020

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Yeonsoo melangkah keluar dari kereta mewah berwarna royal blue miliknya. Kunci keretanya diserahkan kepada salah seorang pekerja di situ tanpa mengira pangkat mereka. Kali ini, ketua pereka di syarikat itu yang menjadi mangsa. "Satu mm je calar, you're fired," ucap Yeonsoo dengan bongkak. Lelaki itu hanya mengangguk.

Dia melangkah masuk ke bangunan Han Group dengan penuh elegan. Namun, imej elegan yang ditunjukkannya tidak berjaya membuatkan para pekerja menghormatinya. Malah, mereka semakin membencinya. Tanpa menghiraukan pandangan orang lain, Yeonsoo terus masuk ke pejabat CEO setelah mengetuk pintu sebanyak tiga kali. "Unnie!" jeritnya dengan gedik.

Minah yang sedang tekun memeriksa dokumen-dokumen di atas mejanya mengangkat muka. Dia tersenyum melihat Yeonsoo. Butang interkom ditekan. Dia menyuruh setiausahanya menyediakan minuman untuk Yeonsoo. "Ada apa Yeonsoo datang ni? Jarang Yeonsoo melawat unnie dekat pejabat," tanya Minah. Yeonsoo hanya tersengih.

"Nak jumpa bakal kakak ipar pun tak boleh ke?" tanya Yeonsoo. Riak wajah Minah bertukar serius. Dia memandang Yeonsoo.

"Stop it, Yeonsoo. Kami dah putus. There's no love between me and your brother anymore. Zero. Lagipun Kyungsoo dah kahwin. Kesian dekat Yiryung," Minah cuba menasihatinya.

"Tapi Yeonsoo tak suka dia. Dia rampas oppa daripada unnie," balas Yeonsoo. Minah melepaskan keluhan berat.

"Yeonsoo suka atau tidak, itu bukan masalahnya. Mereka dah saling suka sama suka. Yeonsoo kena terima. Itu kebahagian Kyungsoo. Pilihan ibu bapa tak pernah salah, Yeonsoo," ujar Minah lagi.

"Yeonsoo tak percaya. Unnie dah lupa dengan aturan perkahwinan antara Yeonsoo dengan Sehun. Pilihan ibu bapa juga. Tapi tengok apa yang jadi," kata-kata Yeonsoo membuatkan Minah terdiam.

"Unnie minta maaf. Tapi unnie takkan dapat tunaikan permintaan Yeonsoo. Yiryung baik sangat. Dia terlalu perfect untuk Kyungsoo. Mereka dah bahagia sekarang. Unnie tak nak ganggu mereka," Minah berkata setelah lama berdiam.

"Whatever unnie. Kalau unnie tak dapat oppa, maknanya perempuan tu pun tak akan dapat oppa," Yeonsoo berkata sebelum bangun untuk meninggalkan pejabat Minah.

"Lagi satu Yeonsoo. Yiryung tak rampas Kyungsoo daripada unnie. Dia dipertemukan dengan Kyungsoo untuk rawat dan hilangkan luka Kyungsoo setelah apa yang unnie buat pada Kyungsoo. Yeonsoo sepatutnya benci unnie. Bukan Yiryung," Yeonsoo menghentikan langkahnya. Dia berfikir sejenak.

"Whatever," ucapnya perlahan. Dia terus melangkah pergi, meninggalkan Minah dengan perasaan bersalah.

*Kalau malam tu aku tak putuskan hubungan kami, mesti benda ni takkan terjadi. Kyungsoo dan Yiryung takkan terluka. Banyak hati yang akan bahagia* bisik Minah dalam hatinya.

 

Yiryung membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengesat sedikit matanya sehingga sisa ngantuknya hilang sedikit. Wajah Kyungsoo yang sedang tidur dipandang. Dia menyukai keadaan ini. Bangun pagi dan menatap wajah orang yang dicintainya ketika tidur sambil berada dalam dakapannya. Yiryung tersenyum. Dia mengalihkan tangan Kyungsoo dari pinggangnya dan sebelum bangun dan meninggalkan katil. Setelah membasuh muka, dia segera turun ke bawah untuk menyediakan sarapan.

Yiryung membuka peti sejuk. Tidak banyak bahan yang ada memandangkan mereka tidak mempunyai masa untuk keluar membeli-belah sebelum bulan madu mereka. Kakinya yang terseliuh juga merupakan salah satu sebab Kyungsoo menangguhkan pembelian barangan dapur. Yiryung memutuskan untuk menyediakan pankek sahaja. 

Ketika sedang sibuk menyukat tepung, satu tangan memeluknya erat dari belakang. Tanpa perlu berpusing, Yiryung tahu tangan itu milik Kyungsoo. Kyungsoo meletakkan dagunya di bahu Yiryung. "Awak nak masak apa?" tanya Kyungsoo.

"Pankek. Itu je yang boleh saya buat sebab tak ada bahan. Nanti kita keluar beli barang dapur lah. Esok baru saya boleh masakkan yang sedap-sedap untuk awak," balas Yiryung.

"It's okay. Pankek pun sedap. Lagi-lagi kalau awak yang masak. Sini, saya tolong awak," Kyungsoo melipat lengan bajunya. Dia mula memecahkan beberapa biji telur.

"Apalah yang Baekhyun oppa dan Sehun makan bila awak tak ada. Kesian Suho oppa," Yiryung berkata.

"Pandai-pandailah budak berdua tu hidup. Bukan tak ada rumah. Masing-masing rumah besar, siap ada maid lagi tapi mengada nak duduk dengan member. Alasan berdikari. Menyusahkan orang adalah. Wah, bahagianya dapat bebas daripada cengkaman budak berdua tu!" ujar Kyungsoo panjang lebar. Yiryung tersenyum.

Pukul 11 pagi...

"Jom keluar," ajak Kyungsoo.

"Pergi mana?" tanya Yiryung.

"First date," Yiryung terus memandang Kyungsoo.

"Deh?" Kyungsoo ketawa mendengar respon Yiryung.

"Kenapa? Kita kan dah kahwin tapi tak pernah date lagi," Kyungsoo berkata. Yiryung berfikir sejenak.

"Okey. Saya tukar baju sekejap," Yiryung segera naik ke atas dan masuk ke bilik persalinannya. Kyungsoo juga berbuat demikian.

Sedang asyik terfikirkan apa yang perlu dipakai, Yiryung ternampak sehelai kemeja kotak-kotak berwarna merah-coklat. "Tak ingat pun pernah beli baju ni," bisik Yiryung perlahan. Dia cuba menyarung kemeja itu. Padan dengan saiz badannya. "Dah tentu bukan Kyungsoo punya,"

Tanpa melengahkan masa, Yiryung mengambil sehelai dress berwarna putih dengan reben kecil di pinggangnya dan memakainya. Dia memutuskan untuk menyarungkan kemeja itu di luar gaunnya tanpa membiarkan kemeja itu berbutang memandangkan matanya sudah dikunci terhadap kemeja itu. Kemeja lengan panjang itu dilipat sedikit sehingga bawah sikunya.

Yiryung memakai solekan nipis dan bibirnya dioleskan dengan pelembab bibir bwerwarna coral. Rambut copper blonde separas rusu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~