008

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

 "Minah unnie!" jerit Yeonsoo kegembiraan apabila wanita yang sangat disanjungi itu berada di depan matanya. Yeonsoo melangkah masuk ke pejabat Minah dan terus memeluknya.

"Yeonsoo-ah! Bila balik? Sihat?" Minah membalas pelukan tersebut dan menjemput Yeonsoo untuk duduk di sofa yang terdapat dalam pejabatnya.

"Pagi tadi sampai. Yeonsoo sihat. Unnie?" tanya Yeonsoo kepada Minah. Minah hanya tersenyum dan mengangguk. "Tadi Yeonsoo pergi jumpa oppa. Betul ke unnie dengan oppa dah putus?"

"Yes, kami dah putus. Unnie dah jumpa orang baru. Romantik, exactly unnie punya taste," jawab Minah.

"Boleh tak unnie get back dengan oppa? Please?" Yeonsoo merayu.

"Yeonsoo. Tak semua benda kita boleh paksa terutama yang melibatkan hati dan perasaan. Unnie tak boleh. Yeonsoo tolonglah faham unnie," balas Minah.

"Deh, unnie. Tapi kalau unnie tukar fikiran dan nak get back dengan oppa, Yeonsoo boleh tolong unnie. Okey?" Yeonsoo berpesan membuatkan Minah sedikit serba salah sebelum mengangguk agar gadis itu tidak berkecil hati.

 

Yiryung berjalan bersama Yeri di sekitar Myeongdong. Tangan Yeri sudah sarat dengan pelbagai beg yang berisi pakaian. Baginya, dia tidak kisah pakaian itu murah asalkan dia selesa. Setelah penat berjalan, mereka berdua singgah di sebuah kafe untuk membeli minuman. Setelah memesan dua cawan vanilla latte, mereka membuat keputusan untuk duduk sebentar di kafe itu. "Yeri. Aku nak pergi tandas sekejap," ucap Yiryung. Yeri hanya mengangguk.

Semasa hendak menuju ke tandas wanita, Yiryung terlanggar seseorang. Dia segera menunuduk dan meminta maaf sebelum mengangkat muka. "Sorry encik. Saya tak perasan," kata Yiryung.

"Takpe. Saya tak kisah. By the way, awak okey tak ni? Macam kuat je kita berlanggar tadi?" tanya lelaki itu. Yiryung mengerutkan dahinya apabila cara sebutan lelaki itu agak janggal. "Kalau awak curious, saya bukan orang Korea. Sebab tu sebutan saya pelat,"

"Oh, bukan orang Korea. Saya okey. Tak sakit sangat pun," balas Yiryung.

"Ni kad saya. Kalau ada benda serius atau tanda-tanda sakit sebab insiden tadi, tolong contact saya. Saya tanggung bil hospital," lelaki itu menghulurkan sekeping kad lalu Yiryung menyambutnya. 

"Tapi encik, langgar tak teruk pun. Nak kena pergi hospital juga ke?," tanya Yiryung.

"Kadang-kadang benda yang tak teruk tulah yang teruk. Saya tak suruh awak pergi check sekarang. Maksud saya kalau sakit tempat terlanggar tadi berlarutan, jumpalah doktor," pesan lelaki itu.

"Oh, okey. Saya pergi dulu. Thanks," ucap Yiryung.

"You're welcome," ucap lelaki itu.

 

Kris Wu Yi Fan

Ketua Unit Kecemasan, Hospital Baekbeom

010 - 7569075

 

Yiryung membaca kad di tangannya sebelum

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~