027

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

4 bulan kemudian...

Yiryung semakin tabah dari hari ke hari untuk menanti saat Kyungsoo akan sedar. Kadangkala, ketabahannya goyah jua namun ramai yang ada di belakangnya untuk menyokongnya. Sangat ramai dan Yiryung sangat bersyukur. Ibu bapanya, ibu bapa mentuanya, Exo dan RV. Yiryung mengelap tubuh Kyungsoo seperti yang selalu dilakukan setiap hari. Luka dan lebam di wajah dan badan Kyungsoo telah pulih sepenuhnya malah bekas pembedahan di badannya juga sudah bertambah baik. Doktor yang merawat Kyungsoo kerap menyatakan kemungkinan Kyungsoo untuk sedar semakin besar. Yiryung juga semakin teruja apabila keadaan Kyungsoo bertambah baik. Membolehkannya meletakkan harapan tinggi dalam dirinya bahawa mereka akan bersama semula.

Di dalam fikirannya, dia sudah merancang untuk berpindah ke rumah baru mereka untuk memulakan hidup baru. Kata orang tua mereka berdua, rumah mereka masih belum dihias. Terpulang kepada mereka untuk mereka hiasan dalaman rumah itu. Yiryung tidak sabar untuk memilih hiasan dalaman rumah mereka bersama Kyungsoo. Dia juga tidak sabar untuk melihat rumah baru mereka. Boleh sahaja dia pergi meninjaunya dahulu namun apabila mendapat tahu Kyungsoo juga belum melihat rumah itu, dia menyimpan sahaja hasratnya. 

Pintu wad terbuka. Puan Do dan nenek Kyungsoo melangkah masuk ke dalam wad tersebut. Yiryung bangun dari duduknya dan menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat.  Puan Do memeluknya seperti biasa manakala nenek Kyungsoo hanya tersenyum kecil. Sangat kecil sehinggakan jika dipandang sekilas, tiada siapa yang akan perasan akan senyuman itu.

Yiryung membalas senyuman itu. Walaupun kecil, dia senang melihatnya setelah dia bersusah payah mencuba untuk menambat hati wanita lanjut usia itu selama empat bulan ini. Bermacam yang dilakukannya walaupun kebanyakkannya dirosakkan oleh sifat kalutnya sendiri. Antarannya, dia cuba memasak lauk kegemaran nenek Kyungsoo namun dia menyediakannya terlalu pedas. Ketika mengambil air untuk diberikan kepada nenek Kyungsoo, air itu pula tertumpah ke seluarnya kerana dia terlalu cemas. Tidak cukup dengan itu, dia jatuh terduduk kerana tergelincir. Yiryung sangat malu ketika itu. Setelah memberikan air kepada nenek Kyungsoo, dia meminta diri untuk menukar seluarnya. Dia berjalan perlahan-lahan sambil memegang pinggangnya yang sakit. Nenek Kyungsoo melihatnya sambil tersengih. Ketika itu, neneknya mulai sedar sifat sebenar Yiryung bukan seperti jangkaannya.

"Kamu dah makan?" tanya Puan Do. Yiryung hanya menggeleng. "Pergilah makan, Yiryung. Jangan sampai nanti Kyungsoo tak kenal kamu sebab kamu dah terlebih kurus," gurau Puan Do. Yiryung tergelak.

"Yiryung tahu mama nak datang. Jadi Yiryung tunggu dulu sementara mama sampai. Kalau Yiryung pergi makan, nanti tak ada siapa temankan Kyungsoo. Kesian dia. Pagi dah tinggal seorang sebab semua kerja. Petang pula sunyi sebab tak ada orang bercakap dengan dia," terang Yiryung. Puan Do menggelengkan kepalannya melihat bertapa tingginya sayang Yiryung terhadap Kyungsoo.

"Dah kamu pergi makan. Biar mama dan nenek yang temankan Kyungsoo," Yiryung mengangguk dan mula mengatur langkah meninggalkan wad tersebut dan menuju ke kafe. Dia perlu memenuhi permintaan perutnya yang perlu diisi. "Eomma suka dengan Yiryung?" tanya Puan Do setelah yakin Yiryung sudah pergi jauh.

"Sikit. Eomma masih tak boleh ketepikan yang dia pernah mengandung sebelum berkahwin dengan Kyungsoo," jawab nenek Kyungsoo. Puan Do melepaskan keluhan berat apabila perkara itu diungkit.

"Salah cucu eomma juga. Takpelah. Eomma ambil masa. Satu hari nanti, eomma akan sayang sang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~