggilan telefonnya yang agak lama dibiarkannya sebentar tadi.

“Em...Doo Joon ah...kenapa call ni?”Soal ByungHee.

ByungHee kelihatan leka dengan panggilan telefon Doo Joon yang diterima olehnya itu.Pastinya mengenai kerjanya yang sedang dibincangkan olehnya bersama Doo Joon itu.ByungHee langsung tidak mengendahkan suasana sekelilingnya itu.Dia tidak menyedari dirinya yang sedang diperhatikan oleh sesuatu di sekelilingnya itu.

“Okeylah.Nanti esok kita bincang lagi okey?”Kata ByungHee sebelum dia menamatkan panggilan telefonnya itu.Dia memusingkan tubuhnya semula untuk masuk semula ke dalam kelab itu.Namun,langkahnya terhenti apabila dia mula merasakan dirinya yang sedang diperhatikan oleh seseorang itu.Dia menoleh semula ke belakangnya.Namun jelas sekali tiada sesiapa pun yang berada di belakangnya ketika itu.ByungHee melepaskan nafas panjang.

“Mungkin perasaan aku sendiri rasanya,”bisiknya,perlahan.ByungHee memusingkan semula tubuhnya.Mata ByungHee membulat apabila melihat kelibat seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang berdiri di hadapannya.Wajah lelaki itu tidak dapat dilihatnya dengan jelas memandangkan lelaki itu memakai hoodie yang melindungi sebahagian daripada wajahnya itu.

“Maaf,”ucap ByungHee,perlahan.Dia kemudiannya cuba berjalan melepasi lelaki misteri itu namun langkahnya dihalang.ByungHee menoleh semula ke arah lelaki itu.

“Apa yang awak nak?”Soal ByungHee,yang menyangka lelaki misteri itu adalah budak-budak nakal yang sering mengganggu orang awam di sekitar kawasan itu.Lelaki misteri itu sekadar tersenyum nipis.

“Saya Cuma nak minta maaf dari awak,Jung Byung Hee ssi,”kata lelaki itu,perlahan.ByungHee terkejut apabila lelaki misteri itu mengetahui namanya.Lelaki itu menoleh ke arahnya sambil tersenyum nipis.

“Saya nak minta maaf dengan awak ... atas... kematian teman wanita awak...Ye Jin...”kata lelaki itu lagi.Ternyata kata-kata lelaki itu membuatkan ByungHee semakin terkejut.Tanpa berfikir panjang,ByungHee terus menarik sweater hitam yang dipakai oleh lelaki misteri itu.

“Siapa kau sebenarnya?Apa yang kau tahu pasal Ye Jin?”Soal ByungHee,masih cuba mengawal perasaan marahnya itu.Lelaki itu sekadar tersenyum.

“Aku tak sengaja bunuh dia.Aku minta maaf,”kata lelaki itu.ByungHee melepaskan sweater yang dipakai oleh lelaki itu.Dia berundur beberapa langkah,menjauhi lelaki itu.Lelaki misteri itu sekadar memandang ke arahnya.

“Kau...kau yang bunuh Ye Jin?”Soal ByungHee,tidak percaya.Lelaki itu tersenyum lagi ke arahnya sebelum dia bergerak pantas menuju ke arah ByungHee.Kolar baju lelaki itu ditariknya sehingga membuatkan tubuh ByungHee terangkat.Lelaki itu kemudiannya menurunkan hoodie yang menutupi sebahagian daripada wajahnya itu.ByungHee terkejut apabila wajah lelaki misteri yang mulai jelas kelihatan itu.

“Park Sang Hyun ssi?”Soal ByungHee,tidak percaya.Sang Hyun sekadar tersenyum ke arahnya.

“Atau pun lebih dikenali sebagai Cheondung,”kata Sang Hyun atau Cheondung pula.Cheondung tersenyum lagi ke arah ByungHee.

“Takkan kau dah lupakan aku?”Soal Cheondung pula.ByungHee membisu.Lidahnya kelu untuk bersuara.Cheondung mendekatkan wajahnya pada telinga ByungHee.

“Aku masih belum tunjukkan dekat kau, tempat cantik yang ada di Seryang-Je seperti yang aku janjikan dulu,”bisik Cheondung sambil tersenyum sinis.Mata ByungHee terbuntang luas apabila mendengar kata-kata Cheondung itu.

 

 

Cheondung : Saya rasa...awak ni seorang jurugambar.Betul kan?

 ByungHee: Saya belum jadi jurugambar professional lagi.Saya Cuma minat dengan hobi tu.

 Cheondung : Jadi,awak datang sini sebab nak dapatkan pemandangan yang terbaik untuk dijadikan koleksi awaklah ye?Kalau macam tu,saya boleh temankan awak.Saya dah lama duduk sini.Jadi,saya tahu tempat-tempat yang menarik yang saya boleh tunjukkan dekat awak.

ByungHee: Jinja?Awak boleh tunjukkan kepada saya?

Cheondung :Kalau awak nak tahu,dekat dalam hutan Seryang-Je ni...ada banyak tempat yang awak takkan dapat jumpa di tempat lain.Lagipun bukan semua orang yang tinggal di sini dapat sampai ke tempat tu.Kalau awak pergi tempat tu,saya yakin awak akan rasa berat hati untuk tinggalkan tempat ni.

ByungHee : Betul ke ni?Sebab saya datang sini pun selepas saya terjumpa gambar tempat ni dalam diari ibu saya.Dia pun cakap yang tempat ni sangat cantik.Sebab tulah saya bertekad untuk datang sini walaupun ibu saya tak izinkan sebenarnya.

Cheondung : Baguslah kalau awak tetap berdegil untuk datang sini.Awak takkan rugi apa-apa pun.Percayalah.

ByungHee: Oh ya,nama saya Jung Byung Hee.Awak boleh panggil saya ByungHee.

Cheondung : Saya Park Sang Hyun.Panggil saya Cheondung.

 

 

Serta-merta kejadian yang menimpanya di Seryang-Je 2 tahun lalu itu kembali muncul dalam ingatannya.

“Jadi sekarang,kau mesti dah ingat aku balik kan?”Soal Cheondung,sinis.ByungHee menelan air liurnya.

“Apa yang kau nak dari aku?”Soal ByungHee.Cheondung tersenyum sinis.

“Ikut aku.Dan kau akan tahu jawapannya,”kata Cheondung.ByungHee memandang ke arah lelaki berambut merah jambu itu.

“Oh ya...kalau kau tetap berdegil kali ni...kau jangan salahkan aku kalau sesuatu terjadi ke atas omma kau pula lepas ni,”kata Cheondung lagi,mengugut.

“Aku tak faham apa yang kau cuba maksudkan,Cheondung ssi.Apa yang aku dah buat sehinggakan kau sanggup bunuh Ye Jin yang langsung tak bersalah tu?”Soal ByungHee,menahan geram.Cheondung melepaskan kolar baju lelaki itu.Dia menundukkan wajahnya sebelum menguntum senyuman sinis.

“Nampaknya kali ni kau betul-betul dah bersedia,SeungHo,”kata Cheondung.ByungHee menoleh ke arah belakangnya.Kelihatan SeungHo sedang berdiri di belakangnya dengan wajah yang tegang.

“SeungHo?”

SeungHo mengelakkan pandangannya daripada memandang ke arah ByungHee yang sedang terpinga-pinga itu.

“Yang Seung Ho!”Laung Cheondung.

“Kau sendiri dengar kan yang manusia ni masih tak faham situasi yang sedang berlaku sekarang ni?Aku rasa kau yang lebih berhak untuk beritahu dia segala-galanya yang kau rahsiakan dari dia selama ni,”kata Cheondung lagi.ByungHee menoleh ke arah SeungHo yang membisu sejak dari tadi itu.

“Aku akan datang cari kau lagi bila kau dah betul-betul bersedia,ByungHee,”kata Cheondung sebelum dia beredar meninggalkan ByungHee dan SeungHo berdua di situ.ByungHee terus memandang ke arah SeungHo.

“Jadi...betullah yang saya bukan bermimpi selepas kejadian yang menimpa saya di Seryang-Je 2 tahun yang lalu tu?”Soal ByungHee,inginkan kepastian.SeungHo tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu.Sebaliknya dia terus memandang ke arah ByungHee.

“Apa yang awak mengarut ni,ByungHee?Saya tak faham apa yang awak cakapkan ni,”kata SeungHo sambil tersenyum.

“Awak jangan bohong lagi,SeungHo.Selama ni...apa yang saya fikirkan mengenai awak...memang betul.Awak...awak bukan seperti orang lain yang saya pernah jumpa.Awak berbeza.Cuma saya tak dapat pastikan...siapa awak sebenarnya,”kata ByungHee.SeungHo kemudiannya berjalan mendekati ke arah ByungHee.

“Kalau saya beritahu siapa saya yang sebenarnya...”SeungHo memandang tepat ke arah anak mata ByungHee yang berwarna hazel itu,mirip dengan mata milik Sun Mi itu.

“...adakah awak akan benarkan saya untuk berada di sisi awak seperti yang berlaku sebelum ni?”Soal SeungHo.ByungHee sekadar memandang ke arahnya tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!