006

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Yiryung membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran matahari dari tingkap bilik itu membuatkan mata Yiryung sedikit silau. Dia bingkas bangun dan mula membersihkan diri. Sehelai gaun kuning lembut disarung ke badannya. Rambutnya yangasih basah dibiarkan lepas. Selepas siap bersiap, Yiryung keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.

"Belum bangun ke? Sarapan pun tak ada," Yiryung berkata sendirian. Dia membuka peti sejuk dan tersenyum apabila terdapat sedikit bahan untuk dia menyediakan sarapan. "Ah! Pakailah dulu bahan ni. Nanti lepas masak aku boleh pergi mini market. Ganti semula," bisik Yiryung. Apron di kaunter dapur dicapai. Yiryung memulakan aktiviti memasaknya.

"Siap!" Yiryung terjerit kecil. Dia menutup api dan mengambil sebuah bekas dari kabinet dapur. Nasi goreng kimchi yang disediakannya diletakkan di dalam bekas tersebut. Kemudian, dia keluar untuk ke pasar mini berdekatan.

Kyungsoo bangun untuk melakukan rutin hariannya. Menyediakan sarapan untuk isi rumah tersebut. Namun, apabila dia masuk ke dapur, sarapan sudah tersedia di ruang makan. Sehelai sticky note yang ditampal di di pintu peti sejuk dibacanya.

 

Saya ke mini market sekejap. Awak makanlah dulu. Jangan tunggu saya. Saya nak ambil angin lepas beli barang dapur.

- Yiryung -

 

Sticky note itu dicabut dan disimpan ke dalam poketnya. "Morning! Kyungsoo masak apa hari ni?" tanya Baekhyun yang tiba-tiba muncul di ruang makan.

"Bukan Kyungsoo yang masak. Kawan saya yang tumpang rumah kita masak. Saya rasa hari ni bukan rezeki hyung nak jumpa dia. Dia tak ada dekat rumah ni sekarang. Dia keluar sekejap ambil angin," jawab Kyungsoo.

"Tak apa. Next time kan ada. Hyung tak kisah," ucap Baekhyun. Sebenarnya, dia agak kecewa apabila hajatnya tidak kesampaian.

"Hari ni saya masuk lambat sebab nak hantar dia. Mungkin lepas lunch baru saya masuk. Hyung pergilah dulu," Baekhyun hanya mengangguk. Tangannya mencapai mangkuk dan sudu lalu mengambil sedikit nasi goreng kimchi itu ke dalam mangkuknya. Sesudu nasi disuapkan ke dalam mulutnya. Sebaik sahaja dia mengunyah, mukanya berubah. Sesudu lagi nasi dimasukkan lagi ke dalam mulutnya dan perkara yang sama diulang lagi walaupun mulutnya masih penuh.

"Hyung jangan makan laju-laju. Nanti tercekik," Kyungsoo memberi amaran namun dia terdiam selepas itu apabila menyedari Baekhyun kini menangis. "Hyung, okey ke?" tanyanya dengan risau.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~