034

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

"Oppa," panggil Yeri. Yunho terus memeluknya.

"Oppa minta maaf. Oppa minta maaf buat Yeri macam ni," Yunho mengulang beberapa kali. Yeri ketawa kecil membuatkan Yunho terdiam.

"Oppa masih oppa. Cederakan Yeri tanpa sedar lepas tu minta maaf tanpa henti. It's okay oppa. You're forgiven," Yeri tersenyum memandang Yunho. Yunho berlari keluar dari bilik tersebut dan kembali sambil membawa sekotak peti kecemasan. Luka Yeri disapu krim. "Jangan lupa Shin," tegur Yeri. Yunho mengangguk.

Sebaik sahaja tangan Yunho bersentuhan dengan pahanya, Yiryung tersentak lalu menarik kakinya. Yunho ketawa. "Saya cuma nak sapu krim. Nothing else," Yiryung tersenyum dan membiarkan Yunho menyambung kerjanya.

"Thanks," ucap Yiryung apabila Yunho selesai merawat lukanya. Selepas beberapa minit, Yiryung dan Yeri tertidur kerana kepenatan. Yunho tersenyum melihat Yeri. Walaupun rasa bersalah sangat menebal dalam dirinya, dia bersyukur dia akhirnya bertemu adiknya.

"Tahan lagi sikit je. Oppa akan bawa Yeri keluar dari sini," bisik Yunho. Dia mengusap lembut rambut Yeri. Peti kecemasan diletakkan semula ke tempat asal. Tempat tersebut dikemas kembali kepada keadaan asal agar Changmin tidak mengesyaki apa-apa. Dia tidak boleh percayakan sesiapa sekarang. Mereka dalam permainan nyawa. Sekali tersilap langkah.. game over.

Sepanjang malam Yunho memerhati adiknya. Melihat bagaimana gadis itu membesar bukan di depan matanya. Gadis yang comot dulunya kini sudah cantik. Gadis yang lemah dulunya kini sudah kuat. Diseksa, dipukul malah dicaci namun masih bertahan. Dia bangga dengan adiknya.

 

 

Sehun kembali ke rumah Kyungsoo dengan muka yang jelas menunjukkan kepenatan. Mukanya pucat. Rambutnya pula kusut masai. "Sehun, tidurlah dulu," pujuk Luhan. Risau melihat tingkah laku Sehun yang seperti menyeksa dirinya sendiri.

"Aku tak mengantuk," balas Sehun. Dia meraup mukanya. Buntu. Dia sudah tidak tahu di mana dia harus mencari Yeri. Sepanjang malam dan siang dia berpusing di Seoul untuk mencari Yeri. Seseorang berdehem membuatkan dia mengalihkan perhatiannya.

"Sehun, kita kena bincang," Kyungsoo berkata sebelum berlalu pergi. Sehun yang faham dengan maksud Kyungsoo terus menuruti langkah Kyungsoo. Luhan melepaskan keluhan berat. Dia duduk di sofa. Risau dengan sikap Sehun sejak Yeri hilang. Macam patung bergerak. Dia duduk sambil cuba menghubungi rakan-rakan mereka yang lain. Mereka berpecah kepada 5 kumpulan untuk mencari Yiryung dan Yeri. Setelah 5 jam, ahli Exo yang lain masih belum kelihatan. Dia dan Kyungsoo ditempatkan di dalam satu kumpulan dan mereka pulang setelah 4 jam mencari.

 

 

Changmin berjalan mendekati peti surat yang terletak di bahagian bawah sebuah apartmen murah. Pintu peti surat itu dibuka. Dia mengambil bungkusan yang terdapat di dalam peti surat tersebut sebelum meletakkan bungkusan baru di dalamnya. Kemudian, dia terus beredar dari tempat tersebut.

Sebaik sahaja Changmin pergi, seorang lelaki membuka peti surat tersebut dan mengambil bungkusan yang diletakkan Changmin. Dia mengoyakkan sedikit bungkusan tersebut dan tersenyum melihat jumlah wang yang begitu banyak di dalamnya.

Changmin memeriksa bungkusan yang diambilnya tadi. Beberapa bom tangan dan bom masa terletak di dalam bungkusan tersebut. Setelah selesai memeriksa, dia meletakkan bungkusan itu di tempat duduk penumpang dan memandu pergi. Sedikit lagi. Semuanya akan berakhir. Dia akan bebas.

Dia tiba di gudang tempat Yiryung dan Yeri disembunyikan. Baru sahaja dia hendak masuk, telefon bimbitnya berbunyi. Changmin membaca mesej yang diterimanya dengan teliti apabila melihat mesej itu dikirim oleh Yeonsoo. Dia merungut perlahan. "Nasib kau kaya. Kalau tak, kau orang pertama aku bunuh," Changmin merengus perlahan.

Kamera diletakkan pada posisi yang ditetapkan Changmin. Yunho menghalakan kamera tersebut ke arah Yiryung dan Yeri. Dia menekan butang merekod dan rakaman bermula. Kemudian, dia mendekati Changmin. "Woi bangun!" pekik Changmin sebelum menendang kaki Yiryung membuatkan gadis itu terbangun apabila kesakitan menyerangnya tiba-tiba. Changmin mendekati pula Yeri. Yunho hanya memerhati tingkah laku Changmin.

Mata Yunho membulat apabila Changmin paha Yeri membuatkan gadis itu menjerit kesakitan setelah terjaga. Yunho mengenggam penumbuk apabila melihat cara adiknya dilayan seperti binatang. Yiryung yang sedar akan reaksi Yunho yang seperti akan menyerang Changmin, mula menendang perlahan-lahan kaki Yunho tanpa Changmin sedari. Yunho memandang Yiryung. Gadis itu menggeleng membuatkan Yunho membuka semula penumbuknya. Dia mengangguk dan kembali bertenang. Yiryung tersenyum ke arah Yunho membuatkan Yunho tersenyum sedikit di sebalik topengnya.

"Jang Yeri. Cantiknya kau. Kalau pisau ni sampai dekat muka kau, cantik lagi tak agak-agaknya?" Changmin ketawa sendirian. Yunho hanya diam. Berharap apa yang dikatakan, tidak akan Changmin lakukan. "Bro," panggil Changmin. Yunho mendekati Yeri. "Potong rambut dia," arah Changmin. Yunho mengangguk perlahan.

Pisau yang disimpan di poketnya dikeluarkan. Yunho mengenggam rambut Yeri membuatkan gadis itu menutup matanya. "Yeri," bisik Yunho. "Sorry," Yeri hanya mengangguk lemah. Perlahan-lahan rambutnya dikerat. Air mata Yeri mengalir. Penderitaannya akan bertambah.

Changmin mendekati Yiryung. "Untuk kau, aku bagi special treatment," Changmin tersenyum nakal membuatkan Yiryung berdebar. Ikatan tangannya diketatkan. "Kau kotor. Tak salahkan?" Yiryung membulatkan mata apabila Changmin mula menciumnya. Dia memberontak. Air matanya mengalir deras. Kakinya menendang badan Changmin namun Changmin tetap tidak berhenti. Dia hanya tersenyum. Bibir Yiryung masih lagi tidak dilepaskan. Yiryung pula bergelut sedaya upaya untu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~