015

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Yiryung membetulkan selimut yang membaluti tubuh Yeri. Rambut depan Yeri yang menutup mukanya dikemaskan. Dia memerhati air muka Yeri yang tenang ketika tidur. *Alangkah bagusnya kalau sejarah hidup kau setenang muka kau bila kau tidur. Seceria muka kau bila kau ketawa* Yiryung melepaskan satu keluhan berat.

Dia mengambil sehelai tisu basah dan mengelap sisa air mata di wajah Yeri. Sambil membersihkan wajah gadis itu, dia teringatkan Sehun. Rasa bersalah menyerangnya apabila dia menampar Sehun dengan tiba-tiba tanpa menghiraukan fakta bahawa lelaki itu tidak mengetahui apa-apa tentang Yeri.

Yiryung bangun dari katil tersebut dan meninggalkan bilik itu. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Sehun. Talian disambung serta merta. Sehun menjawab panggilan tersebut dengan pantas. Yiryung sedikit tersenyum apabila memikirkan Sehun yang semestinya tidak senang duduk semenjak kejadian tadi.

"Nuna," panggil Sehun.

"Boleh kita jumpa?" tanya Yiryung.

"Boleh. Ahjumma tu okey ke?" tanya Sehun pula.

"Kita jumpa dulu. Nanti nuna text dekat mana nak jumpa," Yiryung menjawab. Setelah mencapai persetujuan, talian diputuskan.

 

"Sehun still tak faham apa yang jadi tadi. Kenapa nuna tampar Sehun bila Sehun ungkit fasal parents Yiryung?" tanya Sehun sebaik sahaja makanan yang dipesan mereka sudah dihidangkan.

"Dulu, ada seorang budak perempuan. Dia comel, ceria. Dia sangat positif. Sampai pada satu hari, budak perempuan tu ternampak ayah dia tengah bermesra dengan perempuan lain. Tak cukup dengan itu, dia selalu nampak ibunya dipukul dengan kejam oleh ayah dia sendiri," Yiryung memandang Sehun tepat ke dalam anak mata lelaki itu.

"Lepas beberapa tahun, penderitaan ibunya berakhir apabila ibu bapanya bercerai. Tapi, untuk sara kehidupan, ibu dia gunakan dia. Dia terseksa," air mata yang mula mengalir dibiarkan tanpa dikesat.

"Budak perempuan yang comel, ceria tu membesar jadi remaja yang pendiam, dingin. Kesedihan peneman hidup dia. Ibunya meninggal semasa umur dia 13 tahun sebab penyakit HIV. Seorang nenek ambil dia sebagai cucu angkat. Sedikit demi sedikit dia berubah menjadi semula diri asal dia yang positif sehingga ke hari ini," sehelai tisu dicapai Yiryung dan air matanya dikesat perlahan.

"Siapa budak perempuan tu?" tanya Sehun.

"Jang Yeri," jawab Yiryung ringkas. Sehun terdiam. Kini, dia faham mengapa ayatnya tadi membuatkan Yeri menangis dan Yiryung menamparnya.

"A-Ahjumma?" Yiryung mengangguk. 

"Nuna minta maaf sebab tampar Sehun tadi. Tapi nuna harap Sehun minta maaf dengan Yeri," ucap Yiryung.

"Dia okey ke sekarang?" tanya Sehun.

"Dia tidur lepas dia tenang sikit. Cerita tadi tak lengkap. Itu cuma secara kasar. Nak ingat balik apa yang dia cerita tentang kisah silam dia je nuna dah tak sanggup. Jadi, kalau Sehun nak tahu detailnya, tanya terus pada Yeri. Dia mungkin akan beritahu Sehun," Sehun hanya mengangguk.

"Umm... Ahhh... Huh," Sehun kehabisan kata-kata.

"Dalam beg Yeri, mesti ada ubat dalam botol warna biru muda. Kadang-kadang dia akan diserang bayangan masa silam dia. Pastikan dia makan ubat tu setiap kali penyakit dia datang. Nuna dah tak boleh protect dia sepenuhnya sebab nuna dah nak kahwin. Sehun boleh gantikan tempat nuna kan?" tanya Yiryung. Sehun hanya diam.

"Sehun cuba," jawab Sehun setelah lama berfikir.

"Lagi satu, jangan biarkan dia seorang dalam ruang gelap dan sempit. Darah. Jangan bagi dia nampak darah. Dia fobia dengan tiga benda tu. Gelap, ruang sempit dan darah. Ingat pesan nuna," Yiryung memandang Sehun dengan pandangan sayu.

"Okey," jawab Sehun.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~