018

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Yiryung dan Kyungsoo tersenyum lebar apabila melihat Yeri, Sehun, Baekhyun, Luhan, Chen dan Suho datang ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan mereka daripada bulan madu mereka. "Shin! Aku rindu kau!" jerit Yeri dan berlari ke arah Yiryung sebelum memeluk sepupunya itu.

"Aku pun rindu kau. Sunyinya tak dengar suara kau," Yiryung ketawa.

"Nuna sunyi? Kalau Sehun, Sehun bersyukur gila. Sehun setiap masa kena dengar suara dia. Sakit telinga tahu tak?" Baekhyun memukul kepala Sehun yang tiba-tiba mencelah. Takut Sehun dan Yeri melancarkan pertikaman lidah dan seterusnya memalukan mereka lagi.

"Minta maaf," arah Baekhyun. Sehun menggeleng dan menjelirkan lidah. Apabila dia melihat Baekhyun mengangkat tangan untuk memukulnya lagi, Sehun segera berlari dan bersembunyi di belakang Luhan.

"Hyung! Tengok tu, dia asyik pukul aku," adu Sehun kepada Luhan. Luhan menggeleng dan menepuk dahinya. Pening kepala dengan sikap keanak-anakan rakan-rakannya.

 

Setelah selesai makan tengah hari bersama Yeri, Sehun, Baekhyun, Luhan, Chen dan Suho, Yiryung dan Kyungsoo singgah sebentar di mansion ibu bapa Kyungsoo untuk mengambil beberapa barang Kyungsoo yang masih belum dipindahkan ke apartmen mereka. Dengan penuh keterujaan, mereka berdua masuk ke dalam rumah untuk bertemu dengan ahli keluarga yang sudah seminggu tidak bersua muka. Kelakuan mereka dikawal apabila mendengar suara orang sedang berbual di ruang tamu. "Ada tetamu," komen Yiryung. Kyungsoo mengangguk. "

"Oppa! Tengok siapa yang datang," jerit Yeonsoo dengan teruja dan dia terus menarik lengan Kyungsoo ke ruang tamu tanpa mempedulikan Yiryung yang masih keliru. "Minah unnie! Oppa dah balik. Unnie berbual lah dengan oppa. Yeonsoo naik dulu," sambung Yeonsoo. Kyungsoo masih terkejut dengan kedatangan Minah tidak perasan bahawa adiknya menolaknya sehingga terduduk di sebelah Minah. Yiryung hanya memerhati dari jarak yang agak jauh.

"Saya balik dulu lah. Sorry menganggu," ucap Minah sebelum mencapai beg tangannya. Perasaan dia terhadap Kyungsoo telah lama lenyap. Dia hanya tidak mahu Yiryung berkecil hati atau salah faham dengan cara layanan Yeonsoo terhadapnya apabila melibatkan Kyungsoo.

"Duduklah dulu. Saya tak kisah. Benda dah lepas. Tak guna kita kenang," Kyungsoo tersenyum sambil bangun sebelum duduk di sofa yang berlainan. "Yo, wifey. Sinilah. Saya nak kenalkan kawan baik saya daripada kecil," panggil Kyungsoo kepada Yiryung. Yiryung berjalan menuju ke arah mereka berdua dan duduk di sebelah Kyungsoo.

"Hai. Saya Han Minah. Kawan baik Kyungsoo," Minah memperkenalkan diri. Yiryung menyambut huluran tangan Minah.

"Hai. Saya Shin Yiryung. Wife Kyungsoo,"

"Cantiknya. Untunglah Kyung dapat dia. Sorry tak dapat hadir majlis awak, Yiryung. Saya ada kerja di Singapore," ucap Minah dengan sedikit rasa bersalah pada nadanya.

Yiryung tersipu malu apabila Minah memujinya. Dia berasa bagai langit dan bumi apabila dibandingkan dengan Minah. Gadis itu kelihatan berkeyakinan dengan penampilan elegan yang ditonjolkan dengan bangga. Namun, Yiryung hanya gadis yang mudah ragu-ragu pada diri sendiri dan penampilannya tidak menyerlah seperti Minah.

"Takpe. Saya faham," ucap Yiryung. Dia menghadiahkan senyuman mesra kepada Minah.

Mereka berdua terus berbual kosong tanpa sedar sepasang mata sedang tajam memandang mereka dari anak tangga. Yeonsoo menggengam penumbuknya sehingga mukannya kemerahan menahan marah. "Shin Yiryung. Perempuan tak guna," kata Yeonsoo dan terus masuk ke biliknya. Rancang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~