019

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Sebaik sahaja mereka sampai di apartmen mereka, mereka berdua terduduk di sofa empuk dan bersandar. Bertapa nikmatnya dapat berehat seketika. Sejak tiba di Seoul, Yiryung dan Kyungsoo tidak berpeluang untuk merehatkan badan setelah beberapa jam penerbangan dari Brazil. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Kelopak mata mereka semakin berat. "Yiryung-ah. Jangan tidur dulu. Pergi mandi dulu," tegur Kyungsoo apabila menyedari Yiryung hampir tertidur. "Tak selesa tidur kalau tak mandi," sambung Kyungsoo. Yiryung hanya mengangguk dan dengan lemah, dia mengatur langkah menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi, Yiryung duduk di meja solek dan memakai produk penjagaan kulitnya. Rambutnya yang basah masih dibungkus dengan tuala. Dia membuka laci meja tersebut dan mengeluarkan alat pengering rambut. Kepenatan tubuh badan membuatkannya malas untuk mengeringkan rambutnya. Akhirnya, dia hanya merenung alat pengering rambut itu. Kyungsoo yang baru keluar dari bilik mandi ketawa kecil melihat telatah isterinya. "Kenapa ketawa?" tanya Yiryung. Kyungsoo mendekatinya dan berdiri di belakang Yiryung. Alat pengering rambut di tangan Yiryung dicapainya.

"Sini, saya keringkan rambut awak," Kyungsoo berkata lembut membuatkan Yiryung tersenyum.

"Thanks," ucap Yiryung perlahan.

"No problem," balas Kyungsoo. Perlahan-lahan dia mengambil sedikit demi sedikit rambut Yiryung dan dikeringkan. Yiryung memandang Kyungsoo melalui biasan cermin dihadapannya. Tekun dan berhati-hati lelaki itu membuat kerja. "Kenapa pandang saya macam tu," tanya Kyungsoo. Matanya tidak lepas dari rambut Yiryung.

"Saya sayang awak," ikhlas dari hati tiga perkataan itu meluncir keluar dari mulut Yiryung. Pergerakan tangan Kyungsoo terhenti. Dia memandang Yiryung yang kini sedang asyik melayan malu dengan pipi yang jelas kemerahan.

"Saya pun sayang awak sangat-sangat," balas Kyungsoo. Yiryung membalas renungan mata Kyungsoo. Keikhlasan dan kepastian jelas terpancar dari mata mereka berdua. Kyungsoo tunduk dan mencium pipi Yiryung. "Saya sayang awak sejak saya selamatkan awak. Saya jatuh cinta dengan awak bila saya tengok bertapa kuatnya awak tempuhi semua dugaan besar macam tu," tambah Kyungsoo.

"Kenapa awak tak bagitahu saya sejak awal?" tanya Yiryung. Dia mengenggam tangan Kyungsoo yang memegang bahunya.

"Saya baru sedar perasaan saya bukan setakat dalam tahap suka tapi dalam tahap sayang. Itupun semasa bulan madu kita. Lepas kita spend time berdua sahaja," luah Kyungsoo.

Yiryung tersenyum bahagia. "Saya tak tahu nak cakap apa but thanks sebab sudi terima perempuan ko-" Kyungsoo mencium bibir Yiryung.

"Jangan sesekali awak cakap awak kotor. Saya tak suka. Awak perfect di mata saya," ucap Kyungsoo. Yiryung memandangnya dengan mata yang berkaca. Lama-kelamaan, air mata sejernih mutiara jatuh dari mata coklatnya. Kyungsoo mengesat air mata isterinya. "Janganlah menangis. Walaupun awak tetap cantik bila menangis, tak bermakna awak boleh menangis sebab saya," pujuk Kyungsoo lembut.

Dia menyimpan semula alat pengering rambut ke dalam laci. Kemudian, dia mengangkat Yiryung dengan berhati-hati dan membaringkan Yiryung di atas katil. Dia turut baring di sebelah Yiryung dan selimut yang membaluti tubuh mereka berdua dibetulakan. Yiryung mengiring dan menghadap Kyungsoo. Kyungsoo memeluknya erat. "Kyungsoo, siapa sebenarnya Minah pada awak?" tanya Yiryung dengan tiba-tiba. Dia membenamkan mukanya ke dada Kyungsoo.

"Kenapa awak tanya tiba-tiba?" soalan Yiryung dibalas dengan soalan.

"Saya sedar ada satu perasaan pelik antara awak berdua. Janggal? Something like that. Even layanan Yeonsoo terhadap dia pun lain. Tak macam cara dia layan saya. Seolah-olah saya tak wujud," jawab Yiryung.

"Minah, kawan baik saya sejak kecil. Dia juga bekas girlfriend saya. Saya tak nak berahsia dengan awak. Yeonsoo nak sangat tengok saya dan Minah bersatu semula, sampai sekarang dia masih mencuba. Saya tahu. Saya kenal adik saya. Tapi jangan risau sebab bila dia sedar apa yang dia buat sia-sia, dia akan stop," jelas Kyungsoo. Dia membelai

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~