009

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Hari Sabtu menjelang dengan sekelip mata. Yiryung bangun awal untuk bersiap sedia sebelum keluar bersama Yeri untuk ke taman tema. Setelah siap, dia keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu, Yeri sudah menunggu sambil bermain handphonenya. Dia tersenyum ke arah Yiryung dan mereka berdua bersarapan bersama Puan Shin sebelum keluar dari rumah.

Tepat jam 11 pagi, mereka berdua telah pun melangkah masuk ke taman tema tersebut. “Kita nak start dengan apa ni?” tanya Yiryung.

“Entahlah. Kita jalan-jalan dulu lah. Kalau nampak ride best baru kita naik. Okey?” cadang Yeri.

“Okey juga tu,” Yiryung hanya mengangguk.

Mereka berdua terus berjalan di sekitar taman tema tersebut. Namun, setelah satu jam, mereka hanya menaiki roller coaster sahaja. Kebosanan mula menguasai mereka. “Tiba-tiba, rasa bosan pula pergi theme park berdua. Ha-ha,” komen Yeri dengan janggal. Yiryung memandangnya dan ketawa.

“Sepatutnya kita ajak Irene, Seulgi dengan Wendy sekali. Baru fun sebab ramai,” tambah Yiryung. Yeri juga ketawa mendengar kata-kata Yiryung.

“Jom makan aiskrim. Teringin pula,” Yeri berkata.

“Kau pergilah. Aku tunggu kau dekat tempat duduk tu,” Yiryung membalas sambil menunjuk ke arah sebuah kerusi yang berdekatan dengan gerai menjual aiskrim. Yeri hanya mengangguk dan terus berlalu untuk membeli aiskrim.

 

“Lambatnya mamat dua orang ni! Semua hangout dia berdua paling lambat,” rungut Sehun apabila Baekhyun dan Kris masih belum tiba di taman tema itu. Exo hanya diam, membiarkan maknae mereka merungut sendirian.

“Bukan ke Baekhyun, Kyungsoo dengan Sehun duduk serumah. Kenapa Baekhyun boleh lambat?” tanya Suho.

“Pagi tadi Kris hyung call, kereta dia rosak. Baekhyun pergi ambil dia. Dia pesan suruh pergi dulu. Jadi Kyungsoo dengan Sehun gerak dulu,” jelas Kyungsoo.

“Kyungsoo hyung! Jom teman aku pergi beli aiskrim,” ajak Sehun dan terus melangkah pergi tanpa menunggu Kyungsoo. Kyungsoo hanya menggeleng kepala sebelum mengikuti langkah Sehun.

Semua gerai aiskrim yang dikunjungi Sehun dipenuhi orang. Dia merungut lagi. Langkahnya tetap diteruskan dan akhirnya dia ternampak sebuah gerai aiskrim yang kosong. Dia segera menuju ke arah gerai itu. Dari jauh dia sudah dapat mengesan aiskrim dengan perisa kegemarannya dan aiskrim itu tinggal satu. Sebaik sahaja tiba, dia ingin mengambil aiskrim tersebut namun satu tangan lain telah mengambilnya lebih awal.

“Cookies and cream. My favourite!,” Yeri memandang aiskrim di tangannya dan menjerit kecil. Sehun yang sedang panas hati di sebelahnya tidak dihiraukan. Dia membayar dan membuka plastik aiskrim itu sebelum mula menikmatinya. Sehun hanya merenung Yeri dengan tajam membuatkan gadis itu memandangnya. “Boleh saya bantu?” tanya Yeri.

“Kau! Aiskrim aku! Arghhhh!” jerit Sehun kepada Yeri. Yeri yang sedar akan insiden itu mengeluarkan sikap kepala batunya membuatkan keadaan itu semakin teruk. Orang ramai mula memandang mereka. Hanya kerana sebungkus aiskrim.

“Aiskrim kau? Tak ada nama pun? Aku yang ambil dan bayar dulu!” balas Yeri. Api kemarahan masing-masing semakin membara. “Macam inilah ahjussi, kalau nak sangat aiskrim ni, gerai lain banyak lagi lah!” sambung Yeri lagi.

“Bwo! Ahjussi?! Yah, ahjumma! Aku ni muda lagi lah! Jaga sikit mulut kau!” tengking Sehun.

“Ahjumma?! Aku pun muda lagi lah!” jerit Yeri, masih tidak mahu mengalah. Dengan itu, pertikaman lidah antara dua orang kepala batu itu terus-terusan bersambung.

 

“Mana Sehun pergi ni,” Kyungsoo masih mencari Sehun apabila lelaki itu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~