014

Secret Memories
Please Subscribe to read the full chapter

Yeri menyapa rakan sekerjanya dengan separuh hati. Pergaduhannya dengan Yiryung masih tidak dapat diselesaikan. Dia duduk di tempatnya dan memulakan kerjanya. Jawatannya di bangunan yang besar itu hanyalah sebagai seorang kerani. Dia harus bermula dari bawah sebelum mencabar diri mengambil alih jawatan penting dalam Shin Group. "Yeri. Unnie dengar hari ni pengarah baru kita datang," Hana, salah seorang seniornya berbisik kepadanya.

"So?" tanya Yeri dengan bosan.

"Nanti kita dapat tengok dia. Untung kita punya kawasan bekerja dekat depan pejabat pengarah. Unnie dengar dia muda lagi. Hebatnya," Hana terus bercerita. Yeri hanya membiarkan kata-kata Hana berlalu bagaikan angin. *Shin baru 22 tapi dah jadi CEO. Itu baru dikatakan hebat* bisik Yeri dalam hatinya. Dia kemudian bangun untuk membuat salinan beberapa dokumen.

"Pengarah tu dah sampai. Tapi nampak menakutkan. Muka dia tak ada expression," Jisoo yang baru sahaja masuk ke bilik ruang pejabat itu berkata. Sebaik sahaja dia habis berkata, beberapa orang pegawai atasan masuk ke ruangan itu. Semua pekerja di ruangan itu bangun dan beratur sambil menunduk. Yeri tidak terkecuali.

"A-Ahjussi?" Yeri berbisik perlahan. Masih terkejut dengan lelaki yang sedang berdiri berdekatannya. Sehun menjelingnya sekilas sebelum terus berjalan, memasuki pejabatnya. Yeri membulatkan mata. "Dia ignore aku?! Tapi kenapa aku kisah?" Yeri berkata sendirian. Kali ini nadanya yang kuat menyebabkan semua senior perempuannya memandangnya.

"Dia kenal kau ke? Tak mungkin. Maybe kau je yang perasan. Dia tengok kau pun tak. Jangan beranganlah, Jang Yeri," Hyuna berkata dengan penuh kegedikan. Dia membuka beberapa butang baju kemeja yang dipakainya. Skirt yang pendek separas paha dinaikkan sedikit. Dia melangkah dengan penuh yakin menuju ke bilik Sehun.

"Jangan nak ambil hati dengan cakap Hyuna. Dia memang macam tu. Pantang nampak lelaki handsome. Memalukan kaum hawa je," komen Hana. Yeri hanya diam. Dia memandang tubuh Hyuna yang kini telah menghilang di sebalik pintu pejabat Sehun.

"Betul ke tu ahjussi. Pelik. Fizikal sama tapi perangai lain," Yeri berbisik sendirian sebelum mengangkat bahunya. Dia kembali fokus menghadap kertas di ata mejanya.

"Aku cakap keluar!" pintu bilik Sehun terbuka dan satu situasi yang sudah dijangka berlaku. Sehun menarik atau lebih tepat mengheret Hyuna dan menolaknya sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas lantai. "Jangan nak berperangai macam perempuan murahan dekat sini. Aku jijiklah," tengking Sehun. "Lepas ni siapa yang masuk ke dalam pejabat saya tanpa urusan kerja, saya akan terus pecat. Faham?" Sehun memberi amaran dengan nada penuh kedinginan. Dia menghempas pintu pejabatnya. Yeri hanya senyap. Masih terkejut dengan sikap Sehun.

 

Yiryung menarik selimut yang membalutinya sehingga menutupi kepalanya apabila jam miliknya tidak henti-henti berbunyi. Dia mencapai jam di atas mejanya dan membaling jam itu ke pintu biliknya. Jarang dia bersikap seperti itu. Ini semua kerana dia baru sahaja dapat melelapkan mata selama 2 jam setelah menyiapkan kertas kerja projek terbarunya. "Wifey saya menakutkan," komen satu suara dari muka pintu bilik Yiryung. Yiryung membuka matanya dengan luas sebelum segera duduk di atas katilnya. Dia memandang ke arah Kyungsoo dengan riak terkejut. "Morning," sapa Kyungsoo sambil tersenyum. Dia mengutip semula jam lonceng Yiryung yang sudah berderai di kakinya.

"Good job Shin Yiryung. Sekarang apa? Pagi-pagi kau dah terbayang muka dia," Yiryung berkata sebelum menggaru rambutnya yang sudah kusut masai. Dia kemudiannya kembali baring dan menutup semula matanya. "Kau cuma penat. Bila kau dah okey, otak kau pun akan normal balik," tambah Yiryung sambil menguap.

"Saya pun rasa macam tu. Tidurlah. Saya rasa awak penat sangat sampai tak reti beza realiti dengan imaginasi," Kyungsoo berkata sambil ketawa. Yiryung hanya mengangguk ibarat mengiakan kata-katanya. Kyungsoo menggelengkan kepalanya sebelum duduk di meja belajar Yiryung.

Setelah dua jam...

Yiryung akhirnya bangun dari tidurnya. Dia menggeliat dengan senyuman di bibirnya. "Seronoknya tidur!" Yiryung menjerit kecil. Dia membetulkan rambut sarang burungnya. 

"Morning! Akhirnya, awak bangun juga," sapa Kyungsoo sebelum menutup album gambar yan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
Chapter 015, deleted! Sorry, saya salah post chapter... 미안해!!!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 41: Mestilah nak.nak tahu macamana ending mereka ni.
starlightkim_
#2
Chapter 40: Dah gila agaknya yeonsoo tu..tak berhati perut langsung.nasib baiklah kyungsoo dan sehun dah tahu semua ni angkara yeonsoo.
starlightkim_
#3
Chapter 39: Geram betul dengan yeonsoo tu.sedihlah dengan nasib diaorang..harap diaorang selamat.akhirnya yeri jumpa jugak abang dia.surprise?i love surprise. can't wait to read more chapter for this ff.
aliasabtu #4
Chapter 38: best lah cerita ni..update lagi please>_<¦¦¦
starlightkim_
#5
Chapter 38: Authornim,tolonglah update.. serious cerita ni best sangat-sangat..saya suka~~~~~~