022

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Tiga hari kemudian...

Lelaki yang berpakaian serba hitam itu memberikan dua sampul putih bersaiz A4 kepada Yeonsoo. Yeonsoo membuka sampul putih tersebut untuk melihat isinya, memastikan dia mendapat maklumat yang betul. "Bagus. Aku akan call kau bila aku nak kawan kau bersedia. Khidmat dia akan diperlukan tak lama lagi," kata Yeonsoo kepada lelaki itu. Sampul coklat yang serupa seperti tempoh hari diserahkan kepada lelaki itu. Setelah memastikan jumlah baki wang yang diterimanya mencukupi, lelaki itu beredar.

"Aku kena cepat. Sebelum semua ni berlanjutan lebih lama," getus Yeonsoo. Dia segera melangkah menuju ke keretanya sebelum memecut pulang ke rumah.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Yeonsoo terus masuk ke biliknya dan mengunci pintu. Dia sempat berpesan kepada salah seorang pembantu rumah supaya tiada siapa dibenarkan masuk ke biliknya. Walaupun ibu bapanya.

Sampul pertama dikeluarkan isinya. Latar belakang Yeri dibaca satu persatu. "Cucu angkat? So, takpelah kalau aku bunuh dia. Dia bukan sesiapa pun dalam keluarga tu," rumus Yeonsoo ringkas. Dia terus membaca latar belakang Yeri. Beberapa kelemahan Yeri termasuk laporan kesihatannya juga diketahui Yeonsoo. "Mudah aku nak seksa dia sebelum dia mati," Yeonsoo ketawa kecil.

Next, Shin Yiryung. What?! Baekhyun pun dia pernah cangkuk? Gila betul perempuan ni," komen Yeonsoo. Dia terus membaca laporan mengenai Yiryung. Laporan kesihatan Yiryung juga tidak terkecuali. "So, kau pernah kena rogol? Pernah mengandung. Agaknya, bila nenek aku tahu fasal benda ni, apalah nasib kau? Kesiannya kau. Tak tahu malu pun ya juga," bebel Yeonsoo seorang diri.

Dia teringatkan neneknya yang menetap di Canada. Neneknya itu pantang dengan individu yang berlatar belakang buruk seperti Yiryung dan Yeri. Tentu neneknya tidak dapat menerima mereka berdua dalam keluarga mereka. Dia ketawa terbahak-bahak.

Komputer riba di atas katilnya diambil. Pendrive yang berada di dalam sampul maklumat Yiryung disambung ke komputernya. Dia menonton semua rakaman CCTV yang disertakan di dalam pendrive itu.

"Kyungsoo oppa, apa perasaan Yiryung bila tahu oppa yang rogol dia malam tu, ah? Agak-agak dia marah tak? Kesian oppa. Gelap untuk oppa tapi terang untuk Yeonsoo. Lagi senang Yeonsoo nak pisahkan abang daripada perempuan jahat macam dia," Yeonsoo berkata sendirian dengan penuh perasaan. Betul-betul macam orang dengan masalah mental. Kesian. Baru 22 tahun dah gila. ^^

Handphonenya dicapai dan dia mendail nombor telefon seseorang. Apabila talian bersambung, Yeonsoo terus memberikan arahan.

 

Yiryung tersentak sedikit apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Dia tersenyum lebar apabila melihat tangan yang sedang memeluk pinggangnya itu. "Awak nak apa-apa ke?" tanya Yiryung. Dia berpusing dan menghadap muka Kyungsoo.

"Saya nak awak," bisik Kyungsoo ke telinga Yiryung. Pipi Yiryung mula kemerahan. Dada Kyungsoo dipukul lembut. Dia meleraikan tangan Kyungsoo di pinggangnya dan menyambung semula kerja-kerjanya yang tertunda gara-gara Kyungsoo.

"Pergi duduk dekat ruang tamu. Tengok tv ke apa ke. Pergi main jauh-jauh. Shoo shoo," halau Yiryung. Kyungsoo memuncungkan bibirnya.

"Awak halau saya?" tanyanya seakan tidak percaya.

"Haah. Saya halau awak. Kalau awak terus dekat sini, alamatnya, tak makanlah kita," jawab Yiryung membuatkan Kyungsoo tersenyum nakal.

"Meaning kalau saya dekat sini, awak tak boleh alihkan perhatian daripada saya lah ni? Well, saya tahu saya ni awesome, handsome, hot and-" Kyungsoo mula memuji diri sendiri.

"Oh, puwisshhh. Jangan nak masuk bakul angkat sendiri. Dah, pergi main jauh-jauh. Jangan kacau saya," marah Yiryung. Kyungsoo memasamkan mukanya dan dia berjalan perlahan ke ruang tamu sambil menunduk ibarat orang merajuk. Yiryung menggelengkan kepala melihat Kyungsoo. "And cute," bisiknya perlahan. Menyambung kata-kata Kyungsoo yang terpotong sebentar tadi.

"Ya, saya tahu saya cute," s

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~