017

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

"Yah! Do Kyungsoo!" jerit Yiryung apabila air laut masuk ke dalam matanya. Dia memukul bahu Kyungsoo sehingga lelaki itu menjerit meminta maaf. "Main kasar! Saya dahlah injured!" marah Yiryung lagi. Kyungsoo ketawa besar melihat reaksi isterinya.

Mereka berdua tidak membazir masa pada hari kedua mereka di Brazil. Setelah bangun daripada tidur, mereka bersarapan dan terus menuju ke pantai yang berdekatan dengan hotel yang didiami mereka. 

"Janganlah marah. Sini, saya tengok mata awak," kata Kyungsoo sambil menarik lembut lengan Yiryung. Yiryung terus mendekatinya. "Pejam mata," arah Kyungsoo. Yiryung memejamkan matanya. Kyungsoo tersenyum nakal. Dia mula memukul permukaan air dengan kuat menyebabkan air itu terpecik ke arah Yiryung. Kali ini, bukan sahaja Yiryung perlu menahan matanya yang pedih, dia juga menahan rasa masin air laut yang masuk ke mulutnya.

"Do Kyungsoo! You're dead," Yiryung mengetap giginya dan menarik rambut Kyungsoo sehingga lelaki itu meraung. 

 

"Kyungsoo, saya ni tak berat ke? Awak tak penat ke asyik kena dukung saya setiap kali kita keluar? Even jarak sekangkang kera pun awak still papah saya or maybe kalau saya tak halang awak dah lama awak dukung saya juga," Yiryung bertanya dan membenamkan mukanya ke tengkuk Kyungsoo.

"Tak, sayang. Awak kan isteri saya. Sebagai suami awak, saya kena jaga awak walaupun perkara kecil," jawab Kyungsoo.

"I'm so sorry sekiranya saya sebagai isteri menyusahkan awak sebagai suami saya," Yiryung berkata perlahan.

"Jangan minta maaf since awak tak salah apa-apa. Dalam sesebuah hubungan, tak ada perkataan minta maaf. Kita kena sentiasa memaafkan antara satu sama lain," balas Kyungsoo. "Jom, saya belanja awak makan aiskrim," Yiryung terus mengangkat kepalanya apabila mendengar ajakan Kyungsoo.

"Jom!" jerit Yiryung dengan teruja membuatkan Kyungsoo ketawa. Mereka berdua terus menuju ke sebuah kafe yang menjual aiskrim berdekatan.

 

Aiskrim yang berada di hadapan mereka segera dimakan sebelum manisan sejuk itu cair. Yiryung dan Kyungsoo berkongsi cerita sambil bergelak ketawa tanpa menghiraukan pandangan iri hati pelanggan lain terhadap kemesraan mereka. Keseronokan mereka membuatkan mereka merasakan hanya mereka berdua yang berada di situ, di dalam dunia mereka sendiri.

"Kyungsoo. Saya malu nak tanya ni. Awak nak anak berapa orang" tanya Yiryung. Pipinya mula kemerahan.

"Saya nak 12 orang. Boleh?" jawab Kyungsoo membuatkan mulut Yiryung terlopong.

"Andwae! Dua orang je saya sanggup then saya tutup kilang beranak saya. Awak nak buat team bola ke apa?!" Yiryung menjeling Kyungsoo.

"Kenapa dua orang je. Saya nak 12," Kyungsoo masih mempertahankan keinginan hatinya. Seronok dia mengusik Yiryung. Gadis itu selalunya blank tidak bertempat.

"Botaklah saya macam tu," Yiryung memuncungkan bibirnya.

"Sampai hati awak tak nak tunaikan keinginan saya," sayu Kyungsoo berkata.

"Bukan saya tak nak tapi..." seribu satu alasan diberikan Yiryung tanpa henti.

"So awak nak lah" Kyungsoo memasang jerat.

"Nak! Eh?" Yiryung menutup mulutnya. "Awak ni memang suka main-mainkan saya!" marah Yiryung.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~