029

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Yiryung berjalan perlahan-lahan menuju ke wad Kyungsoo. Minah sudah pulang selepas menyerahkan pakaian baru yang dibelikan untuk Yiryung. Suho dan Kris pula dipanggil untuk menjalankan pembedahan kecemasan. Semakin dekat dia dengan wad Kyungsoo, semakin menggunung ketakutan yang dirasai dalam hatinya. Setibanya di pintu wad, Yiryung berhenti seketika.Dia membetulkan gaun pink lembut paras paha yang dipakainya. "Kau dah terima challenge ni. Do Yiryung, fighting!" Yiryung mengenggam penumbuknya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus perlahan. Tangannya memegang pemegang pintu dan pintu wad dikuak lembut.

Kyungsoo yang sedang membaca memandangnya. Lebih tepat, dia menjelingnya. "Aku ingat insiden tadi dah cukup sebagai amaran untuk kau. Rupanya kau ni memang gila," getus Kyungsoo sebelum menutup kasar buku yang dibacanya. Buku itu kemudiannya diletakkan di atas meja di sebelahnya. Selimut putih yang menutup kakinya dibetulkan setelah dia baring. Matanya ditutup, membiarkan Yiryung yang sudah berkecil hati.

"Esok, lepas rawatan untuk kaki awak selesai, awak dah dibenarkan pulang. Doktor cakap awak hampir boleh jalan macam biasa tapi jangan terlampau memaksa," ujar Yiryung. Apabila melihat tiada balasan daripada suaminya, Yiryung melepaskan keluhan berat sebelum duduk di atas sofa. Dia bermain dengan balutan luka lecurannya sambil melayan kebosanannya. Lama-kelamaan, dia tertidur di atas sofa.

Kyungsoo membuka matanya apabila terdengar suatu bunyi pelik. Dia memandang ke arah Yiryung dan mendapati kepala Yiryung terhentak perlahan ke dinding. Namun gadis itu sedikit pun tidak terjaga. Kyungsoo terus memerhati. Dia tersenyum kecil apabila melihat Yiryung akhirnya terbaring di atas sofa tersebut dengan kaki yang masih terjuntai ke lantai. "Siapa kau, perempuan gila?" bisik Kyungsoo. Dia mengeluh. Mengharap dia akan segera sembuh.

 

"Yah, jembalang!" panggil Yeri dari jauh. Semua pekerja yang berada di kafe itu agak terkejut dengan cara Yeri memanggil Sehun yang terkenal dengan sifat baran dan dinginnya. Pekerja yang ditempatkan di kawasan pejabat Sehun pula sudah biasa dengan kerenah mereka berdua.

"Apa?" tanya Sehun. Dulang makanan masih dipegangnya erat.

"Duduklah sini. Kafe pejabat memang penuh masa tengah hari. Susah cari tempat duduk," Sehun mengangguk dan duduk bersama Yeri. Sehun makan tanpa suara. "Sejak bila kau pandai makan dekat kafe pejabat ni? Oh, lagi satu. Sejak bila kau bisu ni?" Yeri bertanya sambil memandang Sehun dengan pandangan tidak percaya. Sehun hanya menjelingnya. "Kau ingat layanan dingin kau berkesan untuk aku? Oh, please. Bukan Jang Yeri," Sehun mengetap giginya.

"Tak ada apalah. Aku malas nak keluar pergi lunch dekat luar," ujar Sehun. Sehun melihat pula makanan yang dipesan Yeri. "Sikitnya kau makan. Kau diet ke?" Yeri menggeleng.

"Makanan kafe mahal," jawab Yeri pendek. Dia memandang semangkuk nasi bersama dua jenis hidangan sampingan bersaiz kecil di hadapannya. Sehun menggeleng sambil mengalihkan mangkuk berisi sup ayam dari dulangnya ke sebelah mangkuk nasi Yeri.

"Nah, makan ni. Aku tak boleh makan ayam tapi makcik kafe tu sibuk bagi aku. Banyak pula tu. Makanlah," ujarnya sebelum mula menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.

"Aku tak pernah jumpa orang tak makan ayam. Kenapa? Alahan ke?" tanya Yeri. Sup ayam tersebut diambil tanpa ditolak.

"Taklah. Nanti perut aku tak boleh hadam ayam tu," jawab Sehun. Yeri hanya mengangguk sebelum mula makan.

"Ruginya kau jembalang, tak dapat makan ayam. Sedap woi," Yeri mengejek. Sehun hanya menjelingnya membuatkan gadis itu terkekek-kekek ketawa.

 

Selesai makan, Sehun terus masuk ke pejabatnya. Dia tersenyum sendirian. Pintunya telah siap dikunci dari dalam. Takut ada yang masuk ketika dia berlagak seperti orang kurang siuman. "Apa aku buat dekat kafe tadi? Makan dengan ahjumma tu? Siap bagi sup ayam favorite aku lagi? Kau gila, Oh Sehun," Sehun berk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~