021

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

 *Please vote my story if you like it. Saya tak paksa but kalau korang vote, saya amat hargai apa yang korang bagi... ^^

Sehun sedang nyenyak tidur namun tidurnya terganggu apabila suara seseorang merintih kedengaran. Dia lantas membuka matanya. Tiba-tiba dia diserang perasaan seram sejuk dek suara itu. Jam dipandang. 2 pagi. Sehun menelan air liurnya. Pengaruh filem seram sememangnya mudah menakutkan penontonnya.

"Eomma... Jangan pergi... Yeri takut," Sehun mengamati suara rintihan itu.

*Yeri?*

Sehun berfikir sejenak. Kemudian, barulah dia teringat bahawa dia dan Yeri sedang berkongsi bilik. Yeri yang sedang tidur di atas lantai itu dipandangnya. Gadis itu berkeras menyuruhnya tidur di atas katil. Alasannya, Sehun perlu tidur dengan selesa dan nyenyak supaya dia boleh menghadiri seminar tersebut dengan bersemangat kerana cukup rehat. Bila difikirkan semula, Sehun tidak pernah lagi mendengar orang bersemangat menghadiri seminar perniagaan.

"Eomma!" jerit Yeri dan dia terus terbangun daripada tidurnya. Dia terduduk. Peluh yang membasahi anak rambutnya dikesat dengan tangan. Nafasnya turun naik. Dia tidak boleh tenang. Dia perlukan ubatnya. Beg sandang yang sering dibawanya dicari. Namun, beg itu terlalu jauh untuk dia capai. Yeri cuba bangun tetapi malangnya dia terduduk semula. Kakinya lemah, begitu juga badannya.

"Nah," satu tangan menghulurkan botol biru cair yang berisi ubat yang diperlukan Yeri. Sehun mengambil air kosong dan terus membantu Yeri memakan ubat itu.

"Thanks," ucap Yeri apabila nafasnya sudah kembali stabil. Dia memerlukan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit untuk keadaan dirinya kembali normal. Sehun mengangguk.

"Kau tidurlah dekat katil. Kongsi dengan aku. Aku tak akan buat apa-apa. Lagipun, aku tak rasa kita boleh tidur sekarang," ucap Sehun. Yeri hanya mengangguk lemah. Dia sebenarnya sedikit kesejukan disebabkan tidur hanya berlapikkan comforter yang nipis. Sehun mengangkatnya dan meletakkan Yeri di atas katil. Selimut putih ditarik sehingga pinggang gadis itu. Yeri hanya diam. Perasaannya bercampur. Terharu, disayangi dan yang paling pelik, hatinya berbunga-bunga. Hatinya sedikit berdebar.

Setelah kedua-duanya duduk di atas katil itu, suasana sepi menyelubungi mereka."Macam mana kau tahu aku ada ubat?" tanya Yeri, berharap suasana sunyi sepi ini dapat dihapuskan.

"Nuna beritahu. Dia minta aku jaga kau," jawab Sehun dengan jujur.

"Dia ada cerita apa-apa ke?" tanya Yeri lagi.

"Serba sedikit fasal masa silam kau?" jawab Sehun. Sedikit tidak pasti.

"Patutlah," bisik Yeri perlahan namun masih dapat didengari Sehun.

"Kau tak nak share dengan aku? Mana tahu boleh kurangkan beban kau," pinta Sehun. Yeri tersenyum.

"Janji dengan aku. Lepas dengar cerita aku, kau tak akan pandang aku dengan pandangan simpati," ujar Yeri. Jari kelingking miliknya dihulurkan kearah Sehun. Sehun tergelak perlahan dan menyilangkan jari kelingkingnya ke jari gadis tersebut. Janji. Dia sudah berjanji.

 

 

Cuaca indah pada hari itu namun tidak seindah keadaan Yeri. Yeri berlari, berkaki ayam dan ditemani perasaan takut yang bersarang di hati. Dia menuju ke taman permainan yang berada kira-kira dua kilometer dari rumahnya. Dia perlu lari sejauh mungkin demi menyelamatkan dirinya. Kawasan berdekatan rumahnya bukan kawasan yang sesuai.

Seluruh badannya dipenuhi luka dengan kesan darah yang kering mahupun yang belum kering menghiasi bajunya. Bibirnya pecah. Rambutnya sudah terkeluar dari ikatan getah.

Setelah tiba di taman permainan tersebut, dia masuk ke dalam deretan tiga buah gelung yang di susun bersama. Badannya yang kurus dipeluk dan dia membenamkan mukanya ke lututnya. Kepedihan yang dirasakan apabila air matanya terkena luka pada lutut dan pipinya tidak dapat dibandingkan dengan kepedihan hatinya.

Dia mengenangkan nasib ibunya di rumah. Tentu teruk keadaa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~