025

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Yiryung menyelongkar isi beg tangannya. Cuba mencari handphone yang berdering sejak tadi. "Semak betul beg aku ni," rungutnya. Setelah menemui apa yang dicari, begnya dizip kemas. Dia memasang hasrat di hati untuk mengemas beg tangannya nanti.

 

"Awak buat apa tu?" tanya Kyungsoo apabila melihat Yiryung duduk bersila di atas katil mereka sambil memegang beg tangannya. Sebuah tong sampah kecil diletakkan di sebelah katil tersebut.

"Kemas beg. Dah serabut sangat," jelasnya. Kyungsoo menggeleng kepala mengingatkan tabiat isterinya yang suka menyumbat semua barang sesuka hati.  

"Saya nak buat kerja dekat bilik bacaan sekejap. Nanti kalau awak dah selesai dengan beg awak, awak panggil saya dekat bilik bacaan," ujar Kyungsoo. Yiryung hanya mengangguk.

"Banyaknya kertas dalam beg aku ni," ngomel Yiryung. Dia mengeluarkan lebih kurang 20 helai kertas yang terdapat dalam begnya. Ada resit, memo berkaitan kerjanya dan senarai barangan yang hendak dibelinya. Dia membaca satu persatu memo tersebut. Semua yang sudah tidak digunakan dibuang ke dalam tong sampah.

Memo terakhir dibacanya. Memo yang diberikan Kyungsoo kepadanya dua hari lepas. Dia membelek lama memo tersebut sehingga sesuatu terdetik di hatinya. "Kenapa tulisan Kyungsoo macam aku pernah nampak?" Yiryung berbisik perlahan. Dia memerah otaknya untuk mengingati memori lama. Setelah penat berfikir, Yiryung akhirnya tersedar. Seluruh tubuhnya tiba-tiba dirasakan lemah. Mukanya pucat. Peluh dingin mengalir, membasahi anak rambutnya.

Perlahan-lahan, Yiryung mengatur langkah menuju ke bilik pakaiannya. Dia mendekati deretan beg tangan yang tersusun rapi diatas rak. Beg tangan kecil berwarna biru laut dicapainya. Isi beg tersebut diselongkar sehingga dia menemui apa yang dicarinya. Nota yang ditinggalkan khusus untuknya selepas daranya diambil tanpa kerelaanya. Lipatan nota itu dibuka. Dia membandingkan tulisan yang tertera di nota itu dengan tulisan Kyungsoo.

Dia diserang rasa tidak senang hati. Sesiapa sahaja dapat mengaggak tulisan itu serupa 100 peratus tanpa perlu melakukan ujian makmal. "Yiryung? Awak buat apa dekat sini?" Kyungsoo yang tiba-tiba muncul dibelakangnya bertanya. Yiryung sedikit tersentak. Cepat-cepat dia memasukkan dua helai kertas itu ke dalam poketnya. Beg tangan yang dipegangnya diletakkan semula di tempatnya.

"Tak ada apa-apa. Saya ambil barang dari beg lama saya," Yiryung memberikan alasan. Dia tersenyum paksa.

"Okey," jawab Kyungsoo dengan sedikit rasa tidak puas hati mendengar jawapan Yiryung. Senyuman palsu Yiryung juga dapat ditafsir dengan mudah.

*Apa yang awak sorok, Yiryung?*

 

"Kyungsoo. Saya nak keluar sekejap, boleh?" pinta Yiryung. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan mereka.

"Awak nak pergi mana? Saya baru nak ajak awak pergi tengok rumah baru kita," Kyungsoo membalas.

"Rumah baru?" Kyungsoo mengangguk.

"Mama dan papa awak tak cakap apa-apa ke?" Yiryung menggeleng. "Ini bukan rumah sebenar kita. Rumah kita still belum siap semasa kita kahwin so parents kita sediakan apartmen ni untuk kita duduk sementara. Sekarang rumah kita dah siap. Saya rasa dalam 2 minggu kita dah boleh pindah,"

"Oh... Macam nilah. Saya keluar sekejap, lepas saya balik kita pergi tengok rumah tu. Okey?" cadang Yiryung. Kyungsoo mengangguk dan menserabaikan(?) rambut Yiryung. Yiryung memukul tangannya dan menyikat semula rambutnya menggunakkan jari. "Awak ingat saya ni pet awak?" marah Yiryung membuatkan Kyungsoo ketawa.

 

Yiryung memakir kereta di kawasan berdekatan dan melangkah masuk ke sebuah premis. Dia melepaskan keluhan berat sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di situ. Siapa sangka dia akan ke situ lagi. "Yiryung-ah!" sapa satu suara. Pemilik suara itu terus memeluk Yiryung. Yiryung ketawa kecil dan membalas pelukan tersebut.

"Jina-ah. Kau sihat?" tanya Yiryung. Jina mengangguk.

"Kau sihat?" Yiryung mengangguk. "Kenapa kau berhenti tiba-tiba. Tak cakap dengan aku pun," Jina memuncungkan bibirnya.

"Sorry. Ada benda jadi. By the way, aku datang sini sebab nak jumpa Jonghyun. Dia ada?" Jina mengangguk. Yiryung mengucapkan terima kasih dan terus menuju ke pejabat Jonghyun yang terletak di tingkat dua premis itu.

"Masuk," Yiryung memulas tombol pintu apabila mendapat keizinan untuk masuk ke dalam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~