026

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Kyungsoo memandu laju. Tanpa arah tuju. Kali ini dia tidak akan mengambil langkah bodoh iaitu minum sehingga mabuk. Dia tidak mahu kesilapan yang sama berlaku. Pasti hati Yiryung yang lebih terluka nanti. Dia tidak mahu meruntuhkan rumah tangga mereka yang sekarang ini berada dalan keadaan tidak stabil.

Kyungsoo bersiap sedia untuk menekan brek apabila lampu isyarat sudah berwarna kuning. Panik menyerangnya apabila brek kereta yang dipandunya tidak dapat berfungsi dan kelajuan keretanya juga tidak membantu. Lampu isyarat kini bertukar kepada merah. Kyungsoo berserah apabila keretanya bergerak laju dengan sebuah trak dari arah kiri, sedang menghala kearahnya.

Pelanggaran berlaku. Kereta yang dipandu Kyungsoo dirempuh teruk dan kereta Kyungsoo terbalik. Darah mengalir di mukanya. Orang ramai mula berkumpul. "Y-yiryung-ah m-mianhae," bisik Kyungsoo. Perlahan-lahan mata Kyungsoo tertutup rapat.

 

Yiryung menghabiskan 30 minit di dalam bilik mandi. Kemudian, dia memakai gaun labuh berwarna putih. Perasaan tidak enak mula menyerangnya. Dia merasa dahinya dengan tangan. Panas. Yiryung melihat wajahnya ke dalam cermin.  Peluh keluar sehingga membasahi anak rambutnya. Bibirnya pucat habis. Mungkin dia diserang demam disebabkan tekanan yang diterimanya hari ini.

Yiryung terus baring di atas katil. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, handphonenya berdering. Dia merungut dan membiarkan sahaja handphonenya, tiada semangat untuk menjawabnya. Dia terlalu penat. Selama sepuluh minit telefon bimbitnya tidak berhenti berdering dan akhirnya Yiryung mengalah. Dia mencapai handphonenya. "Hello?"

"Yiryung! Datang hospital sekarang. Kyungsoo terlibat dalam kemalangan," Kris berkata dengan cemas. Yiryung terus bangkit dari katil. Handphonenya digenggam kemas. Dia mengambil kardigan berkait tangan berwarna coklat dan terus menyarungnya. Kunci kereta dicapai dan dia terus memecut ke hospital.

Sepanjang perjalanan, Yiryung tidak henti berdoa. Dia teringatkan mimpinya tempoh hari. Dia berharap mimpinya itu tidak menjadi kenyataan. Sesampainya di hospital, dia terus  berlari ke arah unit kecemasan. Kelihatan Suho dan Kris sedang berlegar di ruang menunggu. "Mana Kyungsoo?" tanyanya sambil berpaut pada lengan Suho.  

"Tenang Yiryung. Dia sedang dibedah sekarang. Kemalangan tu agak teruk," pujuk Kris.

"Macam mana Yiryung nak tenang? Suami Yiryung..." rintih Yiryung. Dia duduk di kerusi berdekatan. Beberapa minit selepas itu, keluarga Kyungsoo sampai bersama ibu bapanya dan Yeri. Exo pula tiba tidak lama selepas itu.

Yiryung tidak henti menangis dalam dakapan ibunya dan ibu Kyungsoo. Puas kedua wanita pertengahan umur itu memujuknya namun Yiryung terlalu takut untuk bertenang. "Kenapa Yiryung tak halang dia pergi. Kalau Yiryung halang, mesti Yiryung yang ada di dalam tu. Bukan Kyungsoo," rintih Yiryung. Dia terus merintih sehingga semua yang ada di situ sedih melihat keadaannya. Yeonsoo pula sejak tadi tidak senang duduk. Jauh di sudut hatinya, dia juga sedih melihat keadaan Yiryung yang tidak terurus. Namun, dendam menguasai dirinya. Perasaan sedih itu ditolak sebaik mungkin.

Tiba-tiba rintihan Yiryung berhenti. "Yiryung-ah!" jerit Puan Shin dengan cemas apabila melihat anaknya sudah tidak sedarkan diri. Baekhyun yang kebetulan sedang berdiri berdekatan segera mengangkat Yiryung. Suho dan Kris mengikutinya dari belakang.

 

"Kyungsoo!" panggil Yiryung sebaik sahaja dia sedar. Dia memandang sekelilingnya dan mendapati dia berada di dalam wad hospital. Pintu wad terbuka. "Mana Kyungsoo?" tanya Yiryung sebaik sahaja Baekhyun, Suho, Yeri dan Sehun melangkah masuk ke dalam wad itu.

"Pembedahan tu berjaya dan Kyungsoo selamat. Tapi..." ayat Suho tergantung.

"Tapi apa?" Yiryung mengerutkan dahinya. Hatinya bedebar apabila dia yakin dia perlu menerima berita buruk tentang keadaan Kyungsoo.

"Sebabkan kemalangan tu melibatkan kecederaan organ dalaman, Kyungsoo berada dalam keadaan koma. Kemungkinan hanya untuk sementara waktu tapi doktor kata kemungkinan dia koma untuk jangka masa panjang juga besar," sambung Baekhyun. Yiryung menekup mulutnya.

"Ni semua salah Yiryung. Kalau-" Yeri memeluk Yiryung.

"Shin. Berhenti salahkan diri kau. Semua ni jadi tentu ada sebab," pujuk Yeri sambil menepuk lembut belakang badan Yiryung. Yiryung mula menangis.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~