016

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Dua bulan kemudian...

Pantas masa berlalu dan kini, Yiryung sedang memandang ke arah cermin di bilik persalinan, melihat biasan dirinya dengan sehelai gaun putih membaluti tubuhnya. Setelah dua bulan, hari namanya bertukar menjadi Do Yiryung akhirnya tiba. Dia memandang Yeri yang sedang bermain handphone. "Letaklah dulu handphone tu. Aku macam nak baling handphone kau. Aku tengah nervous bukan kau nak tenangkan aku," marah Yiryung.

"Bertenang Yiryung. Kau nervous macam mana pun hari ini akan berakhir dengan kau sebagai isteri Kyungsoo oppa. Do Yiryung, relaks," ucap Yeri. Yiryung hanya menjeling.

"Wow! Thanks. Nasihat kau sangat membantu," sindir Yiryung.

"Welcome," jawab Yeri selamba. Yiryung mengetap giginya, menahan geram.

"Nuna!" jerit Sehun yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu. Yeri terus menunjukkan muka bengangnya.

"Cukuplah seminggu, sembilan jam selama lima hari aku menghadap muka bak bulan ahjussi ni. Sekarang pun muka dia lagi," gerutu Yeri.

"Eh, kau. Aku bukan nak jumpa kaulah, ahjumma. Menyakitkan hati je dengan muka kedut kau tu," balas Sehun.

"Bingo!" jerit Yiryung tiba-tiba. Yeri dan Sehun memandangnya. "Ingat pesanan a.k.a ramalan yang pasti akan jadi ni. Dalam masa beberapa bulan lagi, satu perasaan akan muncul antara kau berdua. Perasaan yang akan buat Yeri lahirkan anak dengan nama keluarga Oh," beritahu Yiryung.

"Euww.. Tak nak aku/Sehun dengan ahjussi/ahjumma ni!" jerit Yeri dan Sehun serentak. Yiryung tersenyum melihat mereka berdua.

"Tengok chemistry kau berdua. Sangat serasi," tambah Yiryung lagi. Sengaja mahu mengusik kedua-dua maknae kesayangannya.

"Tak payah nak berlagak macam pencari jodoh dekat sini. Aku tak nak ada anak dengan dia. Nanti muka anak aku macam bulan. Ikut dia," Yeri membalas. Sehun menjelingnya. Belum sempat lelaki itu menjawab, Encik Shin telah masuk ke dalam bilik itu.

"Yiryung, jom," ucap Encik Shin. Yiryung merasakan air liurnya tersekat di kerongkong. Tangannya berpeluh. "Relaks. Papa pun rasa macam ni masa nak kahwin dengan mama kamu. Lagi teruk, papa hampir lari daripada majlis tu," gurau Encik Shin membuatkan Yiryung sedikit tenang.

Yeri dan Sehun bertolak-tolak untuk keluar dari bilik itu. Sehun mengambil tempat bersama Exo sebagai pengapit Kyungsoo. Yeri pula mengambil tempat bersama Red Velvet sebagai pengapit Yiryung.

D.O Outfit

Exo Outfit (Semua sama... OMG Sehun!!! xD) 

Red Velvet Outfit

Sebaik sahaja tangan Yiryung disambut Kyungsoo, mata mereka bertentangan. "So, betulah orang cakap. Saat seorang wanita nampak sangat cantik ialah saat dia pakai gaun pengantin sambil berjalan ke arah pengantin lelakinya," pipi Yiryung merah disebabkan pujian Kyungsoo.

"Awak handsome hari ni," puji Yiryung semula.

"Do Kyungsoo memang selalu handsome," Yiryung hanya menjeling Kyungsoo apabila mendengar balasan lelaki itu.

"I now pronounce you as husband and wife," sebaik sahaja ucapan itu kedengaran, satu siri tepukan bergema kuat di dalam dewan itu. "You may kiss the bride,"

Perlahan-lahan bibir Kyungsoo hinggap di dahi Yiryung. Walaupun sedikit, ada sedikit kekecewaan di hati mereka berdua namun perasaan itu ditolak sebagai tanda menghormati antara satu sama lain. "Boo~!" usik Exo dan Red Velvet. Kyungsoo dan Yiryung memandang ke arah bertentangan dengan pipi mereka yang merah.

"Kisseuhae! Kisseuhae! Kisseuhae!" Irene memulakan usikan dengan lebih lanjut diikuti oleh tetamu yang hadir.

Dengan perasaan malu yang masih bersisa, Kyungsoo menarik Yiryung yang memandang Irene dengan pandangan  mautnya. Bibir mereka bersentuhan. Yiryung yang masih terkejut membulatkan matanya dan hanya berdiam. Selepas beberapa saat, dia mula relaks dan membalas sentuhan bibir tersebut. Semua tetamu menepuk tangan dan menjerit kegembiraan.

Setelah seminit, sentuhan itu berakhir. Yiryung dan Kyungsoo mamandang semua tetamu yang hadir. Apabila mata Yiryung bertentangan dengan anak mata coklat muda milik Yiryung, senyumannya terus mati. Jelas, Yeonsoo memandangnya dengan kebencian. Yiryung sedih. Ahli keluarga yang paling rapat dengan suaminya, tidak menerima kehadirannya sebagai seorang isteri kepada abangnya.

 

Setelah semua aturcara majlis selesai, Yiryung dan Kyungsoo masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. "Awak gunalah dulu bilik tu. Saya boleh tunggu. Tak selesa pakai baju macam ni lama-lama," ucap Kyungsoo sambil menunjuk ke arah baju yang tersarung di tubuh Yiryung. Gaun merah jambu lembut tanpa lengan dan dipenuhi dengan bunga ros kecil yang terbentuk dari kain lace, mencecah sehingga ke lantai. Mujur kasut yang dip

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~