004

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Kyungsoo memecut laju sepanjang pemanduannya menuju ke hospital. Yiryung yang tidak sedarkan diri di sebelahnya dipandang dengan penuh kerisauan. Setibanya di hospital, beberapa orang jururawat segera membawa Yiryung ke unit kecemasan. Kyungsoo meraup mukanya dan duduk di ruang menunggu di hadapan unit kecemasan itu.

"Kyungsoo-ah! Apa Kyungsoo buat dekat sini?" tanya Suho yang baru tiba di situ.

"Yiryung-ssi tengah tumpah darah dekat dalam tu, hyung. Penting ke soalan tu sekarang?" tanya Kyungsoo.

"Sorry. Hyung pergi dulu. Nant kita bual," ucap Suho sebelum masuk ke unit kecemasan dengan tergesa-gesa.

Kyungsoo membuka beg tangan milik Yiryung dan mengeluarkan telefon bimbit gadis itu. Kyungsoo bercadang untuk menelefon ibu bapa Yiryung untuk memaklumkan tentang keadaan anak mereka sekarang.Dia mencari nombor telefon rumah Yiryung dan segera mendailnya. Setelah lebih kurang 20 minit, sepasang suami isteri mendekati Kyungsoo. "Encik ke yang telefon kami tadi?" tanya Encik Shin.

"Ya, saya. Saya kawan kepada Yiryung-ssi," Kyungsoo berkata. Puan Shin terus duduk di ruang menunggu itu. Mulutnya tidak henti berdoa agar anaknya selamat. Kyungsoo memerhatikan ibu bapa Yiryung. Melihat gaya mereka, Kyungsoo tahu bahawa Yiryung berasal daripada keluarga berada.

Setelah hampir sejam menunggu, lampu unit

kecemasan bertukar hijau dan Suho melangkah keluar dengan muka kecewa di wajahnya. "Doktor! Anak kami okey?" tanya Puan Shin.

"Cik Shin okey tapi kandungannya tidak dapat diselamatkan. Hentakan yang kuat dan usia kandungannya yang masih di peringakat awal merupakan punca utama kandungannya gugur. Kami telah cuci kandungannya. Cik Shin masih belum sedar disebabkan kesan ubat yang disuntik sebelum pembedahan," jelas Suho.

"M-mengandung?" ucap Puan Shin. Dia jatuh terduduk mendengar berita itu. Encik Shin segera memapah isterinya untuk duduk di kerusi.

"Bila kami boleh lawat dia?" tanya Encik Shin.

"Kami akan pindahkan Cik Shin ke wad biasa sebentar lagi. Selepas itu encik dan puan boleh melawat pesakit," Encik Shin hanya mengangguk. Dia dan isterinya kemudiannya berlalu ke kaunter untuk mendaftarkan Yiryung.

"Kyungsoo. Ikut hyung," Kyungsoo hanya akur.

Suho dan Kyungsoo duduk bertentangan di pejabat Suho. "Cerita dekat hyung apa yang dah jadi,"

"Masa saya pergi Kafe Kkamong tadi, tiba-tiba macam ada kekecohan yang berlaku dalam kafe tu. Saya malas nak ambil kisah tapi bila dengar suara orang minta tolong, saya rasa suara tu macam pernah dengar. Then bila Kyungsoo jengah, Yiryung-ssi tengah mengera

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~