028

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

"Selepas menjalankan beberapa pemeriksaan lanjut mengenai keadaan Encik Do, dia disahkan mengalami amnesia atau hilang ingatan. Kemungkinan semasa kemalangan tersebut berlaku, kepala pesakit terhentak kuat memandangkan keadaan kereta yang dilaporkan terbalik. Saya masih tak boleh putuskan sama ada amnesia pesakit sementara atau berkekalan. Buat masa terdekat ni, kami akan teruskan terapi untuk pesakit dan memantau keadaannya dengan ketat," jelas doktor panjang lebar.  Yiryung meraup mukannya. Minah yang baru sahaja tiba terus dipeluk Yiryung. Minah menepuk lembut bahu Yiryung, cuba untuk memujuknya. Exo pula hanya menunduk sejak tadi.

"Sabarlah Yiryung. Saya janji akan bantu Yiryung. Saya pun tak sangka hal macam ni boleh terjadi," pujuk Minah.

"Kenapa Yiryung? Kenapa semua perkara buruk jadi dekat Yiryung dalam satu masa? Mungkin Yiryung tak patut ada dalam hidup Kyungsoo, Minah dan Exo. Mungkin tanpa Yiryung, hidup semua orang akan bahagia," rintih Yiryung.

"Nuna... Janganlah cakap macam tu," sangkal Sehun. 

"Yiryung-ah. Challenge! Hidup kalau tak ada cabaran, itu bukan hidup namanya. No challenge, no fun! Positive thingking," Baekhyun menjerit-jerit, cuba memainkan peranan sebagai orang paling bising dalam Exo. Yiryung tergelak.

"So, Do Yiryung, adakah anda menerima cabaran kali ini?" Baekhyun dan Chanyeol bertanya serentak.

"Yes! Saya terima!" jerit Yiryung. Exo bersorak bersama Minah. 

"Maaf. Tolong senyap. Anda menganggu pesakit yang sedang rehat," tegur seorang jururawat membuatkan mereka terdiam. Baru tersedar mereka sedang berada di hospital.

"Saya, Han Minah akan menolak Do Kyungsoo dengan sedaya upaya!" Minah berkata membuatkan Exo bersorak lagi.

"Shhh... Dr. Suho dan Dr. Kris, saya pasti kamu berdua tak nak dikenakan denda kan?" kali ini ketua jururawat pula menegur.

"Yeay! Hyungs kena denda! Sukanya!" jerit Baekhyun, Chen dan Sehun menjerit lagi membuatkan Suho dan Kris mengelabah dan menutup mulut mereka dengan tapak tangan masing-masing. Tinggal Sehun yang belum didiamkan mereka. Bantuan datang segera. Yeri yang baru sahaja tiba dan memukul belakang kepala Sehun.

"Dari hujung koridor aku dah dengar suara kau, jembalang!" marah Yeri. Sehun membuka mulut untuk membalas namun melihat jelingan ketua jururawat tersebut, mulutnya kembali tekunci.

 

"Minah-ssi. Kenapa saya tak nampak Yeonsoo sejak dua minggu lepas? Saya lupa nak tanya mama. Bukan ke dia rapat dengan awak?" Yiryung bertanya sambil mengacau perlahan sup yang sedang direnehnya. Minah yang datang bertandang ke apartmennya sedang duduk di kaunter dapur sambil menikmati pankek yang dihidangkan Yiryung.

"Dia balik Canada sekejap. Selesaikan urusan dia di kolej tempat dia belajar," jawab Minah. "By the way, saya lahir 21 Februari. Awak?" 

"16 Disember. Kenapa?" tanya Yiryung. Dia tidak tahu kenapa hal tarikh lahir tiba-tiba muncul.

"Panggil saya unnie. Saya suka orang panggil saya unnie. Lagi pun Minah-ssi, Yiryung-ssi bukan style saya. Saya bukan jenis yang pentingkan formality," jawab Minah membuatkan Yiryung mengangguk.

"Deh, unnie!" mereka ketawa. Setelah lima minit, Yiryung menutup api selepas merasa sup tersebut. Dia mengeluarkan sebuah bekas untuk mengisi sup tersebut dari kabinet dapur. Kemudian, dia memasukkan bekas tersebut ke dalam sebuah beg kertas bersama beberapa bekas lain yang berisi nasi dan hidangan sampingan. "Tunggu kejap. Yiryung nak pergi salin baju," Yiryung meminta diri sebelum hilang di sebalik pintu bilik.

"Aish. Do Kyungsoo, kenapa kau boleh lupa isteri kau yang perfect macam tu je?" bisik Minah perlahan.

"Jom unnie!" panggil Yiryung. Minah meletakkan pinggan yang telah dibasuhnya di rak dan terus ke ruang tamu. Dia tersenyum melihat gaya Yiryung yang ringkas dan santai.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~